Support My Blog

Wednesday, November 9, 2022

KUIH TRADISIONAL MALAYSIA POPULAR (PART 6)

ADA BANYAK KUIH TRADISIONAL MALAYSIA atau Kuih Tradisional Melayu yang sering di sediakan atau dijual untuk dinikmati oleh semua pembaca blog setiap masa. Pada penulis blog memang sering juga menikmati kuih mueh tradisional Melayu sama ada untuk sarapan pagi atau minum petang atau sering dihidangkan semasa bermesyuarat rasmi. Teringat dahulu dizaman kemelesetan ekonomi dimana ada arahan rasmi pihak kerajaan agar hanya diberikan dua (2) jenis kuih dan segelas air (lazimnya Teh-O atau Kopi) sahaja dibenarkan untuk jamuan semasa mesyuarat dijalankan. Seingat penulis blog antara yang paling lazim dihidangkan adalah kuih Karipap (epok-epok) dan juga kuih apam. Kalau hendak melihat kepelbagaian jenis kuih-kuih Melayu pastinya pembaca blog boleh berkunjung ke Bazaar-bazaar Ramadan seluruh negara saban tahun sehinggakan ada beratus-ratus jenis kuih-kuih tradisisonal yang selalunya tidak dijual pada bulan-bulan biasa. Kalangan rakyat Malaysia lazimnya makanan kuih-muih diambil tiada masa khusus untuk dihidangkan dimana memang ia boleh sahaja dijamu secara berkudapan tetapi ia lebih dinikmati pada waktu sarapan ataupun semasa minum petang bersama minuman panas seperti teh panas atau kopi panas. Ia juga dihidangkan semasa acara keramaian penting seperti hari raya mahupun majlis seperti perkahwinan, masjlis rasmi kerajaan serta jamuan hari kebesaran. Kuih tradisional Melayu ada beberapa kategori iaitu Kuih Basah dan Kuih Kering. Antara beberapa jenis kuih tradisional yang penulis blog ingat mengikut abjad adalah Kuih Agar-agar kering, Akok Berlauk, Apam hitam manis, Apit-apit, Asam gumpal, Bahulu, Batang buruk, Beluda, Bengkang berkuah, Bengkang gandum, Bengkang ubi, Bebola bijan, Kuih buah bidara, Kuih buah rotan, Kuih bunga tanjung, Kuih Cara berlauk, Kuih cucur badak, Kuih denderam, Kuih Loyang, Kuih gulung, Halwa maskat, Kuih hasidah, Kuih Isabella, Jala mas, Kuih jemput-jemput, Karipap, Kuih keria, Kuih keseri, Ketupat palas, Ketupat sotong, Kuih koci, Kuih Apam, Kuih apam tepung beras, Kuih bakar, Kuih bangkit, Kuih butir nangka, Kuih cara, Kuih cek mek molek, kuih gunting, Kuih Jeram-jeram, Kuih karas, Kuih kasturi, Kuih lopes, Kuih mas sejemput, Kuih nagasari, Kuih nekbat, Kuih pauh dilayang, Kuih peria, Kuih sepit, Kuih talam, Kuih lapis, Lemang, Lepat pisang, Kuih makmur, martabak, Kuih ocong-ocong, Pau (kuih), Kuih pengat, Pulut berinti, Pulut lepa, Pulut manis, Pulut panggang, Roti jala, Kuih serabai, Seri muka, kuih siput,Kuih sopang, Kuih tahi itik, Kuih Tat, Kuih Tat Nangka, Tat nanas, Tepek, Tepung bungkus, Kuih tepung gomok, Kuih tepung pasung, Kuih tiram, Wajik dan banyak lagi. Pada tengahmalam yang sunyi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa jenis kuih tradisional Melayu sekadar untuk mengenali dan resepi untuk cara-cara membuatnya sebagai bahan rujukkan untuk dibaca oleh semua pembaca blog ini.

