Penulis blog bangga dengan laporan media dimana 'Medium Cendawan Nanas hasil penyelidikan UMP dilancar' yang di tulis pasa 12 August 2022. Semasa MAHA 2022 di MAEPS Serdang dimana pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) berjaya melancarkan satu produk inovasi berasaskan sisa nanas yang dihasilkan dengan kerjasama penyelidikan UMP yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Aizi Nor Mazila Ramli dan pasukannya. Pelancaran disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Habshah Ali. Kajian ini juga turut melibatkan dua usahawan iaitu Noor Saiful Amri Suloh dari Saifulam Agro Farm yang bertempat di Pontian Johor dan Ahmad Mokhtar Daud dari Syarikat Pekan Mushroom Resources Sdn. Bhd. bertempat di Pekan Pahang. Terkini dilaporkan dimana pengurusan sisa pertanian merupakan antara agenda penting di bawah kerajaan melalui MAFI faktor pertimbangan alam sekitar, konsep pengurusan sisa pertanian dan lain-lain. Dengan adanya peningkatan sisa tanaman nanas dan potensinya adalah selari dengan status industri nanas pada masa kini. Industri nanas negara yang kini kian berkembang pesat terutamanya dalam sektor pengeluaran buah segar akan memberi impak kepada pengurusan sisa tanaman nanas. Pada tahun 2021 jumlah keluasan tanaman nanas negara adalah berjumlah 16,200 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 525,000 metrik tan manakala nilai pengeluaran adalah berjumlah RM700 juta. Pihak LPNM akan memperkuhkan segmen hiliran nanas yang merangkumi produk makanan dan bukan makanan. Antara produk bukan makanan seperti benang serat nanas, kertas nanas, produk makanan ternakan, medium tanaman, produk tekstil dan kraftangan, kosmetik, komposit dan pelbagai lagi mempunyai potensi yang cukup besar untuk dikembangkan. Penghasilan produk-produk ini mampu memberi nilai tambah kepada industri dan menjana pulangan yang lumayan kepada pengusaha nanas. Anggaran sisa nanas negara yang selalu dikeluarkan bagi setiap ekar kawasan tanaman nanas yang mempunyai 17,000 pokok adalah berjumlah 51 tan dengan kiraan 3 kg sisa bagi setiap pokok nanas. Menurut Profesor Madya Dr. Aizi dimana Medium Cendawan Nanas ini kini mempunyai 60 peratus kandungan sisa nanas kering atau dikenali dengan pinapeat, yang mempunyai fungsi yang sama seperti medium cendawan konvensional habuk kayu getah. Apa pun melalui kajian ini mendapati sisa kering pokok nanas atau Pinapeat didapati sesuai untuk dijadikan medium tanaman cendawan dan sebagai satu alternatif kepada medium cendawan konvensional sedia ada. Pihak LPNM akan terus mempergiatkan lagi kajian penggunaan pinpeat sebagai medium tanaman yang lain seperti penanaman beberapa jenis tanaman di dalam polibeg dan medium bagi fertigasi.
Dalam satu laporan media lain bertajuk 'Sisa nanas, medium penanaman cendawan, penyelidik UMP berjaya cari alternatif ganti cara konvensional' juga menarik dikongsikan. Dilaporkan dimana sisa kering pokok nanas atau pinapeat didapati sesuai dijadikan medium penanaman cendawan sebagai alternatif kepada kaedah konvensional yang menggunakan habuk kayu getah. Terkini pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerusi laman Facebooknya menyatakan dapatan itu diperoleh hasil kajian Profesor Madya Dr Aizi Nor Mazila Ramli dengan bekerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Dr Aizi Nor Mazila yang mengetuai penyelidikan berkenaan berkata, Medium Cendawan Nanas itu mempunyai 60 peratus kandungan pinapeat yang fungsinya sama seperti yang selalu digunakan menerusi kaedah konvensional. Kajian ini mendapati sisa kering pokok nanas atau pinapeat didapati sesuai untuk dijadikan medium tanaman cendawan dan sebagai satu alternatif kepada medium cendawan konvensional sedia ada. Sisa nanas adalah medium penanaman cendawan dimana pihak penyelidik UMP berjaya cari alternatif ganti dari cara konvensional. Kajian berkenaan turut membabitkan penyertaan dua usahawan iaitu Noor Saiful Amri Suloh dari Saifulam Agro Farm, Pontian, Johor dan Ahmad Mokhtar Daud dari Syarikat Pekan Mushroom Resources Sdn Bhd, Pekan, Pahang. Laman sosial UMP itu turut menyatakan bahawa kajian penggunaan pinapeat sebagai medium penanaman dalam polibag dan fertigasi akan terus dipergiatkan bersama LPNM. Industri nanas negara yang kini berkembang pesat terutamanya dalam sektor pengeluaran buah segar akan memberi impak kepada pengurusan sisa tanaman nanas. Dilaporkan dimana pada tahun 2021 ada jumlah keluasan tanaman nanas negara berjumlah 16,200 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 525,000 tan metrik, manakala nilai pengeluaran pula berjumlah RM700 juta.
