Akhbar harian metro melaporkan 'Mesin asing sabut kelapa' sudah digunakan dimana mesin tersebut juga berfungsi seperti menapis untuk dapatkan serat ringan untuk ditulis semula kisahnya. Sabut kelapa selalunya dibiarkan kering untuk dijadikan bahan bakar juga sebenarnya bahagian kelapa itu mempunyai pelbagai kegunaan bagi keperluan industri. Ciri dimiliki sabut kelapa selaku daya lentur yang baik, tahan lama, tidak berbau dan mesra alam berpotensi tinggi untuk dijadikan material gentian bebas kimia selain selamat buat pengguna. Memang tidak terkecuali menggunakan sebahagian besar fiber daripada sabut ialah pelopor industri automotif bijak memanfaatkan keunikan material ini sebagai bahan penting dalam pembuatan kusyen, tilam dan perabot. Salah satu kilang iaitu Sentosa Fibre Sdn Bhd di Bagan Datok, Perak dilaporkan memproses sabut kelapa untuk dijadikan serat dan habuk sabut bagi industri agro. Berbanding kaedah secara tradisional yang lebih rumit dan memakan masa lama, kini kilang tersebut berjaya untuk mengasingkan sabut daripada kulit kerasnya dengan menggunakan mesin. Kalau dahuli merekas menggunakan kaedah tradisional, sabut kelapa perlu direndam dalam kolam selama sebulan. Kemudian sabut akan ditos dan dipukul untuk melembutkan tekstur kulitnya. Kemudian selesai langkah terbabit, sabut dan kulit tadi disaring untuk diasingkan mengikut tekstur iaitu ‘coir’ yang merujuk kepada serat dan ‘cocopeat’ pula dalam bentuk serbuk. Mesin khas berkenaan mampu melakukan kerja memecah, menguraikan sabut daripada kulit kelapa yang keras dengan mudah. Kulit kelapa biasanya akan dihantar kepada pemborong dalam lori muatan dua hingga tiga tan. Sebaik diterima kulit kelapa berkenaan dimasukkan ke dalam mesin menggunakan bantuan pekerja. Mesin ini akan membuat kerja memecah kulit dan juga sabut. Sabut perlu diasingkan dan kemudian membungkusnya mengikut gred dan keperluan tertentu. Ada yang digunakan sebagai campuran untuk makanan ternakan seperti ayam. Sebahagian besar serbuk sabut ini digunakan sebagai medium tanaman fertigasi. Bagi serat pula dimana proses pembuatan lebih remeh kerana kerja pengeringan perlu dilakukan dengan baik. Ia menjadi lebih susah apabila tiba musim hujan kerana serat ini tidak kering dengan baik. Kelembapan akibat terkena hujan boleh merosakkan serat sabut. Biasanya proses pengeringan mengambil masa lama sehingga lebih seminggu sebelum ia boleh dihantar kepada pembeli. Kilang ini ada mesin untuk mengeringkan serat supaya kualitinya terjaga. Secara purata, satu tan kelapa yang mengandungi 2,000 keping sabut boleh menghasilkan kira-kira 200 kilogram (kg) serat dan 100kg serbuk sabut. Setiap mesin industri boleh memproses 200 - 300kg sabut kelapa dalam tempoh sejam. Sebelum kerja penghantaran dilakukan, serat perlu diasingkan mengikut saiz (panjang dan pendek) kerana ia mempunyai fungsi berbeza mengikut industri. Serat berkenaan akan dimampatkan dalam bentuk kiub dengan berat sekitar 200kg bagi setiap pek. Dalam pada itu biasanya serat panjang lebih banyak dieksport ke China mahupun Korea untuk pembuatan bangku atau kerusi kenderaan termasuk kapal terbang atau kapal. Manakala serat yang lebih pendek biasanya digunakan sebagai medium dalam industri tanaman atau landskap taman.
