Support My Blog

Wednesday, November 2, 2022

KONSERVASI TANAMAN HERBA DAN NADIR

TUMBUHAN HERBA
adalah 
merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut atau berkayu dimana ia serin dikaitkan dengan bahan untuk perubatan dan kesihatan. Pokok lain yang ada didalam hutan simpan perlu di pastikan tidak pupus dengan pelbagai cara. Walau pun ada juga pokok herba yang tidak sesuai dimakan secara langsung akan tetapi digunakan sebagai bahan untuk menghasilkan minyak atau diproses menjadi produk ubatan atau produk kesihatan atau komestik. kesihatan. Penggunaan bahan herba mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus atau makanan harian dimana kadang-kadang ramai tidak sedar apa yang sedang digunakan atau dimakan adalah produk herba. Apa pun penulis blog merujuk kepada kepentingan herba sehingga ia dibahas di Parlimen Malaysia melalui soalan kepada NRE melalui Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sama ada mereka telah menjalankan kerja-kerja didalam menyelamatkan spesies tumbuhan ini daripada ancaman kepupusan dengan penubuhan kawasan pemuliharaan secara in situ di habitat-habitat semulajadinya. Dalam jawapan di parlein dimana menteri NRE menjawab dimana FRIM sedang bekerjasama dengan pihak pemegang taruh dalam aspek-aspek pengurusan pemuliharaan spesies-spesies terancam ini. Sebuah kawasan telah dikenalpasti di INSTUN untuk tanaman semula germplasma yang dikutip dari hutan. Semenjak penubuhan bank ini pada tahun 2014 dimana ada beberapa spesies terancam telah dapat dikutip dari Hutan Simpan di Panti, Sungai Bantang dan Gunung Arong di Johor, serta Sungai Lalang, Selangor dan dibesarkan di dalam tapak semaian sebelum dipindahkan ke INSTUN untuk ditanam. Selain penanaman ex-situ dilaporkan pihak FRIM terlibat dengan program konservasi melalui 'DNA Profiling' spesies hutan dan herba. Dalam setiap perancangan RMK 1dimana memang ada program untuk mempastikan setiap spesies hutan tropika dan herba di simpan di makmal genetik FRIM sebagai sumber maklumat sekiranya spesies ini mengalami kepupusan. Artikel petang Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mengupas mengenai aktiviti konservasi tanaman herba dan nadir dari media tempatan untuk dijadikan bahan rujukan semua.

