Support My Blog

Thursday, December 30, 2021

IKAN JELAWAT - KENALI DIA

IKAN JELAWAT 
(Leptobarbus hoevenii) atau juga dikenai sebagai Ikan Sultan merupakan ikan pemangsa air tawar yang sukar ada dijual dipasar-pasar kerana dari segi namanya sahaja penulis blog dapat tahu ia hanya untuk hidangan Sultan atau Raja sahaja zaman dahulu. Penulis blog beberapa kali dapat jumpa ikan jelawat ini di Mersing, Johor iaitu kawasan Taman Negara Endau-Rompin semasa membuat tinjauan ke kawasan pekampungan Orang Asli, Kg Peta untuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Mersing dahulu. Memang ada banyak ikan jelawat dibeberapa buah lubuk didalam kawasan konservasi di taman tersebut dapat dilihat. Sebenarnya ikan jelawat ini ada dianak sungai disebelah rumah di Kampong saya di Muar, Johor walau pun spesisnya agak berlainan dengan yang ada di Mersing. Ikan ini mempunyai bentuk badan agak panjang yang menarik dengan mempunyai sisik berkilat. Melihat kepada warna sisiknya dilihat ia seakan berwarna kehijauan dari bahagian atas dan bahagian abdomennya berwarna keputihan bercampur seakan warna perak. Jika diteliti dengan lebih dekat dilihat dibahagian sirip ikan ini akan dilihat warna merah cerah (Sila lihat foto diatas). Dilaporkan bagi ikan jelawat juvenile (anakan) akan dapat dilihat satu garian berwarna hitam melintasi bahagian tengah badannya. Ia mampu bergerak dengan pantas didalam air tawar. Biasanya ikan jelawat ini boleh membesar sehingga 160 cm dan merupakan ikan oviparous, maserba, gregarious dimana ia juga biasanya berenang pada pertengahan sehingga dasar air. Taburan ikan jelawat ini dipercayai  berada dalam sungai, tasik dan lombong di sekitar Malaysia, Indonesia dan Thailand. Seperti dilaporkan walau pun ikan ini dildakwa suatu masa dahulu hanya menjadi santapan di raja tetapi setelah ikan ini berjaya dibiak dan telah dikomersilkan ia sudah ada dipasaran bagi hidangan ramai walau pun harganya agal lumayan tinggi. Setakat ini hanya ada beberapa kali dapat ujirasa ikan jelawat liar yang mana ia dihidangkan oleh kelompok petani di sebuah kampong yang juga peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di sebuah kampung dekat Sungai Pahang dengan membakarnya semasa bertugas di Pahang dahulu. Memang ikan ini istimewa kerana sungguh enak dimakan. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai info ikan jelawat uuntuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Dilaporkan dimana ikan jelawat ini merupakan ikan yang ada natif dalam perairan air tawar yang mengair di Semenanjung Malaysia di beberapa sungai utama seperti Sungai Pahang (seperti Sungai Pahang, Sungai Tembeling, Sungai Jelai dan Sungai Lipis) dan Sungai Perak. Penulis blog memang berkesempatan mengunjungi sungai-sungai tersebut semasa menjawat Pengarah Pertanian Pahang. Habitat bagi ikan jelawat liar memang berada didalam sungai yang ada arus atau air sentiasa mengalir. Lazimnya ikan jelawat ini akan tinggal pada lubuk yang sama untuk suatu masa sebelum ia berpindah kelokasi lain disebabkan beberapa faktur. Walau pun secara praktiknya ikan jelawat bukan sejenis ikan migrasi atau berpindah-pindah akan tetapi jika populasi ikan dilubuk sudah padat atau ada gangguan dihabitatnya ia akan berpindah juga kelosaki lubuk baru. Ikan jelawat merupakan sejenis ikan omnivore yang selaku tertumpu makan cacing, cengkerik, belalang, ulat dan juga buah hutan yang gugur kepermukaan air. Kajian saintis mendapati dimana buah ara merupakan makanan yang sangat digemari oleh ikan liar termasuk ikan jelawat liar. Cara ikan jelawat hidup adalah bergerombolan sehinggakan penulis blog lihat di Taman Negara Endau-Rompin ada berpuloh-puloh ekor yang berenang didalam satu lubuk yang mengasyikkan melihatnya. Bagaimana pun dilaporkan kemajuan teknologi perikanan membolehkan ikan ini dapat dibiakkan dan diternak secara komersil sehingga ramai boleh mendapatkannya dipasaran untuk dinikmati. Beberapa portal pemasaran menyatakan purata harga ikan jelawat di Malaysia adalah diantara RM300 - RM340 sekilogram bergantung kepada saiz dan kualiti kesegarannya. 

