Support My Blog

Monday, November 28, 2022

SABUT KELAPA DAN GUNANYA (Part 2)

SABUT KELAPA
(coconut husk) merupakan bahagian mesokarp (kulit luar) yang terdiri daripada serat kasar pada buah kelapa. Pokok Kelapa (Cocos nucifera) merupakan tanaman serbaguna yang masih luas di tanam di Malaysia. Lazimnya ia berfungsi sebagai pelapik (cushion) apabila buah kelapa tua jatuh ketanah dari pokok yang tinggi agar tidak pecah. Fungsi lain secara alami dimana ia akan mempastikan buah kelapa terapong pada permukaan air dan menyebabkan ia tidak tenggelam iaitu fungsinya sebagai 'pelampong'. Sabut yang terdiri dari serat yang terkumpul ini akan diasingkan denag menoupas sebelum isinya di jual sebagai biji kelapa yang mengandungi air kelapa dan santan. Ia dibuang menggunakan alat khas dan selalunya dikumpulkan dipusat khas kemudian diiarkan atau dibakar atau kering membusuk jika tidak diproses. Bagaimana pun terkini longgokan sabut kelapa sudah kurang kerana sudah dipelbagaikan kegunaanya selain daripada secara tradisinya dijadikan bahan bakar sahaja. Banyak aktiviti memproses sabut kelapa seperti dijadikan cocopeat iaitu bahan tanaman yang diguna untuk fertigasi, alas kaki, kusyen kerusi kereta, tali dan sebagainya. Penghasilan serat sabut (cocofibre) dan serbuk sabut (cococoir) merupakan produk yang paling banyak diusahakan dikawasan penananaman kelapa. Saya ada menulis banyak artikel mengenai kelapa dan sabut kelapa termasuk pautan berikut (Sila klik disini). Kini bukan sahaja ia digunakan sebagai media tanaman malahan sudah diformulasi sebagai bahan baja tanaman yang pelbagai jebusnya. Penulis blog dapati dimana sabut kelapa juga merupakan hasil buangan daripada buah kelapa yang dikupas kulitnya dan boleh diproses menjadi pelbagai produk berguna. Secara umum sabut kelapa dapat diproses menjadi Cocopeat (nama teknikal untuk serbuk dari sabut kelapa). Kini produk cocopeat telah menjadi satu pilihan terbaik dikalangan usahawan nurseri dan petani untuk dijadikan media tanaman yang cekap dan kos efektif. Kajian menunjukkan bahawa kandungan cocopeat ini memang ternyata mengandungi beberapa unsur zat makro dan mikro yang diperlukan oleh tanaman. Unsur zat tersebut adalah Kalium (K), Posforan (P), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg) dan beberapa lagi. Dalam membuat beberapa lapporan teknikal didalam dan luar negara, penulis mendapati bahawa kandungan unsur nutrien sabut kelapa yang paling dominan adalah unsur Kalium (K). Ini diikuti dengan unsur Posforan didalam cocopeat. Keujudan kedua-dua unsur kalium dan Posforan ini sangat diperlukan oleh tanaman terutama sewaktu tanaman kita sedang mengalami tahap peringkat pembungaan (Flowering) dan pembuahan (Fruiting). Lazimnya unsur kalium memberikan “rasa” pada buah agar lebih berkualiti dari segi kemanisannya, kelembutannya dan juga aromanya. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" kenggunaan sabut kelapa dan kehebatan bahan produk tersebut untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Sabut kelapa merupakan bahan sesuai untuk dijadikan SUNGKUPAN kepada tanaman. Makna sungkupan (Mulching) adalah bahan organik atau bukan organik yang diletakkan menutupi permukaan tanah dipangkal tanaman untuk pelbagai faedah kebaikan. Antara jenis sungkupan yang sering digunakan termasuk serat kelapa, tandan kelapa sawit, kompos dan jenis plastik (terutama plastik silvershine). Penggunaan sabut kelapa sebagai sungkupan sejak dulu banyak digunakan petani diatas batas tanaman sayutan dan tanaman makanan lain sebelu petani kini lebih selesa dengan mengamalkan penggunaan plastik silvershine. Bagaimana pun kelebihan sabut kelapa jika digunakan sebagai sungkupan adalah kemampuannya untuk mengawal kelembapan tanah, membolehkan air hujan untuk meresap masuk dan juga akan reput menjadi unsur baja yang kaya dengan Posforan (P) dan Kalium (K) sebagai tambahan kepada unsur baja organik kepada tanah. Kebaikan lain kerana penggunaan sabut kelapa adalah mesra alam (environmental friendly) dimana ia amat disyorkan ketika ini. Ia mudah didapati dalam bentul asli atau diproses sebagai serbuk atau cocopeat dan mudah juga disimpan. Bahan ini ringan dan selalunya dibungkus didalam bekas yang tahan lama digunakan dikebun. Ada petua agar sebelum menggunakan sabut kelapa komersil ini direndam dahulu bagi membuang sebarang bahanasing termasuk garam yang mungkin terkandung didalamnya.

