Support My Blog

Saturday, November 19, 2022

DURIAN - APA FAKTA PENTING (Part 5)

TANAMAN DURIAN
(Durio zibethinus Murr.) merupakan satu bidangusaha yang sangat popular di Malaysia terutama dengan penanaman varieti durian premium masa kini. Kalau dahulu penanaman durian dilakukan secara tradisional dan pengurusan yang konvensional akan tetapi kini industri ini telah jauh berkembang apabila ia di komersilkan dengan cara baru dan menggunakan pakej amalan teknologi moden. Apa pun saya yang telah menulis dalam blog ini lebih dari 550 buah artikel mengenai durian tetap percaya bahawa industri ini akan terus berkembang dimasa akan datang. Kini keluasan tanaman durian terkini pada tahun 2021 adalah seluas 78,772 hektar dengan jumlah pengeluaran hasil sebanyak 400,636 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2021). Beberapa varieti durian premium kini menggantikan varieti durian kampong atau varieti tradisional yang semakin kurang penanaman baru. Jabatan Pertanian telah mengenal pasti dan mengumpul koleksi klon durian semenjak tahun 1934 dan sehingga sekarang telah mendaftarkan lebih dari 250 varieti yang penulis blog pernag terlibat sama. Antara beberapa varieti durian premium yang kini sangat popular termasuk Durian Musang King (D197), Durian Duri Hitam atau Black Thorn (D200), Durian Udang Merah (D175), Durian Tekka (D160), Durian Bukit Merah (D24), Durian Hajah Asmah (D168)dan beberapa lagi. Walau pun terdapat lebih daripada 250 varieti durian yang telah didaftarkan dalam Jadual Senarai Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia akan tetapi hanya sebahagian sahaja varieti yang masih ditanam dan dikomersilkan. Pada penulis blog durian merupakan antara spesies buah-buahan yang sangat popular dan masih banyak ditanam di Malaysia. Secara tradisional pula lazimnya pokok durian ditanam daripada baka biji benih di kawasan dusun di kampung dimana lazimnya buah durian dari pokok anak baka biji menghasilkan buah yang tidak seragam, tidak pasti akan kualitinya dan sebahagian besar tidak mendapat pasaran yang baik. Durian merupakan salah satu daripada 11 jenis buah-buahan yang telah dikenalpasti di bawah Dasar Agro Makanan (2011-2020) yang mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi menampung permintaan tempatan dan eksport. Kalau dahulu pasaran durian adalah untuk pasaran domestik sahaja tetapi ia kemudian di eksport terutama ke Singapura. Kini durian Malaysia sudah di eksport ke China, Jepun sehingga pernah sampai ke Eropah dan negara lain. Apa pun tetap berlaku persaingan yang hebat dari negara Thailand yang merupakan pengeksport durian terbesar dunia. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai beberapa fakta penting penanaman durian di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.

Aktiviti penuaian durian adalah antara perkara yang agak unik berbanding dengan penuaian hasil tanaman buah-buahan tropika yang lain. Ini kerana di Malaysia buah yang matang akan gugur ketanah secara semulajadi (Sila lihat semulajadi).
 Jangkamasa kemasakan bagi buah durian iaitu dari bunga selalunya mula berkembang hingga buah masak dan gugur ialah di antara 90 - 120 hari bergantung kepada varieti yang ditanam. Tempoh kemasakan bagi varieti durian berlainan mengikut varieti ditanam dan faktur cuaca. Buah yang masak selalunya adalah ringan dimana terdapat bunyi geseran ulas-ulas isi dengan bahagian pangsa. Di Thailand ada alat khas iaitu APBD yang digunakan untuk mengesan perkara ini (Sila klik disini). Apa pun ada panduan untuk menentukan masa sesuai untuk memetik buah durian berubah mengikut cuaca setempat dan ciri-ciri buah. Beberapa ciri-ciri buah durian yang matang yang boleh digunakan sebagai garis panduan untuk menentukan masa yang lebih tepat bagi memetik buah durian termasuk akan didapati berlaku kejadian ring yang nyata di pangkal duri bagi 80% permukaan buah. Buah matang juga mempunyai sisik di kulit tangkai durian yang mudah luruh dan dilihat ada perubahan warna pada buah serta bahagian tangkai buah di lapisan absis menjadi semakin tebal. Buah durian dalam satu ladang tidak masak serentak dan akan luruh atau gugur dalam tempoh 4 minggu. Pada minggu pertama lazimnya apa yang penulis blog periksa dimana kualiti buah agak tidak bermutu yang akan luruh. Peluruhan adalah kemuncak pada minggu kedua dan ketiga dan menurun pada minggu berikutnya. Buah durian boleh luruh pada bila-bila masa dalam sehari iaitu pada waktu siang atau malam untuk dikutip, dibersihkan, digredkan dan dimakan atau dijual.