Dikalangan kaki pancing mengetahui dimana ikan jelawat merupakan spesis ikan yang kuat bertarung dengan tahap kekuatan lariannya didalam air. Ikan ini merupakan tarikan dalam 'fishing sport' dan juga mereka yang berhasil untuk menaikannya ikan jelawat liar pastinya sangat gembira terutama mendapat saiz ekonomik kerana harga jualannya adalah lumayan mahal. Penulis blog pernah diberitahu peminat pancing yang berjaya menaikan ikan jelawat dari Sungai Pahang dan di Tasik Chini dan Tasik Bera di Pahang dimana mereka yang berjaya menaikan ikan jelawat putih bersaiz diantara 8 - 10 kg seekor mampu menjualnya dengan harga kampong diantara RM80 - RM120 sekilogram kepada pemborong. Pemancing ini menyatakan kawasan yang strategik untuk memancing ikan jelawat adalah di kawasan yang air berarus seperti di lokasi ada air keluar masuk iaitu di pertembungan anak sungai kecil dengan sungai besar. Pemancing nyatakan antara umpan yang sesuai digunakan adalah seperti cacing, ulat buluh, serngga kecil atau pun cengkerik dan anak ikan kecl. Kini ramai juga pemancing yang menggunakan buah kelapa sawit sebagai umpan yang berkesan. Umpan kelapa sawit diracik dan dipasang seakan membuat sate pada perambut panjang sebeu dicampakkan kedalam sungai. Teknik dengan cara mencangkukkkan sebiji atau dua biji sawit pada matakail juga boleh dilakukan sebagai umpan. Kini ada kalangan pemancing yang menggunakan umpan tiruan untuk memancing ikan jelawat.

Ikan Jelawat merupakan spesis ikan yang banyak pipihan untuk dimasak dan dihidangkan. Antara menu popular kuliner ikan jelawat seperti Ikan Jelawat Bakar atau jelawat Panggang, Ikan Jelawat Masak Stim, Ikan Jelawat Masak Lemak Cili Api, Ikan Jelawat Goreng Berlada, Asam Pekas Jelawat dan berpuloh-puloh lagi resepi bagi ikan jelawat.  Bagi penulis blog paling suka adalah ujirasa ikan jelawat bakar yang disediakan di sekitar Sungai Pahang dahuu. Menurut petani yang menyediakan kuliner ini bahan untuk membuatnya adalah 
1 ekor ikan jelawat atau ikan sultan segar yang perlu dibersihkan dan kelar-kelar dibadannya, 3 biji bawang putih, 1.5cm halia, 1/2 sudu lada putih, 1/2 sudu serbuk kunyit, minyak bijan, daun pisang dan daun kunyit alas memanggang, 1/2 sudu teh pati asam jawa dan juga garam. Cara menyediakannya adalah dengan pertama sekali menumbuk bawang putih, halia dan lada putih. Kemudian ramuan ini digaul bersama garam, serbuk kunyit dan pati asam jawa. Seterusnya semua dilumurkan keseluruhan badan ikan jelawat sehingga rata. Sediakan pemanggang dan panggang ikan jelawat ini hingga seragam masaknya. Ikan jelawat bakar ini boleh dimakan terus begitu shaja akan tetapi lebih enak lagi kaalau dicicah dengan sambal kicap atau sambal belacan. Bagi menyediakan sambal belacan mangga sediakan buah mangga dan ia ditumbuk bersama 7 biji cili padi, 3 biji bawang merahdan sedikit belaan. Kemudian dimasukkan sedikit garam dan gula dan kalau sukakan rasa masam boleh ditambah dengan jus limau kansturi atau limau nipis. Ia kemudian dihidangkan untuk dicicah dengan isi ikan jelawat ... memang enak sekali. Ada juga beberapa kali ujirasa ikan jelawat masak lemak cili api dan juga asam pedas ikan jelawat. Semuga artikel ini dapa memberi infoo berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
IKAN JELAWAT... IKAN SULTAN SAMA...
SUKAR DIDAPATI... MAHAL HARGA..
KAKI PANCING... MEMANG AMAT SUKA...
RASA ENAK... PELBAGAI RESEPI ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Jamadilawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...