Kisah bagaimana ada 'Tarikan keropok lekor Gasi' yang dilaporkan beberapa media tempatan menarik dikongsikan. Ia dilaporkan dari Kuala Terengganu iaitu dimana ada sejenis keropok lekor gergasi atau dikenali dengan panggilan keropok lekor Gasi menjadi tarikan utama bazar Ramadan di Pantai Batu Burok yang popular di sepanjang Ramadan ini. Apa pun kebiasaannya keropok lekor yang dijual adalah seberat 100 gram dan berharga RM1 sebatang akan tetapi berlainan dengan keropok lekor Gasi apabila saiznya lebih besar daripada biasa. Gerai menjual keropok lekor gergasi seberat kira-kira 600 gram itu menjadi tumpuan orang ramai yang ingin menikmati kelazatan dan dianggap pembuka selera selepas seharian berpuasa. Pengusahanya Aishah Ismail (29 tahun) iaitu dari Kampung Losong dakwa pada bulan Ramadan dia boleh kali pertama menjual sebanyak 20 batang keropok lekor Gasi. Hari pertama dia hanya akan membawa 20 batang keropok lekor gergasi yang setiap satunya seberat 600 gram. Dilaporkan ia menarik minat ramai dimana dia mampu jual dalam tempoh 15 minit sahaja. Hari berikutnya sebanyak 40 batang keropok lekor Gasi turut licin dalam tempoh setengah jam pada hari kedua Ramadan manakala 80 batang keropok lekor laku pada hari ketiga Ramadan. Selain menjual keropok lekor gergasi dimana dia ada menjual keropok lekor saiz biasa yang setiap satunya seberat kira-kira 100 gram. Kebanyakan pelanggan memilih keropok lekor gergasi rebus berbanding keropok lekor bersaiz biasa yang digoreng. Keropok lekor gergasi itu ada yang siap digoreng untuk jualan walaupun proses mengoreng mengambil masa setengah jam. Ramuan untuk menghasilkan keropok lekor gergasi adalah campuran ikan selayang dan tamban segar serta tepung kanji dan sagu yang diuli sebati menjadikan isinya lembut walaupun akan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk direbus. Proses merebus keropok lekor gergasi perlu dilakukan berhati-hati termasuk api kecil bagi mengelakkan makanan kegemaran masyarakat itu hanya masak di sebelah luar. Selain keropok lekor gergasi seberat 600 gram dia juga mampu menghasilkan makanan kegemaran seluruh masyarakat bersaiz lebih besar, sama ada seberat satu atau dua kilogram.
Agak unik mendengar kisah bagaimana 'Seameq perintis keropok segera' dari laporan media tempatan yang satu ini. Kisah dari Kuala Nerus ini melaporkan dimana sejenis keropok ikan segera iaitu Seameq bukan jenama asing dalam kalangan mereka yang berkunjung ke Terengganu menjadikan kudapan ini menjadi antara makanan tradisi tempatan yang wajib dibawa pulang sebagai buah tangan kepada sanak saudara dan rakan taulan. Produk tempatan keluaran syarikat Maperow Sdn. Bhd. (Maperow) ini berjaya mencipta kelainan tersendiri dengan identiti sos yang terdapat dalam bungkusan keropok sekali gus memberi nilai tambah hingga membolehkan Seameq dikenali di seluruh Malaysia. Bagi pengurus pemasaran Maperow dikenali Nurfarzana Tajul Arifin dakwa keropok ikan segera itu mula diperkenalkan pada 2010 dan pada peringkat awal dimana fokus pasaran hanya tertumpu bagi dijadikan cenderahati di majlis-majlis perkahwinan sekitar negeri ini. Kemudian akibat susulan permintaan yang luar biasa, Seameq kemudian memasuki pasaran kedai-kedai termasuk di Pasar Besar Kedai Payang (kini Pasar Payang 2) dan hingga kini berjaya melebarkan sayap ke tujuh pasar raya iaitu Mydin, Tesco, Giant, ST Rosyam Mart, Malakat Mall, Hospimart Shoppe serta Ikhwan di samping ke luar negara. Perniagaan keropok ikan segera itu merupakan satu daripada empat cabang perniagaan yang diusahakan bapanya, Tajul Arifin Mohd. Rashid. Didakwa dengan berbekalkan modal RM500 dulu ayahnya membuka kedai menjual ikan secara kecil-kecilan pada 1982 sebelum dikembangkan kepada perusahaan isi ikan pada 2000 dan selang lapan tahun, dia menceburi pula perniagaan keropok iaitu lekor dan keping. Penghasilan Seameq tercetus kerana mereka mahu mengkomersialkan keropok segera supaya mudah dimakan sesiapa sahaja memandangkan kebanyakan produk sedia ada di pasaran pada masa itu saiznya tebal dan keras di samping sudah disira dengan cili. Daripada situ timbul idea untuk menghasilkan keropok yang lebih nipis dan rangup dengan turut sama untuk menyediakan sos cili dalam bekas kecil, jadi semua peringkat umur termasuk kanak-kanak boleh menikmati keropok Seameq. Ketika ini terdapat enam jenis keropok Seameq di pasaran iaitu perisa asli di samping keju, lada hitam, bbq, kari dan bawang putih dengan harga antara RM1.50 ke 2.50 sebungkus di samping produk terbaharu, keropok mini berperisa telur masin.