Portal BH Plus melaporkan dimana aktiviti 'Konservasi herba untuk generasi masa depan' amat sesuai dijadikan bahan rujukkan kali ini. 
Kisah dari Shah Alam tersebut menyatakan dimana herba seperti Hanyir Ikan, Jarum Tujuh Bilah, Subang Nenek, Bunga Bawang Putih, Kesing Pijat dan Yesterday, Today, Tomorrow kini boleh didapati di Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA), Selangor. Dilaporkan ada pokok herba dengan nama yang unik berdasarkan ciri-ciri dan bentuknya itu ditanam di Laman Konservasi Herba dan juga Tanaman Ubatan TBNSA bagi memberikan pendedahan kepada pengunjung mengenai kelebihan pelbagai herba yang boleh digunakan sebagai alternatif untuk rawatan moden. Bagi Penolong Pegawai Pertanian TBNSA, Syamsul Idris Saleh yang bertanggung jawab menjaga dan menyelia taman itu, berkata herba yang ditanam di situ boleh digunakan bagi merawat pelbagai kanser, cirit-birit, tenaga untuk lelaki dan wanita, leukimia, luka dan sakit kepala. Tumbuhan Hanyir Ikan misalnya dikatakan berkhasiat untuk merawat penyakit leukemia, obesiti, pneumonia dan memiliki ciri-ciri antibakteria. Daun pokok itu yang berbentuk seperti hati dengan ukuran antara empat sentimeter (cm) hingga sembilan cm panjang dan antara tiga cm hingga lapan cm lebar akan menghasilkan bau hanyir ikan mentah yang memualkan apabila dihancurkan. Bagaimana pun herba bukan seperti ubat yang dibekalkan oleh hospital yang boleh mendapatkan hasil segera. Herba sebaliknya perlu diamalkan setiap hari, bukan sekali makan terus baik. Kaedah menggunakan herba juga perlu betul agar tidak akan memudaratkan. Dakwanya sesiapa yang ingin untuk mereka mengamalkan penggunaan herba perlu menjaga pemakanan dan bersenam selain mengamalkan gaya hidup sihat. Projek itu sangat penting kerana ada tanaman herba yang hampir pupus dan jika tidak ditanam semula, pihaknya bimbang generasi akan datang tidak berkesempatan mengenalinya. Koleksi herba diperoleh di sekitar dalam negara iaitu hutan di Semenanjung Malaysia. Pengunjung ke bahagian Koleksi Herba boleh melihat sendiri pelbagai tanaman herba yang boleh dimakan atau dijadikan ubat-ubatan seperti Sambung Nyawa, Ulam Raja, Pokok Kadok, Kacip Fatimah, Bunga Bawang Putih, Ekor Naga, Kucing Galak, Belalai Gajah, Tenggek Burung, Selasih Hitam, Putarwali, Haba Neraka, Gandarusa Hitam dan Hempedu Bumi. Taman Rempah Ratus pula dipenuhi dengan tanaman seperti kopi, lada hitam, kayu manis, teh, limau nipis, limau kasturi, gelugur dan mengkudu manakala di Laman Zingiberales, pengunjung dapat melihat 11 tanaman berubi seperti halia, kunyit, lengkuas serta kesing pijat. Pihak Taman mengambil lebih daripada satu sampel bagi setiap tumbuhan herba yang ditemui bagi membolehkan tumbuhan itu ditanam di laman ini selain untuk tujuan konservasi dan herbarium di pusat data TBNSA. Mereka meletakkan koordinat Sistem Pengesanan Global (GPS) di setiap lokasi pengambilan sampel tumbuhan, bagi tujuan untuk memudahkan ia dikesan pada masa akan datang. Memang terdapat banyak tumbuhan yang dikumpulkan sebagai herbarium iaitu pelbagai jenis tumbuhan herba yang diawet atas lembaran kertas dan dipasang bingkai. Selain projek eksplorasi dimana TBNSA amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai yang ingin menyumbang tumbuhan herba yang hampir pupus dan bernilai tinggi seperti kunyit hitam, pokok dua daun, kecubung, pokok sarang semut dan pokok serai kayu. TBNSA membangunkan laman herba dengan kepelbagaian spesies tumbuhan sebagai usaha memberi pengetahuan mengenai herba yang mungkin sebahagian besar tidak begitu dikenali umum. taman bagaimana pun tidak menanam semua herba ini secara komersial, sebaliknya membuat persampelan kerana ada sesetengah tanaman herba hampir pupus seperti jelai dan ketum. Tumbuhan herba di taman ini bukan untuk dibeli atau dibawa pulang tetapi hanya untuk tatapan pengunjung iaitu datang untuk lihat dan kenal sahaja. Pengunjung berpeluang mengenali herba yang ditanam kerana setiap pokok herba diletakkan papan tanda yang memaparkan penerangan nama saintifik, nama panggilan, serta khasiat tumbuhan berkenaan.

