Kenapa ia diberi nama kelapa MATAG?... Mungkin ramai diantara kita yang tidak tahu. MATAG adalah singkatan kepada Kelapa MALAYAN DWARF (MA) dan digabung dengan TAGNANAN (TAG). Kelapa jenis Malayan Dwarf adalah varieti kelapa yang native dari Malaysia atau kelapa tempatan sementara varieti Tagnanan (pokoknya tinggi) dipercayai native dari Filipina. Pengalaman saya dalam projek penanaman semula kawasan kelapa semasa bertugas di Johor selama 14 tahun memberikan peluang kepada saya untuk mengetahui jawapannya. Kelapa MATAG adalah jenis kelapa hibrid (Kacukan) diantara Kelapa Tinggi jenis TAGNANAN dengan Kelapa Renek Tempatan (Sama ada Malayan Dwarf Yellow atau Malayan Dwarf Red). Kaedah pembiakan bagi menyediakan kelapa Matag adalah dimana debunga bunga kelapa Tagnanan (Pollen) akan di kacuk dengan stigma bunga betina dari kelapa MRD/MYD.
Kelapa MATAG ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan. Ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15 meter. Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya. Hasil purata bilangan buah kelapa dan berta kopra adalah lebih tinggi daripada hibrid MAWA. Kelapa MATAG boleh mengeluarkan antara 25 hingga 30 ribu biji buah setahun sehektar. Buah kelapa yang dihasilkan sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk air kelapa muda, pengeluaran santan dan juga untuk kelapa (kopra). Varieti ini mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang 'robust' dan 'vigorous' di ladang. Dengan pengurusan ladang yang baik dan hujan yang mencukupi, kelapa MATAG mula berbunga pada tahun ke 3 dan proses penuaian bolehlah dilakukan pada tahun ke 4.
Kelapa MATAG sesuai ditanam mengikut sistem penanaman tiga segi sama atau 'double hedge row pattern' sekiranya mengutipan hasil dirancangkan secara mekanisasi. Kepadatan optimum yang disyorkan ialah 178-180 pokok sehektar. Berbanding dengan kelapa MAWA, kelapa MATAG mengeluarkan buah yang lebih besar daripada MAWA walaupun isinya sama tebal. Hasil MATAG pada enam tahun pertama didapati agak rendah sedikit (61-139 biji sepokok) daripada MAWA (75-151 biji sepokok). Walau bagaimanapun, hasil kelapa MATAG meningkat mulai tahun ke tujuh ke atas, iaitu 153 biji sepokok dan boleh mencapai sehingga 161 biji sepokok berbanding dengan 157 biji bagi kelapa MAWA.
Pokok Kelapa MRD |
Sekian. Wasallam.
KELAPA MATAG....VARIETI BARU....
HASIL TINGGI...BAJA DI PERLU...
BENIH DAH MAHAL...KINI RM 25 TAU...
BENIH DISAHKAN...TANAM DAHULU...
Related articles:
1. Kelapa Matag (Klik disini)
2. VCO Technology (Click here)
3. Air Nira Kelapa (Klik disini)
4. Gula Melaka (Klik disini)
5. Benih Kelapa Matag (Klik disini)
6. Air Kelapa Muda (Klik disini)
7. Kegunaan Kelapa (Klik disini)
By,
M Anem
Room 112, Air Hitam Hotel,
Jalan Air Hitam-Kluang,
Air Hitam, Johor,
Malaysia.
(4 Rejab 1433H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.