Menerik penulis blog membaca berita dari portal bharian.com yang bertajuk 'Sabut Kelapa inovasi baru kepada industri perabut' yang dipetik dari Marang, Terengganu. Penulis blog setuju dengan dakwaan akbar BH menyatakan k
elapa dikatakan sebagai pokok 1,001 kegunaan dengan setiap bahagian daripada pokok berkenaan mempunyai kegunaan dan boleh dihasilkan produk. Jika dahulu sabut kelapa hanya dibuang dan dibakar, kini ia menjadi inovasi baharu dalam industri pembuatan perabot, tilam dan tempat duduk kereta. Kini dilaporkan dimana sabut yang diproses didapati boleh menghasilkan produk cocopeat (habuk sabut) dan coir (fiber panjang). Bahan itu digunakan dalam industri seperti dalam pembuatan perabot, permaidani, tilam serta tempat duduk kereta, selain fertigasi pertanian moden bagi menggantikan tanaman di atas tanah. Usahawan tempatan ada nyatakan dimana untuk menghasilkan cocopeat dan coir maka sabut kelapa akan direndam di dalam kolam takungan selama sebulan, kemudian sabut yang diawet itu ditoskan sebelum dipukul bagi memecah, melembut dan kemudian diasingkan untuk menghasilkan cocopeat serta coir. Kajian MARDI ada dilaporkan berjaya menghasilkan mesin pengasing sabut kelapa bagi memudahkan usahawan yang mahu menceburi bidang ini dan setiap mesin dijual dengan harga RM25,000. Bagaimanapun, kami sedia beri pinjam kepada usahawan buat sementara selama sembilan bulan. Dakwa Mohd Salleh sehingga kini penggunaan mesin pengasing sabut kelapa ini masih belum digunakan secara meluas. Dilaporkan setakat ini hanya empat negeri sahaja yang ada beberapa usahawan menggunakan mesin ini iaitu di Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Hasil cocopeat dan coir ini sangat mendapat permintaan tinggi bagi pasaran dalam industri pembuatan negara. Bagi seorang daripada pengusaha cocopeat dan coir dari Kampung Bukit Kolam dikenali Mamat Osman (61) tahun yang nyatakan dia yang asalnya berniaga santan selama enam tahun kini memperoleh hasil lumayan setelah menceburi bidang ini tiga tahun lalu (Sila anda lihat foto disebelah). Dia yang mulanya fikir apa nak buat apa dengan sabut kelapa ni sebab kerjanya hanya menjual santan. Sebelum ini dia hanya amalkan cara dimana kelapa dia guna, tetapi tempurung dan sabut tu tak tahu nak buang ke mana. Kebetulan dia ada juga terbaca mengenai mesin mempproses sabut kelapa dan beli 2 unit untuk perusahaannya. Pendapatannya menjual santan selepas pencen hanya sekitar RM50 hingga RM60 sehari akan tetapi kini pendapatannya meningkat tiga kali ganda hasil permintaan cocopeat yang tinggi. Produk Cocopeat ini boleh digunakan sebagai media untuk penanaman fertigasi dan permintaan terhadap cocopeat ini sangat tinggi dan saya hanya menjualnya RM4.50 seguni. Dulu pengusaha fertigasi ambil dari luar negeri akan tetapi kini mereka ambil dengan dia sebab dijual dengan lebih murah. Untuk produk coir pula dia selalu akan digunakan dalam industri penghasilan perabot seperti produk karpet, tilam serta tempat duduk kereta yang mana coir ini tahan lama dan tidak mudah rosak serta tidak panas dan sangat sesuai dengan bahan dihasilkan. Coir dijual dengan harga RM900 bagi satu treler. Sabut kelapa dia akan perolehi daripada orang kampung dengan harga RM60 selori, tetapi kini saya menghadapi sedikit kesukaran untuk mengeluarkan lebih produk kerana pengeluaran kelapa di negeri ini semakin berkurangan.

