Paling penulis blog tersenyum sendiri apabila mendengar sejensi kuih iaitu Kuih Badak Berendam. Memang ramai yang akan bayankan bagaimana badak tersebut akan berendam didalam air untuk menyejukkan badannya. Kreativiti orang dulu memang hebat apaabila badak yang berwarna hijau (atau boleh pelbagai warna lain seperti merah, kuning dan putih) diletakkan didalam kuah berwarna keputihan seakan badak sedang berendam. Kuih ini ada 3 komponen iaitu bahagian inti, bahagian badan badak dan juga bahagian kuahnya. Bagi menyediakan intinya diperlukan bahan iaitu 1/2 biji kelapa parut, 2 sudu besar gula pasir, gula melaka secukupnya, 2 sudu besar gula pasir, 1/2 sudu kecil garam, 1/2 sudu besar tepung gandum dan juga sehelai dauh pandan yang akan di ikat simpul. Komponen kedua iaitu bahan untuk badak berendam adalah terdiri dari 2 cawan tepung pulut, 1.5 cawan air pandan (tidak perlu pekat sangat), 1/2 sudu kecil garam dan juga bahan pewarna hijau atau pewarna lain (merah - jika suka). Bagi menyediakan kuahnya pula (untuk badak berendam) maka diperlukan bahan 3 cawan santan kelapa, 3 sudu besar tepung beras (perlu dibancuh dengan sedikit air), 1 sudu kecil garam) dan juga sehelai daun pandan (ikat simpul). Membuatnya juga tidaklah susah dengan bagi membuat inti dengan memanaskan kuali dan dimasukkan kelapa parut, gula melaka dan gula pasir. Kacau bersama daun pandan yang disimpul bersama air. Periksa sentiasa agar inti kelapa ini cukup manisnya. Kalau kurang manis maka disyorkan tambah gula melaka. Ia dimasak sehingga agak kering dan kemudian di taburkan tepung gandum dan terus kacau sehingga masak supaya inti melekat senang dibuat bulat. Menyediakan kuahnya dengan santan kelapa ini dimasak bersama bancuhan tepung beras, garam dan daun pandan. Ia dimasak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih din mesti pastikan anda selalau kacau kuah supaya tidak berketul. Ia sesuai dihidangkan bersama bebola badak berendam. paling unik adalah membuat bebola untuk badak berendam dengan membancuh tepung pulut bersama air pandan dan garam sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat. Bahagikan kepada dua bahagian aiaitu satu bahagian di uli sekata bersama pewarna hijau dan satu bahagian lagi di uli bersama pewarna pilihan (merah - jika suka). Bulatkan adunan ini sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa dan bulatkan dengan kemas. Rebus bebola di dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan air dan diangkat. Sejatkan air dan masukkan badak tersebut ke dalam kuah santan dan sedia untuk dimakan.
Memang sejenis kuih yang enak dimakan iaitu Kuih Topi Kelantan dimana ia selalu ada dijual untuk sarapan pagi atau untuk hidangan minum petang. Bentuk kuih ini seakan topi membuatkan ia sesuai dengan namanya. Kuih ini antara yang paling mudah untuk disediakan dengan menggunakan bahan asas yang mudah dibeli dimana-mana. Kuih Topi Kelantan boleh dibuat dengan sediakan bahan terdiri dari 2 cawan tepung beras, 2 cawan tepung gandum, 1 cawan gula pasir, 1/2 sudu kecil garam dan juga 1.5 cawan air kosong. Bagi membuatnya dimasukkan ke semua bahan diatas dan kacau sebati. Kemudian ditapiskan adunan tadi supaya tidak berketul dan kemudian ia perlu dimasukkan dalam bekas kedap udara. Perap semalaman di dalam peti sejuk. Pada keesokan harinya maka bolehlah adunan ini di goreng dengan minyak sederhana sikit dan selalu ditterbalikkan guna agar ia masak sekata. Sebelum menggoreng pastikan yang minyak betul2 sudah panas. Angkat dan toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan dan dimakan.
Kuih ini adalah yang selalu ada dijual dimana-mana kerana ia enak, tahan lama dan mengenyangkan. Kuih Cucur Badak adalah berlainan dengan Kuih Badak Berendam dimana ia adalah kuih kering yang digoreng. Keenakan kuih ini adalah pada intinya dan keledek yang membalutnya. Bagi membuat kuih ini pada penulis blog agak mudah dimana sesiapa sahaja boleh membuatnya setelah membaca resepi. Bahan membuatnya bagi Badan Cucur Badak adalah 1 Kilogram keledek (di lecek), 2 cawan tepung gandum dan juga 1/2 Biji kelapa parut. bahan bagi membuat inti adalah 10 biji cili kering, 3 sudu besar udang kering, 8 ulas bawang merah, 3 batang serai, 1/2 sudu teh ketumbar, 1/2 sudu teh jintan manis, 1/2 sudu teh jintan putih, juga 1 inci halia, 1 inci kuncit serta garam secukup rasa. Membuatnya dengan memanaskan minyak dan tumis bahan inti hingga naik baunya, Masukkan kelapa dan sedikit air dan apabila sudah sudah kering diangkat dan sejukkan. Gaulkan ubi keledek dengan tepung hingga sebati, kemudian boleh mula membentukkan bulat. Isikan intinya dan dibulatkan semula sehingga inti berada ditengahnya. Kemudian boleh dipanaskan minyak dan ia di goreng sehingga masak. Toskan dari minyak dan sedis untuk dihidang dan dimakan. Artikel ini ditulis dalam 9 segmen iaitu Part 1 hingga Part 9 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
KUIH TRADISIONAL... BANYAK NAMANYA...
BERATUS JENIS... ADA DIMANA SAJA....
BUAT SENDIRI... BELI PUN MUDAHNYA...
BACA ARTIKEL... INGIN UJIRASA PULA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Safar 1444H).
Revised on 6 Nov 2022 and posted from,
KUIH TRADISIONAL... BANYAK NAMANYA...
BERATUS JENIS... ADA DIMANA SAJA....
BUAT SENDIRI... BELI PUN MUDAHNYA...
BACA ARTIKEL... INGIN UJIRASA PULA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Safar 1444H).
Revised on 6 Nov 2022 and posted from,
Room 308, Hotel Grand Baron, Taiping, Perak.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.