Dari sumber maklumat lain dilaporkan 'Sisa nanas dimanfaat jadi media cendawan di Pontian' menarik untuk ia dikongsikan. Memang lazimnya bongkah cendawan untuk tujuan komersial yang dihasilkan menggunakan habuk kayu getah. Namun dengan adanya inovasi penggunaan sisa nanas bagi penghasilan media cendawan oleh usahawan dari Benut, Pontian, Johor dilaporkan telah dapat mengurangkan kebergantungan kepada media cendawan sedia ada. Kini selain bersifat mesra alam dimana teknologi pendekatan ini turut memberi tambah nilai kepada sisa nanas itu sendiri. Bagi usahawan bernama Noorsaifulam Amri (38 tahun) dilaporkan berjaya menghasilkan bongkah cendawan daripada sisa nanas sejak setahun yang lalu, dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Dia mengambil insiatif itu selepas mengalami kesukaran mendapatkan habuk kayu getah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana COVID-19. Dakwanya di Johor ada banyak ladang nanas dimana kebanyakan usahawan nanas apabila menanam nanas baru maka mereka kaan bakar tanaman lama untuk tanaman baru. Dia mengambil tanaman lama kemudian proses hancurkan menggantikan habuk kayu getah dan kosnya lebih rendah berbanding habuk kayu getah yang diambil dari luar Johor dan kos terlalu tinggi sehingga meningkat hampir lima puluh peratus. Selain pengurusan sisa nanas lebih mesra alam dilaporkan dimana inovasi cendawan daripada media nanas ini juga mempunyai nutrien yang tinggi tanpa menjejaskan rasa dan teksturnya. Khasiat cendawan ni lebih tinggi berbanding getah sebab kita sudah pun hantar ke makmal sebanyak 3 kali dan keputusan makmal mengatakan bahawa khasiat cendawan lebih tinggi berbanding kayu getah. Dilaporkan dimana bahan sisa nanas diperolehi daripada usahawan-usahawan nanas sekitar Pontian sebelum diproses. Kemudian selepas diwapkan maka bongkah cendawan akan disuntik dengan benih dan diperam selama 45 hari sebelum pengeluaran hasil. Bongkah yang sudah luput juga akan dijadikan baja organik.
Melalui portal Jabatan Pertanian Johor dilaporkan dimana 'Cendawan Nanas mendapat kedudukan EMAS di Majlis Pembentangan Inovasi Petani Anjuran Jabatan Pertanian Johor' juga amat menarik. Dinyatakan usahawan yang telah mula beroperasi pada Mei 2005 hanya dengan 1 pondok yang boleh memuatkan dalam 7 ribu bongkah sahaja kini pada tahun 2020 sudah mempunyai sebanyak 5 buah rumah cendawan yang kesemuanya boleh mengisi purata hampir 50 ribu bongkah. Dia yang berminat menceburkan diri dalam Projek Cendawan Tiram ini pernah dilaporkan dalam media TV dan akhbar. Beliau yang berminat untuk menanam cendawan kemudian seterusnya berkursus di Jabatan Pertanian Negeri Johor pada tahun 2005 untuk kali pertama dan menambah lagi pengetahuan berkursus kali ke -2 di UPM, Serdang pada akhir 2005. Kemudian pada tahun 2005 hingga 2011 dia sudah menjalankan Projek secara Part Time kerana berkerja sebagai penjawat awam di KUITTHO BAtu Pahat (Kini UTHM). Kemudian dia menumpukan sepenuh masa dalam projek ini pada Januari 2012 kerana potensi tanaman cendawan amat memberangsangkan dan berpotensi besar untuk pasaran setempat. Dia nyatakan dimana selepas membuat pembentangan Inovasi Petani bagi produk Pra-Pengkomersialan Medium Tanaman Cendawan dari sisa Nanas mendapat kedudukan EMAS (Pertama) Jabatan Pertanian Negeri Johor dan menerina anugerah tersebut.
Komposisi yang digunakan dari sisa nanas terutama bahagian daun dan bahagian daripada kulit buah boleh digunakan sebagai media untuk tanaman cendawan. Daripada kajian yang dilakukan dimana formulasi yang sesuai untuk digunakan adalah terdiri daripada 10 kg sisa nanas, 10 kg habuk kayu getah (ini adalah medium paling popular digunakan untuk penyediaan medium bongkah cendawan), 2 kg dedak padi dan juga 200 gram kapor terhidrat. Anda boleh menonton video berkaitan ini dengan membuat pautan berikut: https://www.youtube.com/watch?v=sWcZC9V3kSk dalam youtube. Cara membuatnya juga mudah kepada pengusaha cendawan dimana ia hanya perlukan bahan tambahan sisa nanas sahaja sebagai salah satu komponen didalam penyediaan bongkah cendawan. Kepada usahawan seperti didalam youtube ini memang boleh dijadilkan model kepada usahawan lain yang ada akses terhadap sisa nanas dilapangan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SELALU DIBUANG... REPUT KEMUDIAN...
DIJADIKAN MEDIA... TANAMAN CENDAWAN...
POTENSI BESAR... BERMINAT USAHAKAAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 RabiulAkhit 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.