ADA BANYAK KUIH TRADISIONAL MALAYSIA atau Kuih Tradisional Melayu yang sering di sediakan atau dijual untuk dinikmati oleh semua pembaca blog setiap masa. Pada penulis blog memang sering juga menikmati kuih mueh tradisional Melayu sama ada untuk sarapan pagi atau minum petang atau sering dihidangkan semasa bermesyuarat rasmi. Teringat dahulu dizaman kemelesetan ekonomi dimana ada arahan rasmi pihak kerajaan agar hanya diberikan dua (2) jenis kuih dan segelas air (lazimnya Teh-O atau Kopi-O) sahaja dibenarkan untuk jamuan semasa mesyuarat dijalankan. Seingat penulis blog antara yang paling lazim dihidangkan adalah kuih Karipap (epok-epok) dan juga kuih popia goreng. Kalau hendak melihat kepelbagaian jenis kuih-kuih Melayu pastinya pembaca blog boleh berkunjung ke Bazaar-bazaar Ramadan seluruh negara saban tahun sehinggakan ada beratus-ratus jenis kuih-kuih tradisisonal yang selalunya tidak dijual pada bulan-bulan biasa. Kalangan rakyat Malaysia lazimnya makanan kuih-muih diambil tiada masa khusus untuk dihidangkan dimana memang ia boleh sahaja dijamu secara berkudapan tetapi ia lebih dinikmati pada waktu sarapan ataupun semasa minum petang bersama minuman panas seperti teh panas atau kopi panas. Ia juga dihidangkan semasa acara keramaian penting seperti hari raya mahupun majlis seperti perkahwinan, masjlis rasmi kerajaan serta jamuan hari kebesaran. Kuih tradisional Melayu ada beberapa kategori iaitu Kuih Basah dan Kuih Kering. Antara beberapa jenis kuih tradisional yang penulis blog ingat mengikut abjad adalah Kuih Agar-agar kering, Akok Berlauk, Apam hitam manis, Apit-apit, Asam gumpal, Bahulu, Batang buruk, Beluda, Bengkang berkuah, Bengkang gandum, Bengkang ubi, Bebola bijan, Kuih buah bidara, Kuih buah rotan, Kuih bunga tanjung, Kuih Cara berlauk, Kuih cucur badak, Kuih denderam, Kuih Loyang, Kuih gulung, Halwa maskat, Kuih hasidah, Kuih Isabella, Jala mas, Kuih jemput-jemput, Karipap, Kuih keria, Kuih keseri, Ketupat palas, Ketupat sotong, Kuih koci, Kuih Apam, Kuih apam tepung beras, Kuih bakar, Kuih bangkit, Kuih butir nangka, Kuih cara, Kuih cek mek molek, kuih gunting, Kuih Jeram-jeram, Kuih karas, Kuih kasturi, Kuih lopes, Kuih mas sejemput, Kuih nagasari, Kuih nekbat, Kuih pauh dilayang, Kuih peria, Kuih sepit, Kuih talam, Kuih lapis, Lemang, Lepat pisang, Kuih makmur, martabak, Kuih ocong-ocong, Pau (kuih), Kuih pengat, Pulut berinti, Pulut lepa, Pulut manis, Pulut panggang, Roti jala, Kuih serabai, Seri muka, kuih siput,Kuih sopang, Kuih tahi itik, Kuih Tat, Kuih Tat Nangka, Tat nanas, Tepek, Tepung bungkus, Kuih tepung gomok, Kuih tepung pasung, Kuih tiram, Wajik dan banyak lagi. Pada tengah malam yang sunyi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa jenis kuih tradisional Melayu sekadar untuk mengenali dan resepi untuk membuatnya sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.
Sejenis kuih tradisional yabg agak jarang penulis blog ujirasa adalah Kuih Butir Nangka (Biji Nangka) yang hanya lebih popular di Negeri Pantai Timur sahaja. Agak kurang pasti bagaimana nama kuih ini diberikan dsn kaitannya dengan biji nangka (mungkin bentuknya seakan biji nangka). Ia boleh dibuat sendiri dengan menyediakan bebeapa bahan asas iaitu bagi membuat doh digunakan 2 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung beras dan juga air daun pandan secukupnya. Bagi bahan membuat kuahya pula perlu disediakan 3.5 cawan santan kelapa, 1 sudu besar tepung beras, garam secukup rasa, gula secukup rasa, sehelai daun pandan yang telah disimpul dan juga 1 sudu teh halba dibasuh terlebih dahulu. Cara membuatnya dimana ambil tepung pulut dan perlu digaul rata dengan air daun pandan sehingga doh boleh digentel dan pastikan jangan terlebih lembik. Kemudian diambil sedikit adunan dan bentukkan dalam bentuk lonjong dimana jika tidak mahu berbentuk lonjong pun tidak mengapa. Tapi comel dalam bentuk lonjong sebab nak jadi macam biji buah nangka. Langkah seterusnya adalah mendidihkan air dalam periuk, kemudian terus masukkan adunan yang digentel tadi untuk direbus sampai masak (Ia masak apabila bahan direbus naik terapung). Kemudian didalam satu bekas lain yang berisi air sejuk dimasukkan butir nangka yang telah masak ke dalam air sejuk untuk menghentikan proses masak. Bagi menyediakan kuah pula disiapkan periuk dan dimasukkan santan kelapa, garam, gula, halba, daun pandan dan tepung beras dimana perlu dikacau rata. Kemudian diletakkan periuk atas dapur dan kacau sehingga mendidih dan nampak pekat boleh tutup api. Apabila kuahnya suam maka disejatkan butir nangka dan boleh masukkan butir nangka tadi dalam kuah dimana ia sudah sedia untuk dihidangkan.
