Dalam penulis blog merujuk beberapa testimoni dikalangan orang lama dan orang asli dilaporkan dimana mereka ada yang memanggilnya sebagai 'Bawang hutan' atau jungle garlic dimana mereka selalu menggunakannya sebagai perisa untuk masakan. Semasa bertugas di Kg Orang Asli Peta, Mersing, Johor dahulu pun memang sudah membuat ujicuba memasak makanan kumpulan pegawai Pejabat Pertanian Daerah yang ke kampong ini dengan menggunakan buah kulim ini sekitar tahun 1998. Penulis blog masa itu dapati dimana baunya memang seperti bawang putih akan tetapi ia adalah jauh lebih perit dan menusuk hidung dengan lebih kuat lagi. Penulis blog ingat ketika berborak dengan To Batin dan Mat Perang masa itu bertanyakan mengenai khasiat dan kehebatan buah kulim ini. Seingat saya mereka dakwa dimana buah kulim ini mampu untuk melegakan gejala masuk angin seperti kembung perut, mual dan rasa tidak selesa. Mungkin ada betulnya kerana aroma yang kuat tersebut menyamai fungsi makan bawang putih masa kini. Mereka dakwa juga dimana buah kulim mampu mengatasi dan menjadi penawar untuk keracunan makanan. Buah ini yang dilaporkan bersifat anti mikrobe boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit yang terkait dengan jangkitan bakteria dan virus. Apa yang sehingga kini belum ada kajian dimana buah kulim didakwa mampu menjaga kesihatan jantung serta untuk mengelakkan diserang penyakit jantung dan stroke (Bagusnya jika penyelidikan secara saintifik dan klinikal dapat dilakukan). Buah kulim didakwa amat bermanfaat untuk melancarkan pengaliran darah serta berguna untuk mengelakkan tekanan. Ia yang mempunyai ciri anti piretik yang mampu menurunkan suhu badan ketika demam. Bagaimana pun tok batin menceritakan dimana bagi tujuan manfaat tersebut maka sebaiknya buah kulim segar hanya perlu direbus hingga mendidih dan amalkannya sebagai bahan minuman sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bagaimana pun disebabkan oleh baunya yang kuat dan memeritkan maka buah kulim bolehlah dicampur dengan bahan lain yang sesuai. Didakwa juga dimana buah kulim dipotong kecil dan diletakkan di keliling rumah juga dipercayai bermanfaat untuk menghindarkan ancaman serangga dan makhluk perosak seperti tikus, lipas, cicak dan sebagainya.
Dalam beberapa rujukkan ada beberapa produk buah kulim dipasaran dalam bentuk cecair, serbuk, kapsul dan sebagainya (Sila lihat foto disebelah). Kepada mereka yang masih belum mengenali apa itu buah kulim tentunya tidak berani membelinya. Buah kulim merupakan sejenis buah yang mana ia berasal dari keluarga Olacaceae. Laporan analisa menyatakan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam buah kulim masih kurang dibuat kajian yang menyatakan dengan dengan spesifik kandungan makronutrisi dan mikronutrisi yang terdapat di dalamnya. Apa pun laporan oleh Jabatan Agrikultur dan Sains Makanan di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak sudah mempunyai laporan tersebut untuk dijadikan rujukkan seperti dilaporkan. Antara bahan di daun pokok kulim adalah unsur Kalium (918.8mg), Kalsium (241.41mg), Fosforus (343.86mg), Magnesium (91.1mg), Ferum (2.67mg) dan juga bahan Zink (1.41mg). Laporan lain dinyatakan dimana komponen berkhasiat fitokimia yang terdapat di pada pokok buah kulim adalah flavonoid, tanin, glycoside cyanogenetic, asid lemak polyacetylene dan bahan polisulfida. Selain itu juga dilaporkan buah kulim turut terkenal dengan kandungan sulfurnya yang dapat mencegah aktivit organisma vektor dan menghalang agregrasi platelet. Ekstrak metanolik kulit pokok, daun dan buah pokok kulim turut mempunyai komponen yang bersifat antibakteria. Ia adalah bersifat antioksidan dimana terdapat tekanan oksidannya sering kali disebabkan oleh radikal bebas dan boleh menyebabkan kerosakkan pada sel. Antioksida adalah salah satu komponen yang dapat bantu mencegah tindak balas tekanan oksida daripada berlaku. Aktiviti anti oksida ditemui paling tinggi pada bahagian daun, diikuti kulit batang dan buah kulim. Kajian turut menemui bahawa kesemua ekstrak metanoliknya mempunyai sifat antioksida. Buah kulim juga mempunyai sifat antimikrob di mana adanya ekstrak metanolnya juga turut ditemui memainkan peranan yang penting di dalam mencegah aktivit bakteria MRSA. Ianya turut dapat menyekat perkembangan patogen termasuk Salmonella typhi dan Candida albicans. Dilaporkan juga buah kulim membantu merawat masaalah ketidakhadaman. Ketidakhadaman ditafsirkan sebagai ketidakselesaan atau merasa sakit pada bahagian atas abdomen dan sering terjadi selepas makan atau minum. Antara simptom ketidakhadaman adalah merasa kembung perut. Secara tradisionalnya, buah kulim sering digunakan untuk merawat ketidakhadaman dan ketidakselesaan.
