KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, January 14, 2011

Bintil Akar (Root nodules)


Bintil Akar (Root Nodule) merupakan satu keadaan dimana bakteria merangsang bahagian akar tanaman (terutamanya keluarga Leguminosae) yang membentuk 'bintil akar'. Bakteria jenis atau Genus Rhizobium ini terdapat dalam tanah secara semulajadi dan berkemampuan untuk mengikat unsur NITROJEN melalui proses 'simbiotik' dalam akar tanaman terutamanya jenis pokok kekacang. Anak benih tnaman yang baru berakar boleh di masukki (infected) bakteria Rhizobium ini pada bila-bila masa dimana bakteria ini memang tertarik pada keujudan tryptophan dalam bahagian akar (IAA). Artikel ini saya berkongsi maklumat mengenai ilmu berkaitan 'bintil akar' berdasarkan pembacaan pada buku agronomi, pengalaman penulis dan pemerhatian ketika membuat lawatan kebun selama hampir 30 tahun.

Akar merupakan komponen utama dalam marfologi tumbuhan selain daripada batang, bunga, buah dan daun. Akar yang aktif menghasilkan sel-sel meristem baru untuk memanjang dan membesar bagi menuerap unsur makanan dalam tanahm Akar Rambut menghasilkan 'auxin' yang akan menarik bakteria untuk menembusi dinding sel sehingga kebahagian 'cortex' dan menyaebabkan pembahagian se2 lebih aktif sebingga membentuk bintilan (melalui sel tetraploid). Selepas 2-3 minggu apabila pembentukkan bintik mula berhenti, makan bakteria akan mula mengikat Nitrojen yang bebas menggunakan tenaga karbohiderat dari pokok dan sejenis ensim iaitu 'Nitrogenase'. Saiz bintilan akan membesar sehingga 3 minggu selepas infeksi.

Bentul dan saiz bintil akar yang terbentuk berbeza-beza mengikut jenis pokok kekacang dan faktur persekitaran. Selepas 8 minggu maka bintil-bintil akar akar terpisah dimana bakteria akan dibebaskan kedalam tanah semula sebagai sel koloid bebas. Kajian di makmal menunjukkan sel cytoplasma berbentuk seperti 'Band Rod' iaitu indikator proses simbiotok antara akar perumah dengan bakteria sangat kukuh. jika berlaku kekurangan bekalan karbohiderat dalam bahagian akar boleh menyebabkan bakteria menjadi Parasit yang mengambil Nitrijan dari dalam tumbuhan bukannya mengikat Nitrojan seperti diharapkan. Walau pun terdapat bintil dan bakteria, jika unsur Posforus, kalsium, Magnesium, molybdenum, cobalt / Boron tidak ada maka aktiviti pengikatan Nitrojan tidak boleh berlaku.

Kebanyakan bintil yang berfungsi dan aktif mengandungi 'Pigmen Merah Leghaemoglobin' yang kadang2 berwarna merah jambu (pink). Walau pun nitrijan yang dihasilkan oleh proses simbiosis ini digunakan oleh tumbuhan tersebut tetapi sebahagian besarnya adalah akan terurai dalam tanah. Dalam keadaan dimana pengambilan Nitrojan oleh tumbuhan berbintil lebih pantas daripada biasa , jika terdapat lebihan Nitrojan iaitu dalam bentuk Beta-alanine atau asid aspartik yang akan diserap kedalam tanah. Tanaman bergilir antara kekacang dengan bukan kekacang menguntungkan kerana bekalan N dalam tanah hasil bintil akar adalah lebih tinggi.

Tanaman kekacang yang terdapat di kawasan tropika dibahagikan kepada 2 kategori iaitu 'Tanaman kekacang Bijirin' dan 'Tanaman kekacang Pastura/Forage'. tanaman kekacang bijirin ditanam untuk menghasilkan bijirin bagi makanan manusia dan ternakan seperti kacang soya, jagung, kacang tanah dan sebagainya sementara tanaman kekacang forage untuk pertumbuhan vegetatif bagi makanan haiwan ternakan. Artikel ini diharap dapat menambahkan ilmu pengetahuan pembaca satu perkara penting yang berlaku dalam tanaman keluarga kekacang (leguminosae) dan pentingnya kita mengetahui botani tanaman.
Sekian.


BINTIL AKAR.....TANAAN KEKACANG...
BAKTERIA BAIK...RHIZOBIUM DINAMAKAN...
SIMBIOSIS BERLAKU .... MENGIKAT NITROJAN...
KAEDAH AGRONOMI...TANAMAN GILIRAN.....

By,
M Anem
Ptjya
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...