Kuih tradidional Melayu lain yang agak jarang dijumpai adalah Kuih Kepek Hidung atau nama lainnya sebagai Kuih Puteri Mandi. Kuih tradidional yang lebih popular di Kelantan ini ada dijual dilokasi tertentu untuk peminatnya dengan rasa keenakannya yang tersendiri. Bagi membuatnya agak tidak susah dimana bahan yang perlu ada adalah 1.5 cawan tepung pulut yang boleh bahagikan kepada 3 bahagian, setengah cawan air diguna untuk ketiga-tiga bahagian pulut, pewarna hijau, merah dan kuning serta esen pandan. Bahan uuntuk kelapa manis pula adalah 1 cawan kelapa parut putih, 1 keping gula melaka, 2-3 sb gula pasir, 2 helai daun pandan, 1/2 cawan air serta sedikit garam. Cara membuatnya dengan menyediakan dulu komponen kelapa manis. Satukan gula melaka, gula pasir, daun pandan, air dan garam dalam kuali non-stick. Ia dipanaskan sehingga gula melaka cair. Kemudian masukkan kelapa parut dan masak hingga sedikit kering. Jangan kering sangat dan sebaiknya ujirasa dulu kemanisannya. Kalau suka manis maka boleh tambah gula lagi. Bahagikan tepung pulut kepada 3 bahagian dan masukkan ke dalam 3 mangkuk yang berlainan. Untuk setiap mangkuk masukkan warna berlainan setiap satu beserta esen pandan. Dengan menggunakan 1/2 cawan air sedikit demi sedikit, bancuh tepung hingga menjadi doh yang tidak melekat. Di dalam periuk kemudian masukkan air dan masak hingga air mendidih dan dibiarkan air terus mendidih. Ambil doh tepung pulut dan dibulatkan sebesar ibu jari kemudian tekan sedikit tengahnya dengan menggunakan jari. Masukkan bebola yang telah dikemekkan tengah ke dalam air yang sedang mendidih. Renehkan hingga bebola kemek timbul dipermukaan air. Ambil penapis teh dan angkat bebola kemek keluar dan toskan airnya. Ulang semula sehingga semua doh habis. Kemudian masukkan bebola pulut kemek yang telah ditos tadi ke dalam kuali yang mengandungi kelapa parut manis dan digaul rata. Perlu diingat agar jangan toskan kesemua bebola kemek serentak nanti ia akan melekat antara satu sama lain. Bila angkat je dari air mendidih, toskan dan terus masuk dalam kelapa parut manis dan gaul.
Pada penulis blog kuih Sagu Kelapa atau ada yang panggilnya sebagai Kuih Sagu Rendang (nama kuih ini bagi kalangan masyarakat Jawa di Johor). Kuih ini adalah sejenis kuih yang arwah ibu sering ada membuatnya dimana memang sering ada dihidangkan semasa kenduri bacaan yassin malam jumaat setiap minggu dikampong. Dirumah pun sering juga penulis blog menikmati kuih ini kerana ia senang dibuat dan enak pula. Bahan bahan bagi membuatnya diperlukan 1 cawan sagu biji (direndam 30 minit), 4 cawan air, setengah cawan gula pasir (boleh tambah
1 sudu kecil sirap ros merah) dan juga kelapa parut putih dibubuh sedikit garam dan perlu dikukus seketika). Bagi membuatnya perlu direndam biji sagu dalam 30 minit. Masak dengan 4 cawan air hingga mendidih. Tapiskan sagu yang direndam dan terus masukkan ke dalam air mendidih tadi. Kemudian boleh dikacau perlahan-lahan sehingga sagu menjadi jernih. Kemudian dimasukkan perisa sirap ros dan gula. Kacau sehingga mendidih dan pekat. Kemudian boleh dituangkan dalam loyang 7”x7” atau dalam acuan kecil ikut kegemaran dan dibiarkan sehingga sejuk. Kuih ini boleh dipotong dan digaul dengan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam dan sedia untuk dimakan. Artikel ini ditulis dalam 9 segmen iaitu Part 1 hingga Part 9 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info yang berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
KUIH TRADISIONAL... BANYAK NAMANYA...
BERATUS JENIS... ADA DIMANA SAJA....
BUAT SENDIRI... BELI PUN MUDAHNYA...
BACA ARTIKEL... INGIN UJIRASA PULA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Jalan Istana,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Safar 1444H).
Kemaskini pada 11 November 2022.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.