Ada kisah bagaimana 
Penyelidik Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) menghasilkan inovasi bekas makanan (pinggan) biodegradasi berasaskan sabut kelapa yang mana ia menyumbang ke arah kelestarian alam sekitar serta menyokong dasar-dasar kerajaan mengurangkan penggunaan plastik. Bagi Ketua Penyelidik, Prof Madya Dr Siti Salwa Abd Gani mendakwa iaitu fokus utama penghasilan inovasi itu adalah untuk memastikan ia mudah terurai dan cepat dibiodegradasi bagi menjadikannya alternatif terbaik kepada polisterin serta plastik. Penggunaan plastik yang berterusan dalam kuantiti banyak boleh mengakibatkan isu pemanasan global, pengumpulan gas rumah hijau, mengancam keseimbangan ekosistem negara serta kepupusan haiwan akuatik kerana menganggap plastik yang terdampar di lautan adalah bahan makanan hidupan laut. Kini dengan menggunakan sabut kelapa, bekas makanan tidak lagi menjadi faktor yang menyumbang kepada pencemaran alam untuk jangka masa panjang sekali gus meningkatkan usaha negara untuk memulihara ekosistem kehidupan. Penghasilan bekas makanan mesra alam juga menawarkan pelbagai kelebihan seperti mudah dileraikan, murah, efektif dan menawarkan daya ketahanan tinggi yang boleh menampung berat makanan sehingga satu kilogram. Pendekatan yang diambil untuk menghasilkan inovasi itu adalah menarik berbanding bekas makanan di pasaran dengan mengetengahkan konsep "From Waste to Wealth" menjadikannya sebagai daya penarik pengguna terutama bagi pencinta alam sekitar. Konsep diterapkan ternyata memberi kelebihan mengenai perhatian yang diberikan dengan menukarkan sisa terbuang menjadi bahan penting komponen bekas makanan demi memastikan kelestarian alam sekitar dan pengurangan sisa tanaman sabut kelapa dapat dicapai. Ekonomi Malaysia mencatatkan industri berasaskan pokok kelapa keempat terbesar dan terpenting membolehkan sisa tanaman sabut kelapa murah, mudah serta boleh dijadikan bahan asas yang baik untuk menghasilkan inovasi hijau. Ciptaan yang sudah dipatenkan itu dijangka menerima sambutan hangat daripada pengusaha makanan kerana faedah yang ditawarkannya. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 1 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SABUT KELAPA.... BANYAK GUNANYA...
JADI COCOPEAT... PALING KETARA...
DIBUAT PERABOT...AUTOMOTIF JUGA...
BACA ARTIKEL... MULUT TERNGANGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(27 RabiulAkhir 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...