Alat
Pengesan Kematangan Buah Durian (APKB) di Thailand digunakan dalam pasar
menjual dan pusat pengumpulan hasil durian di Thalaat Thai Market, Rangsit, Thailand secara praktikal. Alat
yang dijual dengan harga 10 Baht (RM 1.00 sebuah) ini diperbuat secara
traditional dan amat mudah digunakan. Alat ini menggunakan batang rotan sepanjang 30
- 40 cm dengan dibahagian hujungnya di masukkan getah putih sepanjang 5-10 cm
panjang (Lihat foto diatas) . Plastik padat setebal 3-4 mm ini berwarna jernih di masukkan dihujung rotan
dengan kuat. Kenapa durian di Thailand ini perlu menggunakan alat APKB untuk
memeriksa tahap kemasakan buah durian?... Kenapa alat ini tidak digunakan
dengan meluas di Malaysia?. Jawabnya mudah sahaja, Buah Durian di Thailand
untuk pasaran domestik atau pasaran ekspot di petik dari pokok pada indeks kematangan
70 -80%. Petani akan memetik buah durian dipokok dengan panjat pokok menggunakan tangga buloh atau aluminium dan
memetik menggunakan pisau tajam. Buah ini kemudian diturunkan menggunakan bekas khas bagi
pokok yang tinggi atau yang sederhana tinggi di jatuhkan kebawah dimana seorang akan tangkap menggunakan guni agar tidak terhempas ketanah. Buah Durian di Malaysia kebanyakannya gugur sendiri di tanah
setalah masak ranum. Apabila buah durian sudah masak ranum tentunya telah 100%
masak dan tidak perlu gunakan APKB ini lagi untuk mengesahkan bahawa buah
tersebut telah masak di Malaysia. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu inovasi dalam industri tanaman durian di Thailand berdasarkan lawatan saya kenegara tersebut.
Buah
durian seperti varietI Kan Yau (Tangkai Panjang), Chanee dan Munthong didapati mempunyai gred kualiti yang
baik dan harga tinggi di pasaran Thailand. Satu biji buah durian yang di timbang beratnya 2
kg dijual dengan harga 100 Baht (RM10.00) atau pun sekitar RM 5.00 sekilogram di pasar ini.
Harga ini memang murah jika dibanding dengan kualiti buah yang sangat baik.
Cara menggunakan alat AAPKB sangat mudah sahaja, Pegang Hulu APKB dan
ketuk-ketuk kulit buah durian dan dengar bunyinya. Kalau Bunyinya Ringan
(seolah-olah kosong didalam buah durian atau ada ruang udara) bermakna buah durian tersebut telah
masak. Kalau bunyinya masih Padat (kurang kuat atau isi penoh) bermakna buah durian tersebut
masih mentah lagi. Buah durian masak yang di petik dari pokok akan mempunyai ruang
udara dalam pangsa buah apabila masak. Ini kerana ulas buah akan sedikit mengecut
apabila masak dan ada gas didalamnya.
Kenapa
pula teknologi buah durian di Thailand berbeza dengan kebanyakan teknologi
lepas tuai di Negara Asia Tenggara yang lain?. Penanaman pokok durian diuruskan
dengan baik dari peringkat amalan agronomi tanaman sehingga berbunga dan
berbuah. Petani akan mengira masa daripada pokok berbunga dan mengira bila masa paling
sesuai untuk memetik hasil. Indeks kematangan buah dikira apabila cukup masak
agar buah durian tersebut lebih tahan lama di pasaran berbanding dengan buah
yang gugur sendiri (masak ranum). Buah masak ranum cuma tahan 1-2 hari sahaja
sebelum isinya mula berair dan kulit durian mulai pecah sendiri. Walau pun
isinya sangat manis dengan aroma atau baunya cukup kuat apabila buah masak
ranum, buah tersebut tidak bertahan lama dan mudah rosak. Buah yang dipetik dari pokok tahan
5-10 hari dipasaran tanpa sebarang rawatan sejuk beku dan sebagainya. Ini
memberikan kelebihan kepada buah tersebut untuk dipasarkan dengan lebih
ekonomik dan praktikal. Tahap kemanisan buah yang dipetik dan aromanya adalah
sederhana.
Petani di Malaysia yang mempunyai varieti durian yang baik boleh mengamalkan teknologi memetik buah di pokok bagi mendapatkan pasaran yang baik. InsyAllah saya akan tulis artikel bagaimana memetik buah durian dari atas pokok selepas lawatan saya di dusun durian terbaik di Thambon Philu, Chantaburi yang membuat demonstrasi memetik buah durian untuk pasaran ekspot. Alat ini mudsh dibuat dan digunakan oleh penanam durian di Malaysia kalau mereka ingin memetik buah durian dipokok kelak. Memang sangat panas cuaca di Thailand semasa tinjauan teknologi di jalankan.
BUAH DURIAN...DIPETIK DIPOKOK ASALNYA...
BUAH BELUM GUGUR...DIPOTONG TANGKAINYA...
ALAT KHAS DIKETUK...KOSONG BUNYINYA...
TANDA DAH MASAK...PASTI KEMASAKANNYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Senior Agronomist,
Talaat Thai Market,
Rangsit, Bangkok,
Thailand.
Rangsit, Bangkok,
Thailand.
(24 Jamadil Akhir 1413H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.