Support My Blog

Sunday, November 6, 2022

KUIH TRADISIONAL MALAYSIA POPULAR (PART 9)

ADA BANYAK KUIH TRADISIONAL MALAYSIA
atau Kuih Tradidional Melayu yang sering di sediakan atau dijual untuk dinikmati oleh semua pembaca blog setiap masa. Pada penulis blog memang sering juga menikmati kuih mueh tradisional Melayu sama ada untuk sarapan pagi atau minum petang atau sering dihidangkan semasa bermesyuarat rasmi. Teringat dahulu dizaman kemelesetan ekonomi dimana ada arahan rasmi pihak kerajaan agar hanya diberikan dua (2) jenis kuih dan segelas air (lazimnya Teh-O aatau Kopi) sahaja dibenarkan untuk jamuan semasa mesyuarat dijalankan. Seingat penulis blog antara yang paling lazim dihidangkan adalah kuih Karipap (epok-epok) dan juga kuih apam. Kalau hendak melihat kepelbagaian jenis kuih-kuih Melayu pastinya pembaca blog boleh berkunjung ke Bazaar-bazaar Ramadan seluruh negara saban tahun sehinggakan ada beratus-ratus jenis kuih-kuih tradisisonal yang selalunya tidak dijual pada bulan-bulan biasa. Kalangan rakyat Malaysia lazimnya makanan kuih-muih diambil tiada masa khusus untuk jadi dihidangkan dimana memang ia boleh sahaja dijamu secara berkudapan tetapi ia lebih dinikmati pada waktu sarapan ataupun semasa minum petang bersama minuman panas seperti teh panas atau kopi panas. Ia juga dihidangkan semasa acara keramaian penting seperti hari raya mahupun majlis seperti perkahwinan, masjlis rasmi kerajaan serta jamuan hari kebesaran. Kuih tradisional Melayu ada beberapa kategori iaitu Kuih Basah dan Kuih Kering. Antara beberapa jenis kuih tradisional yang penulis blog ingat mengikut abjad adalah Kuih Agar-agar kering, Akok Berlauk, Apam hitam manis, Apit-apit, Asam gumpal, Bahulu, Batang buruk, Beluda, Bengkang berkuah, Bengkang gandum, Bengkang ubi, Bebola bijan, Kuih buah bidara, Kuih buah rotan, Kuih bunga tanjung, Kuih Cara berlauk, Kuih cucur badak, Kuih denderam, Kuih Loyang, Kuih gulung, Halwa maskat, Kuih hasidah, Kuih Isabella, Jala mas, Kuih jemput-jemput, Karipap, Kuih keria, Kuih keseri, Ketupat palas, Ketupat sotong, Kuih koci, Kuih Apam, Kuih apam tepung beras, Kuih bakar, Kuih bangkit, Kuih butir nangka, Kuih cara, Kuih cek mek molek, kuih gunting, Kuih Jeram-jeram, Kuih karas, Kuih kasturi, Kuih lopes, Kuih mas sejemput, Kuih nagasari, Kuih nekbat, Kuih pauh dilayang, Kuih peria, Kuih sepit, Kuih talam, Kuih lapis, Lemang, Lepat pisang, Kuih makmur, martabak, Kuih ocong-ocong, Pau (kuih), Kuih pengat, Pulut berinti, Pulut lepa, Pulut manis, Pulut panggang, Roti jala, Kuih serabai, Seri muka, kuih siput,Kuih sopang, Kuih tahi itik, Kuih Tat, Kuih Tat Nangka, Tat nanas, Tepek, Tepung bungkus, Kuih tepung gomok, Kuih tepung pasung, Kuih tiram, Wajik dan banyak lagi. Pada tengahmalam yang sunyi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa jenis kuih tradisional Melayu sekadar untuk mengenali dan resepi untuk membuatnya sebagai bahan rujukkan embaca blog semua.

Pada kalangan generasi muda mungkin ada yang kurang kenal akan sejenis kuih tradisional iaitu Kuih Lompang. Kuih ini dibuat sebegai salah satu kuliner yang agak jarang untuk dijumpai masa kini tetapi penuli blog suka memakannya. Kuin ini diberikan nama 'kuih lompang' kerana memang ada 'lompang' atau lekukan yang berada d bahagian tengah kuih. Apa pun membuatnya perlu ada ilmu dan kemahiran agar lompang tersebut terbentuk dengan baik. Ada yang kata dimana kuih ini mempunyai bentuk 'lesung pipit' yang gebu. Bahan untuk membuatnya bagi komponen untuk air gula adalah 1/4 cawan gula putih, 1/2 cawan gula merah, 1/2 keping gula nisan (kalau tak letak gula nisan, masuk sukatan gula putih menjadi 1/2 cawan), 2.5 cawan air serta sehelai daun pandan. Bahan untuk kuih lompang adalah 1.5 cawan tepung beras, 1 sudu membukit tepung ubi, 1/2 sudu kecil air kapur serta sedikit minyak iaitu untuk sapuan pada acuan. Bagi bahan-bahan untuk hiasan kelapa gunakan setengah biji kelapa parut, 0.5 - 1 sudu kecil garam dan sehelai daun pandan. Cara membuat dengan memasak dulu kesemua bahan untuk air gula. Kacau sehingga gula larut dan mendidih. Tapis dan sejukkan. Apa pun kemudian dimasukkan tepung beras dan tepung ubi ke dalam mangkuk. Air kapur berfungsi sebagai bahan untuk menjadikan tepung lebih kenyal apabila dikukus nanti. Tuang air gula dan air kapur dan kacau sebati. Setelah sebati maka perlu ditapis adunan supaya dapat pastikan tak ada ketulan yang tertingggal.  Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak dan kemudian disusun dalam tray dan kukus acuan kosong selama 5 minit.  Tujuan kita kukuskan dulu acuan selama 5 minit ialah supaya kuih lompang menjadi 'lesung pipit di tengahnya nanti bila dikukus. Setelah dikukus maka boleh dituang adunan lompang sehingga ¾ penuh. Kukus kembali selama 15-20 minit dimana setelah kuih lompang masak keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan. Jangan keluarkan dari acuan ketika ianya masih panas. Dalam pada itu sementara menunggu boleh digaulkan sekata bahan hiasan atas iaitu kelapa parut, garam dan daun pandan. Kukus selama 5 minit dan diangkat disusun untuk dinikmati.