Dinegara jiran Indonesia yang merupakan negara terluas penanaman kelapa dimana kompas.com melaporkan 'Jangan Dibuang, Ini Manfaat Sabut Kelapa untuk Tanaman' sesuai dikongsikan dan ianya ditulis semula. Kelapa dikenal sebagai sejenis tanaman yang serbaguna. Selain isi daging dan air buah kelapa yang boleh dimakan ada juga bahagian tanaman kelapa lainnya banyak kegunaannya. Buah kelapa terdiri dari beberapa lapisan untuk sampai kepada bahagian tempurung dan isi dagingnya. Salah satu lapisan buah ini disebut sabut kelapa. Bahagian yang dapat selalu digunakan sebagai bahan bakar alternatif ini memiliki tekstur menyerupai serat atau serabut kasar. Selain boleh digunakan sebagai bahan bakar sebenarnya sabut kelapa ternyata sesuai digunakan untuk tanaman. Merujuk dari Home Guides SFgate dinyatakan sabut kelapa sebagai media tanam adalah terbaik. Biasanya sabut kelapa akan dapat digunakan sebagai media tanam sama ada bagi tanaman dalam pot /pasu ataupun tanaman hidroponik. Sabut kelapa dapat menyalurkan nutrien secara lebih baik semasa digunakan dalam sistem tanaman hidroponik. Sabut kelapa akan membuat sistem akar berkembang dengan mudah kerana cir khasnya ia tidak mudah dipadatkan membolehkan tanaman tidak menjadi lemas atau tergenang air. Sabut kelapa juga mampu menjaga kelembapan dalam waktu lama, sebab media tanaman ini cukup ringan dan lapang bagi tanaman. Sekam kelapa dapat meningkatkan jumlah bakteria yang mana ia menguntungkan persekitaran sistem akar tanaman. Ia juga mampu membuat pH tanah seimbang sehingga akan membantu pertumbuhan Lignin. Sabut kelapa yang dicampur dengan perlite sangat baik digunakan sebagai media tanaman sistem hidroponik. Ia boleh digunakan sebanyak 3 kali tanpa penurunan hasil dengan penjagaan baik. Kelamahannya dimana ia mengikat unsur zat besi (Fe), magnesium (mg) dan kalsium (Ca) kerana nilai tukar kationnya (CEC) dan juga kadar kandungan garam yang tinggi. Selalunya abut kelapa digunakan sebagai sungkupan atau penutup tanah dimana cara ini akan membantu mempertahankan kelembapan dan menekan pertumbuhan rumpai.
Di Marang Terenggani dilaporkan oleh Bernama dimana 'Sabut kelapa inovasi baharu bagi industri pembuatan perabot' memang menarik kisahnya. Tanaman kelapa dikatakan sebagai pokok 1,001 kegunaan dengan setiap bahagian daripada pokok berkenaan mempunyai kegunaan dan boleh dihasilkan produk. Jika dahulu sabut kelapa hanya dibuang dan dibakar akan tetapi kini ia menjadi inovasi baharu dalam industri pembuatan perabot, tilam dan tempat duduk kereta.
Sabut yang diproses boleh menghasilkan cocopeat (habuk sabut) dan coir (fiber panjang). Bahan itu digunakan dalam industri seperti pembuatan perabot, permaidani, tilam serta tempat duduk kereta, selain fertigasi pertanian moden bagi menggantikan tanaman di atas tanah. Bagi menghasilkan cocopeat dan coir, sabut kelapa akan direndam di dalam kolam takungan selama sebulan, kemudian sabut yang diawet itu ditoskan sebelum dipukul bagi memecah, melembut dan kemudian diasingkan untuk menghasilkan cocopeat serta coir. Kini sudah terdapat mesin pengasing sabut kelapa bagi memudahkan usahawan yang mahu menceburi bidang ini dan setiap mesin dijual dengan harga RM25,000. Bagaimanapun, kami sedia beri pinjam kepada usahawan buat sementara selama sembilan bulan. Kini penggunaan mesin pengasing sabut kelapa ini masih belum digunakan secara meluas. Dilaporkan hanya ada empat negeri sahaja yang ada usahawan menggunakan mesin ini iaitu di Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Hasil cocopeat dan coir ini sangat mendapat permintaan tinggi bagi pasaran dalam industri pembuatan negara. Bagi seorang daripada pengusaha cocopeat dan coir dari Kampung Bukit Kolam iaitu Mamat Osman (61 tahun) dimana dia yang asalnya berniaga santan selama enam tahun kini memperoleh hasil lumayan setelah menceburi bidang ini tiga tahun lepas. Walau pun dia pada mulanya tudak tahu hendak buat apa dengan sabut kelapa ni sebab kerja saya jual santan. Kini dia sudah beli dua buah mesin ini dengan harga RM25,000 setiap satu dimana kalau dulu jumlah pendapatannya menjual santan selepas pencen hanya sekitar RM50 - RM60 sehari akan tetapi kini jumlah pendapatannya meningkat tiga kali ganda hasil permintaan cocopeat yang tinggi. Cocopeat ini boleh digunakan sebagai media untuk penanaman fertigasi dan permintaan terhadap cocopeat ini sangat tinggi dan saya hanya menjualnya RM4.50 seguni. Dulu pengusaha fertigasi ambil dari luar negeri, tapi kini mereka ambil dengan saya sebab saya jual dengan lebih murah. Bagi produk coir pula selalunya ia akan digunakan dalam industri penghasilan perabot, karpet, tilam serta tempat duduk kereta yang mana coir ini tahan lama dan tak mudah rosak serta tidak panas dan sangat sesuai dengan pembuatan ini. Produk coir dijual dengan harga RM900 bagi satu treler.Biasanya sabut kelapa beliau akan beli daripada orang kampung dengan harga RM60 selori sebelum diproses. Kini beliau menjadi usahawan berjay di Marang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
DULU DIBAKAR... BAHAN API GUNA..
BOLEH DIPROSES... ADA CARANYA...
BACA ARTIKEL... DAPAT ILMUNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Rabiulakhir 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.