Ada juga testimoni dimana buah kulim akan menambahkan rasa dalam masakan. Apa pun dilaporkan dimana sekarang ini agak jarang sekali untuk pembaca blog menemui penggunaan buah kulim secara meluas. Tahukah pembaca semua bahawa buah kulim turut digunakan di dalam masakan untuk menggantikan rasa bawang putih? Antara bahagian yang digunakan untuk fungsi ini adalah biji buah kulim. Memang aroma dan rasanya adalah sama dengan bawang putih malahan ia lebih kuat lagi. Buah kulim juga sesuai dijadikan sebagai ulam-ulaman. Apa pun selain dijadikan perasa di dalam masakan dimana bahagian daun turut dikatakan diambil sebagai ulam-ulaman. Selain itu, daunnya turut ditambahkan ke dalam masakan di mana ianya di dipotong, dibasuh dan dimasak bersama pes udang. Buah kulim juga adalah bersifat anti vektor. Vektor adalah agen yang memindahkan atau membawa mana-mana patogen berjangkit ke dalam organisma hidup yang lain. Kandungan sulfur di dalam pokok buah kulim yang tinggi dikatakan dapat mencegah aktiviti vektor seperti nyamuk malaria. Paling unik didakwa dimana buah kulim mampu merawat demam. Dalam pada itu diantara kegunaan buah kulim secara tradisional yang lain adalah dapat merawat demam. Dipercayai bahawa air rebusan akar pokok buah kulim dapat digunakan untuk menurunkan suhu badan dan merawat demam. Buah ini juga mampu mengelakkan kes kembung perut bayi. Kembung perut dikalangan bayi bukanlah sesuatu yang asing lagi terutamanya bagi bayi yang berusia kurang dari 6 bulan. Kajian yang dijalankan di Indonesia menyatakan bahawa buah kulim digunakan secara tradisional untuk mengelakkan kejadian kembung perut di kalangan bayi. Caranya adalah dengan membaluti perut bayi dengah buah kulim yang digiling dan dicampurkan dengan air. Khasiat buah kulim seterusnya adlah ia mampu menghalang agregrasi platelet. Agregrasi platelet adalah kemampuan darah untuk membeku atau bergumpal. Proses ini adalah penting dimana di dalam perawatan dan pemulihan luka namun keadaan hiperagregrasi atau darah yang mudah bergumpal dapat membahayakan kesihatan. Satu kajian terhadap haiwan mendapati bahawa kandungan sulfur di dalam buah kulim dapat menghalang agregrasi platelet. Ia juga mampu mencegah pembiakkan kulat dimana hasil kajian telah mencatatkan bahawa kandungan methylthiomethyl disulfie I dan methylthiomethyl disulfie II yang berpotensi untuk mencegah pembiakkan kulat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK TINGGI... BUAH BERGUNA...
DALAM MASAKAN... TAMBAH RASA...
PERLU KAJIAN... SEHINGGA JAYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 RabiulAkhir 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.