Support My Blog

Tuesday, November 22, 2022

KENAPA BAJA ORGANIK MESRA ALAM?

BAJA ORGANIK
(Organic Fertilizer) adalah sejenis baja yang kini didakwa Selamat, Murah dan Mesra alam selain daripada ia mampu memberikan hasil berganda. Terdapat beberapa jenis baja yang selalu digunakan petani iaitu Baja Organik, Baja Kimia dan Baja Foliar. Kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan sektor tanaman, satu soalan utama sering diajukan adalah apakah itu jenis baja organik?. Secara umumnya ia dimaksudkan sebagai baja organik sebagai mesra alam iaitu baja yang tidak mengandungi bahan kimia. Ia merupakan unsur MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Penggunaan baja organik daripada pelbagai sumber adalah amat digalakkan berbanding baja kimia. Kalau anda berminat menanam sayur-sayuran yang telah membesar menggunakan baja organik adalah lebih menyihatkan berbanding baja kimia dan ianya kini lebih disedari oleh pengguna. Kebanyakan baja organik dihasilkan menerusi penggunaan najis haiwan seperti tahi ayam, tahi kambing dan tahi lembu atau produk proses dari laut yang telah dicampur bersama bahan-bahan lain dan dibiarkan mereput dengan sendirinya. Dalam banyak laporan selalu dinyatakan penggunaan baja kimia secara terus menerus tanpa di imbangi dengan menggunakan baja organik telah terbukti mengakibatkan terjadinya kerosakan tanah baik dari sifat fizik, kimia mahupun biologi tanah. Kini dengan amalan menggunakan baja organik maka kerosakan tanah dapat diperbaiki dan dikembalikan sifat kesuburannya disamping meningkatkan produktiviti pertanian. Antara jenis baja organik yang terdapat adalah sejenis baja organik yang dihasilkan secara semula jadi oleh cacing berpotensi tinggi untuk digunakan dalam bidang pertanian. Baja jenis ini telah dipromosikan dan dikenali sebagai vermikompos atau baja daripada proses perkumuhan cacing. Cacing ini melalukan proses perkumuhan terhadap bahan-bahan organik seperti sayur -sayuran, dedaun, habuk kayu, serbuk sabut kelapa malah sehingga kertas pejabat sekali pun berpotensi tinggi untuk dijadikan baja yang terbaik. Terdapat banyak jenama dan formulasi baja organik dipasaran dengan tujuan dan aplikasi yang berbeza. Artikel Subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai baja organik yang mesra alam dan sesuai digunakan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


P
enulis blog mendapati dimana sejak akhir-akhir ini dimana ada beberapa negara dunia termasuk di Malaysia telah mengalami kemerosotan ekonomi dalam sektor pertanian dan perladangan yang disebabkan oleh pandemik covid-19. Dalam perkara ini rakyat Malaysia telah berinisiatif untuk memajukan semula sektor tersebut tanpa mengeluarkan kos yang tinggi dan tidak menjejaskan alam sekitar. Sejajar dengan teknologi amalan pertanian dan kriteria yang diberikan dimana salah satu usaha yang akan dijalankan adalah mempertingkatkan penggunaan baja organik dalam kalangan petani. Secara umumnya kini semakin ramai pengguna dan petani yang memahami akan apakah dia baja organik. Ia diperolehi dengan mudah dipasaran atau mereka yang lebih rajum membuatnya sendiri. Baja yang boleh dijadikan sebagai baja semulajadi yang mana ia didakwa mampu dihasilkan daripada proses pereputan bahan organik yang mana ianya dapat menghasilkan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan. Kini dipasaran sudah banyak produk baja organik yang dijual daripada kotoran haiwan, kompos cacing, gambut, sisa tumbuhan dan rumpai laut, bahan kumbahan, bahan buangan kelapa sawit, hampas kacang tanah, tinja lembu, tinja kelawar, hampas udang dan banyak lagi bahan asas lain. Kini terdapat juga baja organik yang dihasilkan oleh ramai pengusaha seperti produk baja kompos, baja dri serbuk tulang dan pati rumpai laut dengan keberkesanannya yang tersendiri. Apa pun penulis blog yang pernah berkursus didalam dan luarnegara mengenai pembuatan baja organik mendapati ada kalanya produk dari sisa dapur diproses untuk dijadikan baja organik yang baik untuk tanaman.  