Dalam media lain bertajuk '
Khazanah pokok ubat' juga berkait dengan inisiatif 

Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) mewujudkan Laman Konservasi Herba dan Tanaman Ubatan memberi peluang kepada masyarakat umum mengenali tanaman herba yang digunakan sejak turun temurun termasuk beberapa koleksi herba yang hampir pupus. Sehingga kini ada lebih 500 koleksi tumbuhan herba tempatan ditanam di atas tanah berkeluasan 0.8 hektar itu yang dibangunkan pada 2011. Laman yang diwujudkan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Koleksi Herba, Taman Rempah Ratus dan Laman Zingiberales malah dilengkapi dengan maklumat lengkap berkaitan tumbuhan herba secara lebih sistematik bagi tujuan penyelidikan, konservasi dan pendidikan. Di bahagian Koleksi Herba, pengunjung boleh melihat sendiri pelbagai tanaman herba yang boleh dimakan atau dijadikan ubat-ubatan seperti sambung nyawa, ulam raja, pokok kadok, kacip fatimah, bunga bawang putih, ekor naga, kucing galak, belalai gajah, tenggek burung, selasih hitam, putarwali, haba neraka, gandarusa hitam, dan hempedu bumi. Taman Rempah Ratus pula ditanami dengan tanaman seperti kopi, lada hitam, kayu manis, teh, limau nipis, limau kasturi, gelugur dan mengkudu. Apa pun di Laman Zingiberales para pengunjung akan dapat melihat 11 tanaman umbisi seperti halia, kunyit, lengkuas serta kesing pijat. Laman herba dibangunkan oleh TBNSA sebagai usaha memberi pengetahuan mengenai kepelbagaian herba yang mungkin sebahagian besar tidak begitu dikenali umum.TBNSA mewujudkan laman itu agar generasi muda dapat mengenali dan melihat sendiri dengan mata kasar tanpa perlu meredah hutan belantara. Pelajar sekolah, guru, mahasiswa, pensyarah serta penyelidik tidak perlu lagi pergi hutan kerana TBNSA sudah menyediakan satu taman untuk mereka mempelajari, mengenali dan membuat penyelidikan. Selain untuk penyelidikan, kami juga melaksanakan program pendidikan botani di mana kami berkolaborasi dengan sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT). Ia juga bertujuan mampu memberikan turun-temurun pendedahan kepada pengunjung mengenai herba yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada rawatan moden. Sebahagian tanaman herba di Laman Konservasi Herba dan Tanaman Ubatan mempunyai nama unik berdasarkan ciri-ciri, rupa bentuk, lokasi ditemui dan sebagainya. Terdapat sesetengah tumbuhan herba berkenaan mempunyai lebih dari satu nama dan dikenali dengan nama berbeza di tempat berbeza, contohnya pokok kucing galak atau ceka emas. Antara tanaman herba yang mempunyai nama yang dipengaruhi ciri-cirinya adalah pokok hanyir ikan atau nama botaninya Houttuynia cordata (Sila lihat foto disebelah). Daun pokok hanyir ikan berbentuk seperti hati dan berukuran antara empat sentimeter (sm) hingga sembilan sm panjangnya dan kelebaran daunnya antara tiga sm hingga lapan cm. Apabila daunnya dihancurkan akan menghasilkan bau hanyir ikan mentah yang memualkan. Selain pokok hanyir ikan, pokok jarum tujuh bilah atau pereskia sacharosa juga dipercayai diberi nama berdasarkan ciri-cirinya. Sementara itu, pokok subang nenek atau sthenodesme temtanara pula mempunyai ciri-ciri seperti bunga kecil, berwarna kuning kejinggaan, tersusun dalam jambak bunga yang berbentuk bulat membusut di tengahnya seakan-akan subang wanita
.

