
Vanilla (Vanilla fragrans) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Orchidaceae yang berasal dari Amerika Tengah dan Mexico dan kawasan Tropika lain di Asia. Terdapat lebih 20,000 spesis didalam keluarga orkid diseluroh dunia dimana tumbuhan orkid ada yang tumbuh sebahai pokok, renek, herba, parasitk dan sebagainya. Vanilla ditanam dan di usahakan di Indonesia, Republic Malagasy, Kepulauan Seychelle, Fiji, Tahiti, Mexico dan Sri Lanka (Kebanyakannya adalah pulau). Vanilla perlukan iklim yang tinggi kelembaban, suhu tinggi, kurang hujan pada musim berbuah dengan keperluan hujan antara 2,000 -2,500 setahun. Tanaman vanila di Malaysia memang amat kurang dikenali dan ia perlukan lebih banyak komitment daripada banyak pihak sebelum dikomersilkan. Artikel kali ini saya berkongsi dalam "Anim Agro Technology" maklumat mengenai tanaman vanilla yang saya bca dari buku 'An introduction to Botany of Tropical Plats" karya L.S. Cobley dari Longman 1972 dan pengalaman penulis serta pembacaan maklumat lain.
Vanilla adalahtumbuhan sejenis orkid yang menghasilkan buah yang sangat berguna kerana aromanya dan rasanya serta kandungannya. Tanaman ini adalah Monokotilidon yang tumbuh tinggi, batang berwarna hijau, parenial, perlukan sokongan dan mempunyai akar udara pada ruas. Batang mampu tumbuh setinggi kayu sokong tetapi ianya perlu diikat atau melekat pada tiang skong dengan ketinggian 5-7 kaki untuk memudahkan pengurusan. Daun vanilla berselang (alternate) berbentul 'lanceolate' yang panjangnya 10-25 cm dan lebar 5 cm berwarna hijau gelap. Bunga vanila berwarna kuning kehijauan berukuran 5-8 cm panjang dengan berkelompok (6-15 bunga) menpunyai kelopak dan berbentuk trompet. Buah vanilla berbentuk kapsul 3 segi bersaiz 9-25 cm panjang yang mengandungi banyak biji benih berwarna hitam. Buah ini akan 'meletup' apabila matang dan biji didalamnya akan tersebar dikawasan keliling.




TANAM ORKID.... JENIS VANILLA...
DITANAM....SOKONGAN DI SEDIA...
TEKNOLOGI VANILLA....DIMANA....
PERLU DIKAJI....SEBELUM DIJAJA....
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
NICE Stay Hotel,
Jalan Raub,
Jalan Raub,
Raub, Pahang,
Malaysia
(Kemaskini pada 23 Oktober 2014)
(Kemaskini pada 23 Oktober 2014)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.