Ramai kalangan pekebun dan peminat durian yang suka dengan aktiviti mengutip hasil buah durian yang luruh. Ia seakan menjadi satu 'pesta' dimana aktiviti mengutip dan mengumpul buah durian yang luruh meriah. 
Kutipan hasil buah durian boleh dilakukan dengan mengutip sendiri buah yang gugur atau memetik buah yang matang di atas pokok. Di Thailand apa yang penulis blog buat tinjauan di sana beberapa kali melihat petani mereka akan memetik buah matang di pokok untuk pasaran eksport (Sila klik disini). Mereka menggunakan tali dan guni untuk menuai buah durian dan digredkan mengikut kaedah sistematik (Sila lihat foto disebelah). Di Malaysia pula kebanyakan penanam durian akan mengutip buah durian yang luruh sendiri (sudah masak ranum) dimana ia biasanya akan dipungut setiap hari kerana bilangan buah yang gugur adalah sedikit. Pada pertengahan musim buah perlu dipungut dua kali sehari kerana waktu ini merupakan kemuncak buah gugur Buah matang yang dipetik di atas pokok akan memanjangkan tempoh hayat penyimpanan buah di dalam pasaran jika ianya dibandingkan dengan buah masak yang telah gugur. Buah durian yang matang dipotong tangkainya 3 - 4 cm di atas paras lapisan absis dengan menggunakan pisau yang tajam. Buah yang dipetik dari pokok dijatuhkan ke bawah di mana seorang pekerja akan menunggu dengan kain guni. Buah yang dipetik boleh juga diturunkan ke bawah dengan cara menggunakan tali atau memasang jaring di bawah pohon pokok. Cara begitu akan mengelakkan buah jatuh ke tanah dan dihinggapi patogen kulat seperti Phytophthora spp. yang terdapat di permukaan tanah. Di samping itu selalunya buah durian tidak akan rosak akibat dijatuhkan dari pokok yang tinggi kalau dilakukan dengan cara terbaik.

Aktiviti memungut hasil buah durian dikebun sama ada ia buah yang dipetik atau yang gugur kemudian dikumpulkan di dalam bakul rotan atau bakul plastik bagi memudahkan pemunggahan ke dalam pengangkutan. Buah yang telah dikumpul tidak didedahkan ke cahaya matahari dan seeloknya dibawa ke pusat pembungkusan dengan cepat. Bagi ladang besar selalunya sebuah kompleks pusat pembungkusan boleh didirikan di kawasan ladang dan bagi pekebun-pekebun kecil pula lazimnya ada sebuah bangsal pemprosesan boleh didirikan di kawasan kebun untuk memberi perkhidmatan kepada petani dibeberapa kelompok pekebun-pekebun durian. Pengendalian di Pusat Pembungkusan buah durian setelah ia diturunkan dari kenderaan pengangkutan perlu dibuat dengan cermat dan tidak dicampakkan atau dihentak ke lantai dengan kasar. Pemilihan buah dibuat dengan mengasingkan buah yang baik dari buah rosak seperti buah busuk, buah muda, buah terlalu masak dan merekah serta buah berpenyakit. Buah dibersihkan daripada daun, serangga, ranting dan lain-lain. Aktiviti di pusat pembungkusan atau pemprosesan perlu disediakan beberapa kemudahan seperti ruang luas untuk menggred dan ruangan membungkus, bilik sejuk, kotak dan alat-alat. Antara panduan dan piawaian untuk buah durian adalah penting dilakukan. Ia amat perlu dilakukan petani jika ingin menembusi pasaran antarabangsa seperti di China, Eropah dan Timur Tengah. Buah-buah durian segar ini dipilih dari buah mempunyai ciri piawaian minimum yang dikehendaki oleh pasaran domestik dan eksport lazimnya mempunyai kerana saiz dan warna yang sekata. Sebagai panduan asas bagi Standard Malaysia bagi buah durian dimana Buah Besar mempunyai berat lebih dari 1.5 kg sebiji, Buah Sedang beratnya 1.0 - 1.5 kg sebiji dan Buah Kecil adalah buah durian yang beratnya kurang 1.0 kg sebiji. Buah durian diangkut dengan menggunakan bakul buluh atau bakul rotan yang boleh memuatkan 20 - 30 biji buah durian ke tempat jualan. Namun pada masa ini penggunaan bakul plastik telah mula dipraktikkan bagi penghantaran ke pasar borong. Buah ini perlu diangkut dengan cepat ke pasaran kerana buah mudah merekah dan rosak semasa dalam perjalanan. Jenis-jenis bungkusan yang sesuai digunakan selain dari bakul adalah kotak kayu atau kotak corrugated fibre board mengikut destinasi pelanggan tertentu iaitu sama ada untuk pasaran domestik ataupun untuk pasaran eksport. Pembungkusan buah durian bagi pasaran domestik dengan bakul bermuatan 50 kg. berat basah. Dilihat penggunaan bakul plastik saiz yang disyorkan adalah 701 mm x 501 mm x 400 mm dengan berat kasar sekitar 50 - 60 kg. Dalam pada itu digunakan tray polistrin bertujuan pasaran di pasaraya atau ada isi durian akan dibungkus di dalam tray polistrin dan dipamerkan di atas rak pameran jualan. Bagi tujuan pasaran eksport pula buah durian diproses dalam bentuk sejuk beku isi durian atau dalam bentuk sebiji buah yang disejukkan di bawah suhu - 180 Celcius.  Bagaimanapun dalam bentuk sejuk beku berkulit biasanya tahap kesegaran buah tidak begitu menarik. Bagi kaedah sejuk beku hanya isi durian varieti D24 lebih meluas dieksport dalam bekas seperti jenis bekas plastik.  