Mengenai aktiviti UPM dalam perkara sama '
Taman Konservatori UPM himpun 500 spesies tumbuahan asli, eksotik' sesuai dijadikan bahan rujukkan. Di UPM, Serdang umpama tempat sehenti bagi tumbuhan asli dan eksotik, Taman Konservatori Universiti Putra Malaysia (UPM) menghimpunkan koleksi hampir 500 spesies tumbuhan berkenaan. Taman seluas kira-kira satu hektar ini juga bertujuan menjadi lokasi penyelidikan, pembelajaran, rujukan dan rekreasi alam. Kini lengkap dengan nurseri atau tapak semaian, ia juga dikunjungi pelawat yang ingin mendapatkan tumbuhan untuk tujuan herba dan perubatan tradisional. Taman ini dahulunya adalah kawasan ladang getah dan diuruskan oleh Unit Ladang Universiti pada awal tahun 1980-an, sebelum diserahkan kepada Institut Biosains (IBS) pada 1996 untuk tujuan aktiviti penyelidikan. Bagi Pegawai Pertanian IBS, Rishzuan Talib berkata taman itu dibahagikan kepada 11 zon mengikut fungsi, kegunaan dan jenis tumbuhan. Zon berkenaan adalah zon Halia, Tumbuhan Ubatan, Paku-pakis, Ulaman, Tumbuhan Akuatik, Orkid Liar, Periuk Kera, Keladi, Rempah Ratus), Tumbuhan Wangian dan Buah-buahan Hutan. Fokus utama taman ini adalah terhadap tumbuhan herba. Di zon Tumbuhan Ubatan, ada kira-kira 200 spesies yang asli dan eksotik yang terdapat di negara ini, antaranya Mata Pelanduk termasuk jenis Ardisiacrenata dan tubuhan Lemba (Molineriacapitulata). Tanamam ikon di taman ini ialah Keladi Murai atau Belimbing Tanah (Taccaintergrifolia) kerana kehebatannya untuk perubatan bagi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Kini sudah ada tumbuhan ubatan lain di sini termasuk Tongkat Ali (Eurycomalongifolia), Kacip Fatimah (Labisiapumila), Tongkat Ali Hitam (Polyathiabullata King), Pokok Tunjuk Langit (Helminthostachyszeylanica), Pecah Kaca atau Pecah Beling (Strobilanthescrispa), Putat (Baringtoniaracemosa ), Mahkota Dewa (Phaleriamacrocarpa), Pokok Senduduk Putih (Melastomadecemfidum), Belalai Gajah (Clinacanthus Nutans) dan Hempedu Bumi (Andrographispaniculata). Spesies yang ditanam mempunyai nilai perubatan untuk menjadi alternatif kepada ubat. Ada antaranya yang jarang dilihat dan sukar diperoleh. Di Zon Halia pula, terdapat kira-kira 100 spesies iaitu hampir separuh daripada jumlah spesies yang terdapat di Malaysia, antaranya Tepus (Zingiberspectabile) dan Kantan Hutan (Etlingeraterengganuensis). Koleksi ulaman di Zon Ulaman pula mempunyai kira-kira 50 spesies yang dikumpulkan dari hutan dan kebun sayur-sayuran, antaranya Daun Gajus (Anacardiumoccidantale) dan Daud Salam (Syzgiumpolyanthum). Di Zon Tumbuhan Wangian, terdapat kira-kira 50 spesies tumbuhan wangian merangkumi spesies asli dan eksotik. Penyebaran haruman bagi spesies yang terdapat di sini adalah melalui beberapa komponen penting pada tumbuhan seperti bunga, daun, kulit batang, buah, luahan getah, serta akar seperti tumbuhan iaitu Cempaka (Micheliachampaca) dan Tumbuhan bernama Hidung Babi (Rothmaniamacrophylla). Taman Konservatori ini yang termasuk dalam sebahagian daripada program Edu-Park UPM, memperkenalkan tiga modul untuk pelawat yang berkunjung iaitu Meneroka Taman, Spa Herba, dan Bawaku Pulang, dengan bayaran yang minimum. Pengunjung akan dibawa berjalan melalui laluan khas di kawasan taman oleh petugas sambil memberi penerangan mengenai pokok-pokok yang ada (Sila lihat foto disebelah). Setiap pokok juga ditanda dengan nama sainstifik, nama tempatan serta kegunaannya. Pokok-pokok itu juga ditandai dengan pengenalan identiti dan maklumat mengenainya disimpan dalam pangkalan data yang boleh diperoleh dengan melayari laman web.Terdapat kemudahan wi-fi di sini. Pengunjung juga boleh mengikuti modul SPA Herba iaitu demonstrasi mandian herba. Ia bagi menyegegarkan badan, melancarkan peredaran darah serta untuk orang yang baharu bersalin. Ada tujuh jenis bahan atau daun mandian digunakan termasuk limau kasturi, pokok lemuni, serai wangi, lengkuas dan daun kantan yang diracik sebelum dimasukkan ke dalam periuk tanah. Ia mengeluarkan aroma yang menyegarkan. Bahan-bahan itu juga dijual dalam bentuk bunjut pada harga RM30 bagi setiap kotak yang mengandungi lima bunjut. Setiap bunjut boleh digunakan dua kali. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca bog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
KONSERVASI HERBA.... SUDAH ADA...
PELBAGAI TUMBUHAN.. DIKUMPULNYA...
DIBUAT KAJIAN... JUGA UNTUK BAKA...
BUAT LAWATAN... MENCARI INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bkt Beruang,
Bandr Melaka,
Malaka,
Malaysia.
(26 Jamadilakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...