KILANG KELAPA SAWIT adalah diperlukan dalam industri kelapa sawit (Elaeis guineensis) dimana ia adalah salah satu komponen penting didalam industri penanaman kelapa sawit. Pada penulis blog mendapati ia adalah kaedah dalam cara pemprosesan buah sawit dimana semasa menghasilkan minyak sawit sering dilaporkan menyebaban pencemaran termasuk pencemaran air, pencemaran udara dan juga bau busuk. Antara perkara asas diperingkat ladang selepas sahaja penuaian hasil sawit pastinya aspek masa dan juga kecepatan untuk memproses Buah Tandan Segar (BTS) supaya boleh dihantar ke kilang dalam masa singkat bagi menentukan kualiti hasil Minyak Sawit Mentah atau CPO (Crude Palm Oil) yang bergantung banyak perkara ubruk menjaga kualiti. Pihak yang ada menanam tanaman kelapa sawit dengan jumlah banyak seperti sektor perladangan swasta, GLC (FELDA, FECRA, SLDB, PPNJ dan sebagainya) memang perlu mempastikan keberadaan dan jarak kilang kelapa sawit daripada ladangnya kerana ia melibat kos pengangkutan dan juga kualiti CPO yang bakal dihasilkan. Kebanyakan ladang besar ditaraf Multi Nasional dengan keluasan mencukupi mempunyai kilang sawit sendiri tetapi bagi kebanyakan pekebun kecil sawit akan bergantung kepada kilang sawit yang beropersai berhampiran dengan lokasi penanaman yang terdekat. Bagi pekebun kecil lazimnya ia di uruskan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) atau pihak swasta yang membeli buah sawit segar dan dihantar kekilang yang sudah menjadi rakan niaga mereka. Terdapat lebih daripada 350 buah kilang kelapa sawit yang beroperasi di Malaysia dimana ianya sentiasa dipantau oleh pihak yang berwajib bagi mematuhi syarat-syarat perkilangan. Ini kerana kilang sawit dilaporkan merupakan diantara kilang yang menghasilkan air tercemar yang perlu dirawat dengan sempurna agar tidak mencemarkan kualiti alam sekitar. Pada masa artikel ini ditulis dimana jumlah keluasan tanaman kelapa sawit di Malaysia pada 2019 adalah seluas 4,913,526 hektar dengan mana ia sudah berjaya untuk menghasilkan pengeluaran buah sawit segar sebanyak 71,074,571 metrik tan (Sumber info: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020). Seramai 437,696 orang pekerja terlibat langsung didalam industri kelapa sawit pada tahun yang sama. Pengeluaran minyak sawit meningkat dari cuma 431,069 metrik tan pada 1970 (Tempat ke empat) kepada sebanyak 17,734,441 metrik tan pada tahun 2009 iaitu merupakan komoditi berikan nilai terbanyak dihasilkan dari sektor pertanian. Nilai pengeluaran minyak sawit pada 2009 adalah sebanyak USD 5.36 juta. Tanaman kelapa sawit di Malaysia menggunakan benih tanaman TENERA iaitu kacukan antara Dura dan Pisifera yang berhasil tinggi setelah menjalani beberapa proses biakbaka. Penanaman kelapa sawit dijalankan oleh Estet Swasta (Guthrie Plantation, Kulim Berhad, Sime Darby, IOI, KL-Kepong, Pamol dan banyak lagi) dan juga organisasi kerajaan (FELDA, FELCRA, UPEN, Kerajaan Negeri dan sebagainya) serta pekebun-pekebun kecil. Pengurangan keluasan tanaman getah dan dusun mengurang setiap tahun dan ditukar kepada tanaman kelapa sawit. Dari segi sejarah dimana minat petani terhadap tanaman kelapa sawit di Malaysia disebabkan oleh banyak faktur. Faktur utama ialah seperti jumlah pulangan Hasil yang lumayan berbanding dengan tanaman lain (dengan harga yang baik), cepat berhasil dan ada jaminan pasaran (tiada buah sawit yang tidak boleh dijual dilaporkan). Teknologi pengurusan dan amalan agronomi tanaman sawit juga lengkap dari peringkat awal penyediaan kawasan sehingga penuaian dan pemprosesan. Kemudahan pasaran kelapa sawit juga tersedia dari peringkat pekebun kecil sehingga sistem perladangan. Kilang-kilang kelapa sawit terdapat di merata lokasi diseluruh negara yang bilangannya lebih dari 1,300 buah mampu memproses buah sawit sepanjang tahun. Artikel pada malam ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta berkaitan dengan kilang kelapa sawit untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua pembaca blog ini.