Paling penulis tidak pernah sekali pun ujirasa dinamakan sebagai Kuih Ulat Bulu dimana mendengar namanya sahaja merasa agak geli. Memang mungkin bila melihat kepada foto disebelah adilihat seakan ada susunan banyak ulat bulu diatas pinggan dengan bukunya yang berwarna putih. Bagaimana pun pada tahun 2018 semasa penulis blog membuat lawatan pertanian tanaman nanas di Kelantan ada terjumpa kuih ini dihidangkan disebuah gerai dikampong sekitar Rantau Panjang. Bagaimana pun tidak sempat menikmatinya kerana makanan sudah disediakan pihak lokal. Masa itu tidak kisah dengan kuih ini berbanding dengan lauk ikan bakar diatas meja sudah menunggu. Pada awal 2022 penulis blog sempat ke Raub, Pahang dan jumpa lagi kuih ini dan bertanya kepada pemilik gerai cara membuatnya. Dia kata bahan untuk mebuah kuih ini adalah 1 cawan tepung beras pulut, 1 cawan tepung pulut hitam, 3/4 cawan air dan juga sedikit air kapur(1/2 sudu teh). Cara untuk membuatnya dengan mengadunkan kesemua bahan menjadi adunan seperti cara membuat buah melaka. Kemudian baru dibuat ketulan atau bulatan yang kecil dan masukkan intinya dan ditutup dengan kemas seterusnya digolek pada telapak tangan kita biar menjadi sedikit panjang bentuknya (macam badan ulat). Rebuskan air dan apabila mendidih maka bolehlah dimasukkan kuih tadi dan dibiarkan sehingga timbul yang menunjukkan ia sudah masak. Ia diangkat dan toskan dan langkah seterusnya baru digolek dalam kelapa muda yang telah dicampur dengan sedikit garam dikukus dahulu kelapa tersebut). Bagi membuat inti diperlukan bahan iaitu kacang hijau, gula melaka, gula pasir, daun pandan, sedikit santan dan juga sedikit garam. Cara buat inti dengan merebus kacang hijau bersama daun pandan hingga empuk. Apabila airnya hampir kering masukkan sedikit santan, gula melaka, gula dan garam. Ujirasa tahap adalah kemanisannya mengikut citarasa sendiri dan apabila hampir kering bolehlah diangkat dan dikeluarkan dahulu daun pandan dan diblender. Biar hampir hancur dan disejukkan. Apa pun kalau hendak beli inti kacang yang dah siap pun boleh jimat masa dimana ia menjimatkan masa mebuat kuih ini.


Kuih jenis basah ini adalah Kuih Pulut Sekaya atau juga dipanggil sebagai Kuih Tok Aji Serban. Kuih ini dikaitkan dengan warnaya seakan seorang pah haji sedang mrmakai serban. Kuih ini juga agak jarang dikenali dan dikomersilkan kerana ia merupakan sejenis kuih basah lain jika tidak mengenalinya. bagi membuat lapisan bawah kuih ini diperlukan bahan iaitu 500 gram beras pulut yang perlu rendam semalaman, 300 ml santan pekat, 300ml air dan juga 2 sudu kecil garam. bagi embuat lapisan atas pula diperlukan bahan 10 biji telur yang pukul sebati, 400 ml santan pekat, 250 gm gula melaka yang hiris racik, 2 helai daun pandan yang boleh carik atau disimpul dan juga ¼ sudu kecil garam. cara menyediakan dengan beras pulut dibasuh dan ditos kemudian ia dicampur dengan santan, air dan garam. Ia perlu dikacau sebati dan kukus selama 25 minit. Masukkan pulut yang dikukus dalam loyang yang telah disapu minyak dan lapik plastik. Tekan pulut agar padat daan seterusnya ditabur sikit tepung gandum di permukaan atas. Bagi lapisan atas boleh di kisar santan dan gula melaka sehingga sebati dan gula melaka larut. Tuangkan adunan ke dalam adunan telur dan dimasukkan garam serta dikacau rata. Tapis dan tuang atas pulut kemudian perlu dikukus selama 30 minit atau sehingga masak. Apabila sejuk sedikit dipotong mengikut bentuk dan zsaiz dan dihidangkan.


Nama Kuih Lopes memang sejenis kuih yang amat popular dikampong saya dahulu dimana ia kini sudah dikomersilkan. 
Boleh dikatakan kuih ini memang telah menjadi kegemaran penulis blog juga sehingga kini. Kuih ini mudah dibuat sendiri dirumah iaitu dengan cara menggunaka rice cooker sahaja. Antara bahan membuat kuih ini adalah pastinya beras pulut iaitu 2 cawan beras pulut, 1 cawan santan cair, 1 cawan air, 1 cawan air daun pandan, sedikit garam, sedikit pewarna hijau (jika perlu), kelapa parut secukupnya diman bagi membuat air gula diperlukan bahan terdiri dari 1 keping gula melaka, 1 cawan gula perang, 5 cawan air seerta sehelai daun pandan. Cara membuatnya dengan membasuh beras pulut dan masukkan santan cair, air, air daun pandan, garam dan sedikit pewarna hijau jika suka. Adun rata dan letak dalam periuk nasi elektrik (rice cooker). Masak pulut seperti masak nasi biasa. Sementara tunggu pulut masak boleh mengukus kelapa parut seketika. Bila sudah sejuk maka digaulkan dengan sedikit garam dan boleh diketepikan. Setelah pulut masak maka ia dikeluarkan dan padatkan pulut dalan bekas bersesuaian. Kemudian barulah boleh dibentukkan bulat dengan gunakan cawan. Seterunya ia digolekkan kepingan pulut tadi ke dalam bekas berisi kelapa parut. Sebaiknua bagi menyediakan air gula melaka, masak gula melaka, gula perang, air dan daun pandan hingga mendidih dan sedikit pekat dan diketepikan. Susun didalam pinggan dimana ia sedia untuk dinikmati. Artikel ini ditulis dalam 9 segmen iaitu Part 1 hingga Part 9 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!....

KUIH TRADISIONAL... BANYAK NAMANYA...
BERATUS JENIS... ADA DIMANA SAHAJA....
BUAT SENDIRI... BELI PUN MUDAHNYA...
MEMBACA ARTIKEL... INGIN UJIRASA PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Safar 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...