Support My Blog

Friday, January 14, 2011

Kultivar Padi


Padi (Oryza sativa) adalah sejenis tanaman penting dalam keluarga GRAMINAE yang ditanam semenjak beribu tahun dahulu oleh tamadun manusia. Tanaman ini merupakan tanaman penting di kawasan Asia terutama di kawasan Asia Tenggara, India sehingga ke Jepun dimana kaedah penanaman masih secara tradisional tidak seperti di USA dan Australia dimana pengeluaran jauh lebih tinggi menggunakan kaedah mekanisasi. Antara nege penenanam dan pengeluar padi dalam dunia adalah China, India, Indonesia, Thailand, Vietnam, USA, Australia dan jepun. Artikel kali ini saya berkongsi maklumat mengenai botani padi dan teknologi tanaman padi berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan rujukan kepada sebuah buku teks lama karangan L.S. Cobley & W.M. Stelle (1956) bertajuk "An introduction to the botany of Tropical crops" diterbitkan oleh Longman Publication. Kadang-kadang dengan baca buku lama-lama ini kita dapat tahu sejauh mana teknologi sesuatu komoditi ini telah berubah jika dibandingkan dengan masa kini.


Oryza sativa telah pun di tanam di India lebih dari 4,000 tahun dahulu yang berasal dari varieti liar Oryza perennis. Di benua Afrika pula hanya varieti Oryza glaberimma yang ditanam pada peringkat awal dimana padi jenis ini hidup liar dalam kawasan berair (swampy) sekitar Sungai Niger. Semanjak beribu-ribu tahun dijalankan program biakbaka dengan pemilihan jenis2 padi yang kacuk sendiri (Self pollination) berdasarkan keadaan setempat, citarasa tempatan dan kesesuaian tanah. Kini terdapat banyak kultivar (cultivated varieti) dan akhirnya kultivar Oryza sativa merupakan yang paling sesuai, produltif, memenuhi citarasa dan ditanam secara komersial.


Oryza sativa sub-spesis 'indica' adalah kumpulan "Padi Indica" yang sangat besar kumpulannya dimana mempunyai ciri2 fotosensitif dalam penghasilan dan jangkamasa penanaman yang pendek (kurang 150 hari). Jenis ini ditanam dalam kawasan berair (sawah), kelembapan tinggi, panas, keadaan tanah kurang subur, sensitif dengan paras air serta responsif dengan kesuburan tanah. Tumbuhan padi ini tumbuh meninggi, tangkai yang agak panjang dan penghasilan biji padi meningkat dengan penggunaan baja Nitrojen. Berbanding dengan 'japonica' saiz bijrin atau biji 'indica' adalah lebih kecil dan pendek. Lazimnya saiz biji beras 'indica' apabila menjadi nasi melebihi 9 mm panjang apabila dimasak dan peroi (tidak melekit). Penanaman padi ini berkait rapat dengan musim hujan dan penuaian pada musim panas/kering. Jenis padi ini banyak di tanam di India, Thailand, Indonesia, malaysia, Vietnam dan kebanyakan kawasan Asia Tenggara.


Oryza sativa sub-spesis 'japonica' adalan "Padi Japonica" mempunyai kedua-dua ciri iaitu jenis yang sensitif dan tidak sensitif dengn cahaya matahari bergantung kepada kultivar. Bagi kultivar yang tidak sensitif ditanam tanpa mengikut musim dan jangkahayat tanaman bergantung daripada mulai disemai sehingga dituai tanpa mengira cuaca dan alam sekitar. Jenis ini popular ditanam di negara Jepun, Korea dan China di beberapa kawasan lain sperti di USA, Australia dan Itali. Batangnya (straw) lebih pendek dari jenis indica dan sangat responsif dengan baja serta hasil yang lebih tinggi. saiz bijirin 'japonica' lebih pendek dari indica (7 mm panjang) kualiti nasi yang dimasak adalah melekit (mushy) macam beras pulut (Foto beras sebelah). Makan nasi jenis 'japonica' menggunakan kayu penyepit mudah kerana nasinya yang melekit dan bergumpal.

Oryza sativa sub-spesis 'javanica' atau di panggil "Padi Javanica" adalan jenis padi yang tidak sensitif dengan cahaya (insensitive photoperiod) tetapi mempunyai masa vegetatif yang lama atau panjang (Foto sebelah). Padi iniserasi dengan iklim khatulistiwa seperti di Indonesia tetapi ditanam di mertana tempat didunia. Kultivar ketiga-ketiga jenis padi diatas biasanya dirujuk kepada 3 pengkelasan dan sering dirujuk kepada dimana ianya ditanam yang telah oun menjalani proses adaptasi atau penyesesuaian keadaan setempat.



KULTIVAR PADI.... ADA 3 YANG UTAMA...
PADI 'INDICA'....ADA DITANAM DI MALAYSIA...
PADI 'JAPONICA'....LEKIT NASI RASANYA...
PADI 'JAVANICA' .....ASAL DI INDONESIA....


By
M Anem
Dulu bersawah di Sawah Ring
Johor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...