Sebaiknya hasil buah durian yang gugur sendiri mempunyai daya penyimpanan yang pendek iaitu di antara 3- 5 hari. Jika buah durian tersebut melibatkan jarak penghantaran ke destinasi tempatan tidak bermasaalah kerana boleh dihantar dengan kadar segera adalah penting. Jika jadual penghantaran tidak dapat dilaksanakan dengan segera sebaiknya buah durian perlu disimpan di dalam keadaan yang sesuai sama ada diproses untuk aktiviti penyimpanan buah durian dibuat dalam bentuk sebiji buah dan diambil isinya. Teknologi penyimpanan durian  di Malaysia menunjukkan bahawa buah durian segar boleh disimpan selama 7 hari sahaja pada suhu 25°C - 30°C dengan kadarn 85% - 90% kelembapan bandingan. Buah durian yang disejukbekukan pada suhu 23.2°C boleh dilanjutkan tempoh penyimpanan kepada dua (2) bulan tanpa menjejaskan mutu isinya. Buah yang belum masak tidak sesuai disimpan pada suhu 10°C atau kurang kerana secara teknikalnya ia boleh menyebabkan warna kulit menjadi hitam dan buah tidak masak bila suhu dinaikkan. Tempoh bagi penyimpanan buah tanpa bungkusan pada suhu 10°C dan 85% - 90% RH adalah 14 hari. Penyimpanan isi durian tanpa kulit akan menjimatkan kos ruang. Teknologi lain dimana ulas-ulas durian boleh juga disejukbekukan dengan cepat ke suhu 60°C dan kemudian disimpan pada suhu 8°C. Ulas-ulas durian ini boleh disimpan selama satu tahun tanpa menjejaskan mutu. Ulas-ulas durian boleh juga disejukbekukan ke suhu 23°C dan boleh disimpan selama 3 bulan. Teknologi ini menggalakkan pengeksportan buah durian ke destinasi yang mengambil masa lama dalam perjalanan di samping penjualan isi durian di luar musim. Berbalik kepada tujuan pasaran tempatan lazimnya kaedah penggunaan lori yang berbumbung yang ditutup dengan kanvas adalah disyorkan untuk tujuan membawa buah durian ke destinasi tempatan. Bakul-bakul jenis rotan atau kayu atau kotak Corrugated Fibre Board (CFB) yang berisi buah durian perlu disusun dalam satu atau dua lapisan supaya masih ada pengudaraan di persekitaran lori. Waktu yang sesuai yang digalakkan bagi pengangkutan buah ialah di waktu malam untuk mengurangkan kemerosotan mutu buah. Bagi pasaran luar negeri pula kini pengangkutan dengan kapal laut lebih murah. Selalunya kontena kargo perlu ditetapkan suhunya pada paras 10°C - 15°C dengan 85% - 90% RH. Walau pun lazimnya sebilangan besar pengeluaran durian adalah untuk penggunaan tempatan namun kini sudah ada durian yang dieksport ke China dengan kapalterbang.  Teknik sejuk beku durian telah diperkenalkan untuk membantu membolehkan buah durian di ekspot keluar negara seperti tinjauan penulis blog di Raub yang di hantar ke USA (Sila lihat foto disebelah). Durian segar yang dijual di gerai tepi jalan biasanya durian dijual melalui peraih kepada pengguna dimana terdapat juga durian dijual di tepi jalan oleh pekebun sendiri. Bagi pasaran eksport pula aktiviti ini adalah dijalankan hanya boleh dibuat oleh pemborong dan pengeksport yang berwibawa. 
Banyak juga penulisan saya yang telah dijadikan bahan rujukkan oleh pensyarah, pelajar, pengusaha serta penyekidik mengenai durian. Sudah berjuta pembaca yang membaca berdasarkan kepada analisis data yang tekah saya buat. Ada sesetengah yang menggunakan maklumat dari blog saya untuk dijadiknan buku, jurnal dan tesis sebagai bahan rujukan. Artikel ini ditulis dalam 5 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3. Part 4 dan Part 5 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini juga memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
INDUSTRI DURIAN... HEBAT DI MALAYSIA...
VARIETI PREMIUM... JADI BAKA UTAMA...
KUALITI BAGUS... MAHALNYA HARGA ...
SEMAKN KOMERSIL... MARI BACA FAKTA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana off Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang, Bandar Melaka, 
Melaka,
Malaysia.
(18 RabiulAkhir 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...