Kacang Bendi (Abelmochus esculentus Linn) dari keluarga Malvaceae merupakan tanaman sayuran yang popular di tanam di Malaysia. Terdapat seluas 1,700 hektar tanaman bendi ditanam di negara kita dengan penghasilan sebanyak 20,464 mt pada tahun 2010. Kebanyakan kawasan penanaman bendi terdapat di Johor 286 ha), Sarawak (242 ha) dan Kedah (218 hektar) pada tahun 2010 . Artikel subuh ini saya berkongsi maklumat mengenai gred tanaman bendi berdasarkan penerangan yang dibuat oleh FAMA dan berasaskan pengalaman penulis sendiri dalam bidang pertanian selama 30 tahun.
Kacang Bendi mempunyai 2 varieti utama yang di tanam di Malaysia iaitu varieti 5 Segi (Hijau) dan Varieti 7 Segi (Putih) walau pun rata-rata dalam lawatan saya kekebun tanaman bendi hanya medapati banyak yang tanam adalah dari jenis 5 segi. Antara varieti bendi yang popular ditanam ialah KYS 989. Bendi sangat kritikal dalam kerja-kerja menuai atau mengutip hasil kerana kelewatan memetik akan menyebabkan bendi jatuh kualiti iaitu buah akan jadi tua dan keras. Kerja memetik bendi mesti dijalankan setiap hari dengan pantas agar gred buah berkualiti dalat dikeluarkan dengan harga yang lebih baik.
Indeks kematangan sayuran bendi cuma ada dua iaitu Indeks 1 dan Indeks 2. Indeks 1 adalah MATANG dimana permukaan kulit bendi berwarna hijau muda atau hijau mengikut varieti dan sedikit berbulu. Lengainya tidak berserat, berotot lembut dan mudaah dipatahkan pada bahagian hujungnya. Kacangnya muda dan masih lembut. Bendi pada Indeks 2 dikatakan TERLEBIH MATANG dimana permukaan kulit luar berwarna hijau keputihan atau hijau tua mengikut varieti. Lengainya telah menjadi berserat, berotot kuat, liat dan tidak mudah dipatahkan dibahagian hujung buah. Saiznya agak besar dan kacangnya agak keras.
Kematangan buah bendi yang baik mestilah seragam bagi mendapatkan gred dan harga yang lebih baik. Setiap varieti mempunyai tahap kematangan yang berbeza. Buah bendi mestilah sentiasa segar iaitu buah yang tidak layu dan tidak kecut. Buah bendi terus menjalankan proses 'kematangan' selepas dipetik jika tidak di kendali dengan betul.
Kecacatan Buah Bendi ada 4 kategori iaitu Kotor, Cacat, cacat Rupa dan Rosak. Bendi yang Kotor adalah dimana buah terdapat kesan-kesan kekotoran akibat tanah, lumpur, cebisan daun mati, sisa racun perosak , sarang serangga dan sebagainya. Ianya boleh dibersihkan dengan cara manual. Buah bendi yang Cacat ialah dimana bentuk buah seperti terencat di bahagian tengah atau hujungnya dan bentuk membengkok. Lengai berpintal2 dan membengkok dengan bolangan alur segi yang lima atau lebih ikut varieti. Cacat rupa dimana buah cacat bahagian permukaan luar seperti ada bintik2 kecil, karat, nyahwarna serta kecacatan lebih 10% dari keseluruhan permukaan. Buah Bendi Rosak dimana terdapat kerosakan atau kecacatan akibat serangan serangga perosak, kecederaan mekanikal akibat pengendalian kurang sempurna.
Keperluan minimum gred kacang bendi mesti mempunyai kulit luar berwarna hijau muda atau hijau (mengikut varieti) serta tidak terlebih matang dan yang penting juga SEGAR. Terdapat tangkap dipangkal buah sekurang-kurangnya 1 cm. Kerja memetik mesti menggunakan pisau yang tajam agar pemotongan tidak pecah.
Gred Bendi ada 3 iaitu Gred Premium, Gred 1 dan Gred 2. Gred Premium dimana buah bendi terdiri dari varieti yang sama, warna yang seragam, matang (muda dan lembut) segar dan bersih. Buah mestilah bebas dari sebarang kecacatan atau kerosakan.Kelonggaran maksima dimana kematang kurang 5%, Segar (<5%),>Buah Gred 1 dimana bendi dari varieti yang sama, warna yang seragam, matang (muda dan lembut), segar dan bersih dan bebas dari kerosakan atau kecacatan. Kelonggaran maksimum gred ini dari segi kematangan kurang 5%, Kesegaran (<5%),>Buah Gred 2 sama seperti gred 1 tetapi kualiti yang agak kurang dengan kelonggaran maksima 5 faktur kualiti kurang 10% semuanya dan mendapat harga agak rendah.
Mengikut pengalaman dan pemerhatian penulis, saiz bendi ditentukan oleh 'Panjang Kacang atau panjang Buah'. Buah yang dikatakan Bersaiz Besar (L) mempunyai panjang lebih 15 cm, Buah Sederhana (M) mempunyai panjang 10-15 cm dan Buah Pendek mempunyai ukuran kurang 10 cm atau lebihkurang 7 cm sahaja. Buah perlu di bungkus dalam bekas yang sesuai dengan purata berat 30 kg satu bekas untuk memudahkan kerja2 pengendalian. Labelkan dengan terang setiap konsaimen dengan menandakan nama pengeluar, alamat, no KPT, nama pengekspot, nama komoditi, berat bersih dan gred buah bendi.
By,
M Anem
Taman Cendana
Melaka
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.