Antara kisah menarik dilaporkan media tempatan adalah bagaimana '113 Kilang Sawit Berpotensi Jana Elektrik Daripada Biogas Sawit' memang pada penulis blog menarik dikongsikan. Kisah dari Kuala Kubu Bahru dinyatakan dimana pihak kerajaan telah mengenal pasti 113 kilang sawit yang berpotensi untuk penjanaan elektrik daripada sumber biogas sawit untuk menyalurkan bekalan elektrik ke grid nasional di bawah program Tarif Galakan atau Fit in Tariff (FiT). Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dakwa kesemua kilang sawit tersebut terletak berdekatan dengan pencawang elektrik serta boleh menyambung bekalan elektrik yang sudah dihasilkan. Kini terdapat 12 kilang sawit yang telahpun siap disambungkan kepada jaringan tersebut manakala ada 79 kilang sawit lagi yang kini berada dalam proses kerja-kerja penyelengaraan untuk menyambungkan bekalan elektrik. Beliau nyatakan kepada pemberita selepas majlis perasmian projek usaha sama loji pengeluaran komersial Biogas Asli Mampat (Bio-CNG) pertama di dunia menggunakan sumber biogas sawit di Malaysia. Loji Komersial Bio-CNG yang mana ia terletak di Kilang Sawit Felda Sg Tengi menggunakan sisa buangan kilang sawit.Loji Komersial Bio-CNG adalah projek usaha sama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Felda Palm Industries Sdn Bhd dan Sime Darby Engineering Sdn Bhd. Loji tersebut mampu memproses 600m3/jam biogas mentah yang dijana daripada lagun pencerna biogas tertutup untuk menghasilkan Bio-CNG sebagai bahan api alternatif kepada bahan api berasaskan fosil seperti gas petroleum cair (LPG) dan bahan api pertengahan (MFO). Sungguhpun kinidilaporkan dimana potensi biogas adalah lebih menjurus kepada penjanaan tenaga elektrik, namun bagi kilang yang terletak jauh dan tidak berpotensi untuk sambungan ke grid, Bio-CNG adalah alternatif untuk menjana pendapatan dari sumber biogas. Biogas dari sumber efluen sawit mempunyai potensi yang besar dalam menyumbangkan kepada usaha penggunaan tenaga hijau negara terutama dalam penjanaan tenaga elektrik sebanyak 536 MW semenjak tahun 2014. Dilaporkan pihak MPOB telah mewajibkan kesemua kilang sawit baharu dan kilang yang memohon untuk peningkatan kapasiti buah tandan segar (FFB) dengan cara memasang loji pemerangkapan biogas berkuat kuasa 1 Januari 2014. Apa pun pelaksanaan program biogas di kilang sawit dimulakan sejak EPP 5 bukan sahaja untuk tujuan menjana pendapatan sampingan, ujar beliau, bahkan juga bertujuan menggalakkan penggunaan tenaga diperbaharui daripada biogas sawit yang mampu mengurangkan kos operasi, seterusnya membantu pengurangan pelepasan gas rumah hijau. Program ini memang memerlukan komitmen yang tinggi dan melibatkan semua pihak dan kerajaan akan senantiasa menyokong usaha seperti ini bagi memastikan industri sawit negara terus berkembang seiring dengan komitmen global ke arah pembangunan industri yang lebih mampan.
Laporan lain pula bertajuk 'MPOB arah kilang kelapa sawit cemar sungai hentikan operasi' dimana banyak media telah membuat lapopran. Pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah pun mengarahkan sebuah kilang kelapa sawit di Ulu Keratong, Bandar Tun Razak, Pahang agar menghentikan operasinya serta-merta setelah didapati menjadi punca pencemaran Sungai Pukin di Rompin, Pahang dengan segara. MPOB mengarahkan selaras dengan notis arahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) cawangan Rompin, di bawah Seksyen 31 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Dilaporkan dimana kilang kelapa sawit itu diarah untuk menghentikan operasi serta-merta sehingga JAS menarik balik notis arahan itu. Media-media tempatan telah ada melaporkan bahawa JAS telah mengambil tindakan terhadap kilang kelapa sawit itu selepas pemeriksaan bersama pihak Pengurusan Air Pahang Bhd mendapati premis itu dimana ia mengakibatkan pencemaran sungai berkenaan. Pencemaran berlaku apabila tebing kolam rawatan efluen kilang berkenaan runtuh, mengakibatkan sisa tidak terawat mengalir ke dalam sungai. Akibat kegagalan mematuhi arahan tersebut boleh menyebabkan lesen syarikat digantung, dibatal atau tidak diperbaharui di bawah Peraturan 15(1), Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Perlesenan) 2005. MPOB menyeru kilang-kilang kelapa sawit agar mematuhi peraturan-peraturan MPOB dan JAS berkaitan perlindungan alam sekitar pada setiap masa walau pun kes berlaku ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid19 dulu. Kini ada badan yang akan sentiasa bekerjasama dengan JAS bagi mengekang pencemaran alam sekitar termasuk pencemaran sungai yang disebabkan oleh aktiviti kilang kelapa sawit. Kes sama bertajuk 'Pengilang sawit henti operasi berdepan tindakan' dimana pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menggesa pengilang minyak sawit kembali beroperasi atau kemungkinan berdepan tindakan berkaitan pelesenan. Dilaporkan alasan pemberhentian sementara pengeluaran disebabkan terpaksa membeli buah tandan