Penulis blog juga tertarik dengan kisah lain 'Keropok gergasi Hasmah makin popular' dan pernah berkunjung ke premis tersebut untuk ujirasa. Kisah dari Marang, terengganu ini menyatakan dimana hasil idea kreatif pasangan suami isteri warga emas di Kampung Rhu Muda berjaya untuk menghasilkan keropok lekor bersaiz gergasi menyebabkan mereka tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan. Bagi pengusaha iaitu Hasmah Mohd. (67 tahun) dan suami iaitu Endut Yahya (74) memang tidak menyangka keropok seberat satu kilogram dan panjang kira-kira 27 sentimeter yang dijual pada harga RM13 itu berjaya menarik perhatian ramai. Kemudian ekoran dari sambutan luar biasa itu maka mereka dengan dibantu anak-anak dan cucu terpaksa menyediakan antara 300 - 400 tongkol keropok selang dua hari. Dia mula terlibat menjual keropok sejak 1990-an lagi akan tetapi perniagaan tersebut dihentikan pada 2015 berikutan masalah kesihatan. Apa pun sejak 2 tahun lalu dia kembali membuat keropok dan atas permintaan pelanggan serta mahukan kelainan dimana dia berjaya menghasilkan keropok lekor gergasi yang saiznya lebih besar daripada kelaziman. Pada peringkat awal dia cuma buat kira-kira 20 tongkol sehari tetapi selepas anak memuat naik gambar di Facebook awal tahun ini maka jualan melonjak tinggi. Permintaan keropok lekor gergasi kini bukan sahaja diterima dalam kalangan penduduk di seluruh daerah malah turut ditempah pelanggan dari pelbagai negeri termasuk Kuala Lumpur. Dakwanya kira-kira 250 kilogram isi ikan diperlukan untuk menghasilkan sehingga 400 tongkol keropok dengan proses memasaknya menggunakan kaedah tradisi iaitu direbus dengan kayu api bagi mengekalkan keaslian rasa. Mereka mengambil resipi turun-temurun keluarga untuk memastikan keenakan dan kelembutan keropok lekor walaupun pedih mata akibat asap kayu api tetapi saya tetap tidak mahu menggunakan gas memasak.
Penulis blog amat suka membuat ujirasa sejenis makanan yang unik iaitu 'Kelainan keropok lekor bawang dapat sambutan' sepert dilaporkan media tempatan. DIlaporkan keropok lekor bawang yang dihasilkan Nur Asiah kaya dengan rasa bawang dan kekal lembut walaupun di makan ketika sejuk. Dia berrsama pekerjanya menunjukkan keropok lekor bawang yang siap dipek dan akan disejuk beku supaya tahan lebih lama. Dia yang asalnya hanya seorang tukang jahit tidak menyangka kelainan yang dilakukan dalam industri pembuatan keropok dengan menghasilkan keropok lekor bawang ‘menjadi’ apabila makanan popular Terengganu itu laris dijual. Bagi Nur Asiah Daud (32 tahun) dari Kampung Kuala Ibai dakwa ramai pelanggan memuji keropok lekor yang dihasilkan lebih sedap, kaya dengan rasa bawang dan kekal lembut walaupun dimakan ketika sejuk. Dakwanya keropok lekor bawang itu mula dijual pada Jun 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan harapan suaminya, Mohd Khalid Izzat Mohd Jaffar, 32, yang berkhidmat sebagai jurukimpal tidak perlu bekerja jauh. Ibu mertuanya merupakan pengusaha keropok keping dan dia pula berhasrat membuat keropok lekor. Bagaimanapun kini bagi mengelak persaingan maka dia berusaha mencari kelainan dan kebetulan ada saudara kami berniaga keropok lekor bawang di Kuantan, Pahang. Dia kemudian mengolah semula resipinya supaya rasanya boleh diterima penggemar keropok lekor yang sebelum ini sudah biasa dengan keropok lekor asli, keju dan beberapa perisa lain. Pada peringkat awal produk keropok lekor bawang yang dihasilkan daripada isi ikan, sagu dan bawang dijual tidak sampai lima peket sehari selain mendapat respon negatif daripada pelanggan. Dia kemudian bangkit menambah baik resipi keropok lekor keluarannya supaya rasanya lebih sedap. Kini keropok lekor bawangnya dapat diterima baik oleh pelanggan bukan saja di negeri ini malah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Selepas hampir dua tahun dalam pasaran kini keropok lekor yang dihasilkannya mempunyai 100 ejen di seluruh negara dengan jualan sehingga 400 pek sejuk beku setiap hari. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DICAMPUR TEPONG SAGU... DI MASAKNYA...
PELNAGAI KISAH... AKAN KEJAYAANNYA...
PEMBACA SEKELIAN... KENALAH UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 RabiulAkhir 1444H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.