Kuih ini agak kurang popular di selatan tanah air dimana Kuih Somsom Pandan lebih dikenali di negeri-negeri pantai timur sahaja. Penulis blog ada beberapa kali ujirasa kuih ini dan memang unik sekali rasa dan bentuknya. Bagaimana pun bukanlah sukar untuk membuat kuih yang namanya sukar hendak difahami ini kerana dikatakan perkataan som-som paling kena bermaksud sebagai 'pengadun diri berayun'. Ia mungkin kuih ini bila ianya bergerak seakan berayun agaknya macam agar-agar lembik. bahan untuk membuatnya adalah dari 500 ml air pandan (guna 5 helai daun pandan dikisar bersama 500 ml air), 500 ml santan (yang dilarutkan dengan 1 paket serbuk krim kelapa santan dengan 500 ml air), 50 gm tepung beras, 50 gm tepung jagung dan sedikit garam untuk rasa lemak masin. Cara untuk membuat kuih ini dengan menyatukan kesemua bahan dalam periuk dan kacau rata. Letak atas dapur panas dan dimasak sehingga pekat dan kilat hingga adunan meletup-letup. Apa pun untuk sirap gula melaka cara nya senang saja isitu dengan guna 3 keping gula melaka dan 1 cawan air. Tahap kemanisan bergantung atas ketebalan gula melaka. kalau pembaca blog tidsk mshu terlevih manis maka boleh tambah air dan mendidihkan atas dapur sampai cair. Kalau hendak aroma berbau maka boleh letak daun pandan dan sedia dihidang untuk dimakan.

Ramai kalangan pembaca mungkin kali pertama kenal dan membaca Kuih Peria (bentuknysa adalah seakan buah sayur peria yang pahit). Lazimnya apa yang penulis blog pernah membeli dan buat ujirasa dahulu dimana kuih ini berwarna hijau akan tetapi kini sudah ada warna merah, oren, biru dan kuning walau pun rasanya tetap sama cuma lebih cantik disusun atas bekas. Kuih yang menggunakan hanya 5 bahan ini mudah dibuat sendiri jika ada yang berminat. Antara bahan yang digunakan adalah terdirri daripada 150 - 250 gm tepung pulut (bergantung kepada kuantitinya), 150 - 200 ml santan pekat, 25 gm minyak masak untuk disapu pada kuih dan daun pisang, sedikit air, pewarna hijau atau pewarna lain (merah, biru kuning dsb). Cara untuk membuatnya dengan menguli tepung pulut dan santan hingga lembut. Bahagikan doh kepada dua bahagian atau lebih untuk tujuan pemilihan warna. Kacau pewarna dengan sedikit air dan satu bahagian warna hijau dan satu bahagian warna merah dalam bekas berasingan. Kemudian diambil 15 gm doh dan bentukkan doh lonjong sedikit seperti buah peria. Langkah seterusnya memasukkan inti dan tutup kemas. Kemudian sapukan dengan sedikit minyak pada doh. Letak di atas plastik dan digulung seperti menggulung gula gula. Kemaskan kiri dan kanan lalu ditarik kuat kuat di hujung kedua dua plastik supaya terbentuk garis garis pada doh menyerupai buah peria. Atau boleh juga ditekan tekan dengan lidi untuk mendapat corak buah peria. Buka gulungan dan letak atas daun pisang yang telah dilumur sedikit minyak. Susun dalam periuk pengukus. Boleh panaskan periuk pengukus dengan air yang mencukupi. Kukus buah peria selama 8 minit atau sehingga masak bergantung pada saiz kuih anda. Jika kuih lebih besar, lebihkan sedikit masa mengukus tapi jangan terlalu lama nanti kuih terlalu kembang dan hilang corak buah peria dan jadi tak cantik. membuat inti kacang hijau gunakan 250 gm kacang hijau perlu direndam, 1 keping gula Melaka, 1/2 cawan gula pasir dan sedikit garam. Cara membuat inti drngsn memasak dulu kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang dan boleh biarkan sehingga airnya hampir kering dan kacang hancur. Masukkan gula melaka, garam dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula. Angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk kepal inti bulat bulat sebesar ping pong dan bentukkan panjang lonjong seperti buah peria. Boleh juga masukkan kelapa parut dan tepung gandum jika suka. Jika ada lebihan boleh disimpan di dalam freezer untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih. kuih ini boleh dihidangkan untuk dimakan dengan ahli keluarga. Artikel ini ditulis dalam 9 buah segmen iaitu Part 1 hingga Part 9 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.

KUIH TRADISIONAL... BANYAK NAMANYA...
BERATUS JENIS... ADA DIMANA SAJA....
BUAT SENDIRI... BELI PUN MUDAHNYA...
BACA ARTIKEL... INGIN UJIRASA PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Safar 1444H).
Posted from:
Room 308, Hotel Grand Baron,
Taiping, Perak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...