segar (BTS) berdasarkan harga purata bulan, namun menjual minyak yang diekstrak berdasarkan harga pasaran harian yang lebih rendah, adalah tidak boleh diterima. MPOB akan telah dan cuba menghubungi pihak pengilang untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Memang adalah tidak adil untuk menghentikan operasi sedangkan kebanyakan pekebun kecil dan persendirian tidak dapat menjual disebabkan keengganan pengilang membeli. Pihak kilang didakwa telah meraih keuntungan sejak lebih setahun berikutan harga minyak sawit yang tinggi maka alasan menghentikan operasi sebab untuk mengurangkan kerugian ketika harga jatuh adalah mengecewakan. Sebelum itu beberapa pengilang sawit dilaporkan menghentikan pengeluaran buat sementara waktu berikutan kejatuhan mengejut harga minyak boleh dimakan. Apa pun harga minyak sawit mentah (MSM) Malaysia ada mencatat penurunan bulanan terbesar dalam tempoh lebih 13 tahun pada Jun kepada RM4,922 satu tan dimana ia susut 22 peratus daripada paras tertingginya RM6,632. Apa pun dilaporkan masa ini ada 464 kilang sawit diberikan lesen oleh MPOB. Pihak MPOB akan menggunakan pendekatan diplomasi untuk menggesa pengilang kembali beroperasi, sebelum tindakan berdasarkan undang-undang pelesenan digunakan. Belaku keadaan dimana industri perladangan sawit terjejas dengan kekurangan pengeluaran dan tenaga kerja asing. Semua pihak perlu bersedia dengan penurunan harga MSM pada masa depan susulan langkah Indonesia tidak lagi menyekat eksport dengan bekalan kembali 'membanjiri' pasaran. Harga MSM mencecah lebih RM8,000 satu tan ketika dulu adalah amat luar biasa. Ia dijangka kembali normal pada masa depan. Cuma kami berharap ia berlegar pada paras RM4,000 satu tan yang dilihat sangat munasabah kepada semua pihak. Jika turun sehingga paras RM3,000 satu tan, ia akan memberi kesan kepada seluruh ekosistem selepas berdepan dengan pelbagai cabaran dari aspek kos pengeluaran yang kekal tinggi akibat pandemik.
Antara isu sering berkait dengan kilang kelapa sawit adalah isu pencemaran dimana ada 'Kilang kelapa sawit punca sungai tercemar' seperti dilaporkan media berlaku keadaan pencemaran Sungai Kahang dan Sembrong Kiri di Johor yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sejak kebelakangan ini telah menjejaskan kehidupan penduduk lokal. Isu berlaku kes pencemaran Sungai Sembrong Kiri berpunca daripada sebuah kilang kelapa sawit berhampiran dan sekali gus menyebabkan penutupan Ioji air Semberong Timur. Hasil siasatan Ianjut JAS ada mendapati bahawa benteng pada kolam tadahan sebuah kilang kelapa sawit itu telah pecah. JAS Cawangan Kluang telah menerima aduan mengenai pencemaran air Sungai Sembrong Kiri yang menyebabkan air bertukar warna menjadi kehitaman. JAS kemudian mengeluarkan arahan serta-merta untuk kilang agar menghentikan operasi kilang serta merta. Pihak kilang telah segera membaiki benteng yang pecah dan air dari kolam dapat dikawal daripada terus melimpah. Kini JAS Negeri Johor menetapkan penggantungan lesen kilang kelapa sawit tersebut selama tiga bulan bermula semalam sehingga 14 Januari 2021. Ini kerana kegagalan pihak kilang mematuhi syarat-syarat lesen sepenuhnya terutamanya kegagalan untuk memastikan kolam-kolam pengolahan dibenteng dengan sempurna dan berfungsi dengan baik. Notis Arahan juga dikeluarkan supaya pihak kilang segera menjalankan kerja-kerja pembaikan. Lesen hanya akan diserah semula jika JAS berpuas hati dengan kerja-kerja pembaikan yang sudah pun dilaksanakan.
Kisah bagaimana 'Kilang minyak sawit dikompaun RM4,000' iaitu selepas pemeriksaan oleh JAS Negeri Johor di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang di Johor. Sebuah kilang yang menjalankan aktiviti pemprosesan minyak sawit di kawasan Perindustrian Pasir Gudang telah dikompaun RM4,000 kerana melepaskan efluen tidak terawat. JAS Johor dalam satu kenyataan berkata, aktiviti itu dikesan ketika JAS Cawangan Pasir Gudang menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan pencemaran yang dilakukan. Pihak penguatkuasa akan menjalankan pemeriksaan kilang bagi memastikan pihak premis mematuhi sepenuhnya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya serta mematuhi Akta 342. Kemuidan hasil siasatan dan pemeriksaan mendapati sebuah premis berasaskan aktiviti pemprosesan minyak sawit gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Kilang diberikan dua tawaran kompaun bernilai RM4,000 telah dikeluarkan dengan serta-merta atas kesalahan tersebut. Apa pun proses persampelan efluen telah dijalankan setelah ia dihantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan selanjutnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MEMPROSES BUAH...MINYAK CPO JADINYA...
MENCEMAR SUNGAI... ADALAH ISU UTAMA...
MENYUMBANG KDNK... SANGAT KETARA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajawa,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 November 2022).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.