Pada penulis blog yang banyak mnulis mengenai tanaman kelapa dalam blog ini (ada lebih 480 artikel) mendapati dimana tanaman kelapa adalah tumbuhan palma (Keluarga - Arecaceae) yang masyhur dimana ia adalah sebagai tanaman serbaguna. Hampir keseluruhan pokok kelapa yang juga dikenali sebagai 'nyiur' atau 'kerambil' ini digunakan daripada bahagian buah, daun dan batang dimana ia dapat dimanfaatkan untuk kegunaan seharian manusia. Penulis blog juga faham dimana ada banyak produk hasil dari kegunaan sabut kelapa dalam kehidupan harian. Sabut kelapa merupakan salah sati hasil sampingan yang banyak dalam industri kelapa. Pernah penulis blog membuat penelitian dibeberapa pusat pertanian semasa proses pendaftaran varieti kelapa di Malaysia mengukur dan menilai buah kelapa dimana sebiji buah mempunyai lebih kurang 0.4 kg sabut dengan kandungan sebnayak 30% serat atau gentian. Sabut kelapa terdiri daripada serat dan gabus dimana ia adalah satu kelebihan dalam bahan ni (Sila lihat foto paling atas). Serat atau pun dalam bahasa Inggeris disebut sebagai 'fiber' ini sesuai diproses daripada sabut dari jenis kelapa tinggi dengan kandungan lignin dan rendah dengan kandungan selulosa menjadikannya kuat dan tahan lama. Apa pun selalunya aktiviti pemprosesan sabut kelapa boleh ianya dilakukan dengan dua kaedah iaitu secara Pengeretan (retting) atau Pengisaran (milling). Secara umum dimana kaedah teknologi pengeretan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti air, embun, enzim, kimia dan mekanikal untuk menceraikan jaringan polisakarida pektin yang mengikat serat pada batang untuk mendapatkan serat secara individu. Tempoh pengeretan yang lebih pendek akan menghasilkan serat yang lebih berkualiti tinggi namun kajian mendapati pengeretan terbaik adalah hasil gabungan kimia dan enzim. Pengeretan sabut kelapa memerlukan masa sehingga 4 - 12 bulan untuk menghasilkan serat yang baik, panjang dan putih bersih. Bagaimana pun penulis blog dapati dimana dengan kemajuan teknologi pada masa kini maka proses ini dapat disingkatkan dengan bantuan enzim dan kimia. Kaedah pengisaran pula terbahagi kepada dua cara iaitu Kaedah Pengisaran Basah (wet milling) dan Kaedah Pengisaran Kering (dry milling). Pengisaran basah menghasilkan serat yang panjang, pendek dan berwarna coklat. Pengisaran kering pula dilakukan tanpa proses perendaman atau sabut hanya dibasahkan sedikit sahaja untuk menghasilkan serat yang pendek, kasar dan berwarna coklat.
Seterusnya perlu tahu apakah dia kegunaan yang dapat diperolehi daripada hasil pemprosesan sabut kelapa untuk dijadikan produk akhir yang ada dijalankan di Malaysia dan beberapa negara lain yang banyak menanam kelapa. Sabut Kelapa memang berkait dalam Industri Tekstil dimana serat kelapa adalah satu-satunya serat daripada buah-buahan yang boleh digunakan dalam industri tekstil. Antara produk yang dapat dihasilkan daripada serat kelapa adalah seperti tikar, tali, karpet dan pengisi tilam. Walau pun kini di Malaysia industri ini semakin berkurangan akan tetapi ia masih ada lagi dibeberapa kilang kecil. Dalam pada itu serat kelapa sudah dilaporkan sangat berguna kepada Tanah Perlombongan. Ini kerana serat kelapa juga digunakan untuk menambak tanah bekas lombong. Aktiviti perlombongan lazimnya akan juga menyebabkan perubahan pada struktur fizikal dan kimia tanah yang menyebabkan aktiviti pertanian tidak sesuai dijalankan di kawasan ini. Selain itu terdapat juga risiko kepada terjadinya hakisan dan pemendapan tanah lebih tinggi di kawasan bekas lombong. Dalam perkara ini penggunaan serat kelapa iaitu yang diletak pada lereng lereng kawasan perlombongan untuk mengurangkan kejadian hakisan pada tanah yang ditimbun pada kawasan bekas lombong kerana keupayaan serat kelapa untuk menyerap dan menyimpan air adalah tinggi. Selain itu apa yang penulis blog nilai dimana serat kelapa adalah bahan semulajadi, murah dan bermanfaat dalam digunakan dalam jangka masa panjang kerana ia akan menjadi humus apabila terurai (Sila lihat foto paling bawah sekali). Setelah dibuat penimbunan tanah dilakukan maka lazimnya kawasan lombong ini boleh ditanam dengan tanaman penutup bumi seperti tanaman kekacang (legume) dan rumput untuk ianya dapat mengembalikan struktur fizikal dane) kimia tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian. Di Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Slim River dan TKPM Sungkai Perak amalan ini telah menjadi satu kaedah yang sering dilakukan.