Di
sebabkan kebanyakan harga bahan input pertanian kini semakin naik akibat pelbagai faktur maka kos pengeluaran bahan hasil pertanian semakin tingggi. Purata harga baja kimia telah dilaporkan meningkat semanjak awal tahun 2021 sebanyak 56% dimana ramai pengusaha pertanian terjejas. Peperangan yang berlaku diantara Rusia dengan Ukraine dilaporkan menjadi salah satu punca berlakunya masaalah bekalan baja dimana ia juga menyebabkan kenaikan harga bahan input pertanian. Mungkin diantara beberapa faktor penggunaan baja organik dan juga kebaikan baja organik terhadap industri pertanian sudah ramai yang memahaminya. Walau pun ada kalangan petani yang kurang suka menggunakan baja organik kerana kesan yang berbeza dengan penggunaan baja kimia tetap ia perlu digalakkan penggunaannya. Menjadi perbincangan diseluruh dunia dimana diantara faktor penggunaan baja organik yang diperoleh ialah bagi mengatasi isu pencemaran alam sekitar. Ini kerana sumber bahan organik hanyalah ianya berasaskan sisa buangan haiwan ternakan seperti najis ayam, kambing dan lembu, sisa sayur-sayuran dan buah-buahan dan sisa sawit dan padi termasuklah tandan sawit yang mudah untuk diuraikan. Konsep mengenai pertanian teknologi hijau yang juga merupakan faktor penggunaan baja organik telah dijaidikan kempen yang berterusan. Penggunaan baja organik amat digalakkan kerana mampu menghasilkan produk pertanian untuk bahan makanan yang selamat dimakan, murah dan kesannya ia dapat melindungi alam sekitar, menjamin kesihatan awam dan komuniti manusia. Selain dari perkara tersebut penggunaan baja organik juga dilaporkan akan dapat unsur penjimatan kos baja kimia . Bagaimana apun penulis blog berpendapat dimana kaedah pembajaan dengan menggabugkan penggunaan baja organik dengan baja kimia adalah alternatif terbaik kepada petani.

Dalam beberapa laporan media dimana selalu ada isu-isu seperti masaalah iaitu pencemaran alam sekitar, pertanian teknologi hijau dan penjimatan kos baja kimia dibincangkan oleh beberapa pihak. Ia merupakan diantara beberapa faktor yang memungkinkan potensi yang dapat menjelaskan bahawa dengan amalan penggunaan baja organik seharuslah perlu dipertingkatkan dalam sektor pertanian dan sektor perladangan. Selaras dengan ini pihak kerajaan mampu menjadikan konsep kelestarian sektor perladangan dan komoditi negara dapat direalisasikan pada era kini yang penuh dengan pelbagai kekangan. Terdapat beberapa jenis baja organik dipasaran dengan penghasilan baja organik tempatan dan juga produk baja organik import. Baja organik tempatan lazimnya jauh lebih murah daripada baja organik import. Ada produk baja organik yang dijelaskan kandungan nutrien seperti NPK 8:8:8 untuk digunakan (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan dimana baja organik dapat membantu membaiki struktur tanah dan kandungan nutrien dari masa ke masa. Penggunaan baja kimia yang sebelumnya tidak terkawal dilaporkan sering mengakibatkan berlaku situasi pengasidan pada tanah telah berlaku malahan ianya juga telah dilaporkan akan merosakkan struktur dan nutrien di dalam tanah. Penggunaan baja organik dapat menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma baik dalam tanah seterusnya ia dapat memastikan kesuburan tanah dalam jangka masa yang panjang. Dari segi teknikal ia berlaku disebabkan apabila petani menggunakan baja kimia yang berlebihan di mana telaakan menyebabkan banyak mikroorganisma dalam tanah mati disebabkan kesan kimia tersebut. Dari aspek analisa kewangan dan ekonomi dilaporkan dimana penggunaan baja organik akan dapat menjimatkan kos baja dan memudahkan  pengurusan sisa buangan. Ia berlaku kerana penggunaan semula bahan buangan dan pengurangan penggunaan baja kimia dalam sektor pertanian. Baja organik dilaporkan dapat menambah kandungan bahan organik dalam tanah yang membantu tanah untuk mengekalkan keadaan kelembapan dan nutrien dalam tanah. Aplikasi baja organik akan dapat membantu untuk menyelesaikan pelbagai masalah asas tanaman dan tumbuhan dimana keadaan tanah akan lebih subur dan efektif bersama dengan penggunaan baja kimia. Banyak laporan kajian yang membuktikan dimana kebaikan dalam menggunakan baja organik ini dapat membawa ke arah kelestarian sektor pertanian negara jika diamalkan mengikut peraturan dan pakej amalan teknologi yang disyorkan. Apa pun penulis blog syorkan agar penggunaan baja organik dijalankan dalam membantu dalam sektor pertanian dan perladangan bergabung dengan penggunaan baja kimia. Ini kerana penggunaan baja organik dapat menggalakkan kadar kesuburan tanah seterusnya memberikan hasil berkualiti. Oleh kerana baja organik ini adalah sejenis baja yang didakwa selamat, murah dan mesra alam selain daripada ia juga mampu memberikan hasil berganda kualitinya. Memang ada petani percaya bahawa bahawa baja organik ini boleh mewujudkan kelestarian sektor pertanian pada masa kini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAJA ORGANIK ... APA KEHEBATANNYA...
DIBUAT SENDIRI... ATAU DIBELI SAHAJA....
HARGANYA MURAH...MUDAH DIGUNA...
MESRA ALAM... KELESTARIAN DUNIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 RabiulAKhir 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...