KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, May 17, 2012

7TH NATIONAL SEED SYMPOSIUM

Satu Simposium iaitu 7th National Seed Symposium telah di adakan di Palm Garden Hotel, Putrajaya, Malaysia daripada 15-16 Mei 2012. Majlis ilmu ini telah di rasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia iaitu Tuan Hj Raihan Sharif yang dihadiri oleh lebih dari 150 peserta daripada Luar Negara dan Peserta tempatan. Simposium ini juga diadakan sempena dengan Mesyuarat Agong Nastional Seed Association of Malaysia (NSAM) kali ke 4. Sebanyak 16 kertaskerja telah dibentangkan dan sebanyak 28 kertas pembentangan poster telah dipamerkan.  Dalam ucaptama perasmian dinyatakan perlaksanaan program NKEA Pertanian yang sedang dilaksanakan sekarang meliputi pelbagai bidang termasuk EPP14 yang khusus dalam industri penghasilan benih tanaman. Program NKEA diharap dapat menjana peluang pekerjaan kepada seramai 96,000 orang dengan peningkatan GNI dijangka naik daripada RM 28.9 billion kepada RM 49.1 billion. Artikel kali ini saya menulis mengenai kandungan simposium yang dijalankan berdasarkan kehadiran saya yang hendak dikongsi bersama.


Kertas utama di bentang oleh Prof Chin (Bekas Pensyarah saya di UPM tahun 1970'an) bertajuk 'Seeds that change the World'. Katanya Malaysia telah berjaya dengan cemerlang dalam program pembiakan tanaman iaitu untuk tanaman Getah (Hevea brazilliensis) dan Kelapa sawit (Elaeis guineensis) semanjak lama. Kejayaan industri kelapa sawit banyak berpunya dari varieti kelapa sawit yang berpotensi mengeluarkan hasil minyak yang tinggi nilai kualiti produk minyak.  Prof Chin mengakhiri pembentangan dengan kata-kata "All best food are based from best seed". Kertas berikutnya dibentang oleh MOA berkaitan dengan peranan 'National Seed Council' yang baru digerakan untuk memberikan penerangan polisi dan dasar industri benih negara.


Pembentangan kertas ke 3 dibentang oleh rakan satu pejabat (En Shah) bertajuk 'Projek EPP 7' diikuti dengan kertas oleh Syarikat GWG bertajuk "Global Seed Scenario and ites implication for Malaysian seed Industry". Kertas Mr Chua mengupas jumlah perdagangan benih dunia masa kini bernilai USD 40 billion. Daripada jumlah tersebut sebanyak USD 43 billion adalah diperdagangkan dan di monopoli oleh beberapa negara seperti USA, Chia, Perancis, Brazil, India, Jepun, German, Italy, Argentina dan Canada. Industri benih di Malaysia menurutnya sekitar USD 20 billion dimana hampir 100% benih hybrid dinegara ini adalah di impot.  Seterusnya pembentangan olh MARDI mengenai 'CMDV - one stop centre of genotyping solution'.  Kaedah ini didapati sesuai untuk dijadikan satu teknologi dalam menentukan gene dengan kaedah 'Marker Assisted Selection -MAS' bagi tanaman padi. MARDI seterusnya membentangkan kertas bertajuk 'National Genebank in Malaysia - the current status'.  Seterusnya Dr Rusea Go membentangkan mengenai satu topik bertajuk ' Establishment of Korean Seed Vault' satu program untuk penyimpanan baka-baka tumbuhan dari seluruh kawasan asia.


Kajian oleh pensyarah UKM bertajuk 'Transgressive rice for Malaysia' dibentang mengandungi maklumat berkaitan program pembiakan benih padi berasaskan dari beberapa jenis padi liar (Oryza rufipogon).  Kertas berikutnya di bentang oleh saya sendiri bertajuk "Plant Variety Registration and Recommendation in Malaysia'  iaitu satu SOP bagaimana proses pendaftaran dan pengesyoran varieti tanaman dijalankan di negara kita. Pada masa ini hanya sebanyak 572 varieti tanaman yang telah didaftarkan dalam sistem website www//:pvpbkkt.doa.gov.my yang telah direkodkan untuk dijadikan rujukkan. Proses pendaftaran perlukan Ujian DUS sementara proses pengesyoran memerlukan Ujian VCU sebelum diluluskan. Simposium ini memberikan banyak ilmu tambahan kepada peserta mengenai perkembangan industri benih negara di negara kita.


SIMPOSIUM BENIH...BANYAK MAKLUMAT...
PAKAR PENYELIDIK...MEMANG HEBAT...
HASIL KAJIAN...BAKA BARU DIBUAT...
ADA INFO...INDUSTRI BENIH SELAMAT...

By,
M Anem
Seminar Hall, Palm Garden Hotel,
Putrajaya, Malaysia.
(27 JamadilAkhir 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...