Kegunaan sabut kelapa paling kelas banyak digunakan dalam sektor Pertanian. Bahan gambut atau habuk sabut kelapa adalah bahan yang dihasilkan daripada sabut kelapa yang telah diproses dan dihancurkan untuk dijadikan sebagai medium tanaman bagi membantu tumbesaran pokok dikenali sebagai COCOPEAT. Serbuk sabut kelapa atau lebih dikenali secara komersial sebagai cocopeat adalah salah satu media penanaman yang baik kerana nilai pH, konduktiviti elektrik, dan sifat kimia yang lain yang sesuai sebagai media penanaman. Namun begitu kadar upaya simpan air yang tinggi menyebabkan kadar pengudaraan cocopeat adalah rendah yang menyebabkan akar menerima kurang oksigen. Dalam pertanian moden dimana penggunaan media cocopeat amat popular sebagai media untuk semaian benih dan teknik penanaman secara fertigasi. Anda boleh membaca dengan jelas mengenai cocopeat dalam tulisan saya dengan pautan berikut (Sila klik disini). Selalunya terdapat juga beberapa bahan lain turut ditambah ke dalam media cocopeat seperti perlite dan sekam padi yang dibakar untuk mengurangkan masalah pengudaran akar bagi menyuburkan lagi bahan ini. Dalam pada itu sabut kelapa sesuai dijadikan Produk Perabot juga. Kandungan lignin dan selulosa dalam sabut kelapa menjadikan ia sesuai sebagai bahan alternatif dalam kaedah pembuatan papan partikal. Selain itu memang ia juga ada digunakan didalam industri Automotif. Ini kerana kesesuaian serat atau gentian kelapa telah dieksploitasi dalam bidang automatif dalam pembuatan kusyen kereta, tilam dan perabot. Dalam kes lain agak pelik apabila sabut kelapa juga berguna didalam proses Pembuatan Kuih terutama kuih tradisional di Malaysia. Dalam pembuatan kuih tradisional seperti akok, bika dan bahulu, sabut kelapa dijadikan sebagai bahan bakar untuk menghasilkan kuih yang lebih beraroma. Penggunanan sabut kelap juga ada didalam kilang iaitu Kilang Pembuatan Silika. Ini kerana abu sabut kelapa mengandungi 62.43% Kalium oksida (K2O), 17.9% Silikon dioksida (SiO2) dan 8.79% Kalsium oksida (CaO) iaitu kompopnen yang berguna dan berpotensi untuk menghasilkan silika. Silika digunakan dalam banyak industri namun penghasilan silika (Si02) yang tulen dan berkualiti tinggi adalah mahal kerana takat leburnya yang tinggi. Oleh sebab itu biasanya proses pengekstrakan silika daripada sisa pertanian seperti sabut kelapa adalah salah satu alternatif untuk mengurangkan kos pengeluaran silika. Terkini dalam dunia moden dimana sabut kelapa meluas digunakan didalam proses Rawatan Air Buangan dan sebagainya. DIlaporkan dimana sabut kelapa juga digunakan sebagai ‘activated carbon’ yang berpotensi sebagai bahan penyerap yang baik yang dapat membantu masalah rawatan air buangan. Sabut kelapa juga dibakar untuk menghalau nyamuk pada waktu lewat petang di kawasan kampung. Banyak lagi kegunaan sabut kelapa dilaporkan seperti sebagai bahan untuk meneutralkan air dan bau simen, penapis air sederhana dan bahan mentah penyala. Teknik pemprosesan sabut kelapa pada hari ini telah membantu petani untuk mendapat pendapatan tambahan kerana ia berpotensi untuk menjadi serat kelapa, cocopeat dan papan partikal dan lain lain disambing menjaga kelestarian alam sekitar. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 1 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
JADI COCOPEAT... PALING KETARA...
DIBUAT PERABOT...AUTOMOTIF JUGA...
BACA ARTIKEL... MULUT TERNGANGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 RabiulAkhir 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.