KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, May 26, 2012

SOTONG KERING

SOTONG KERING adalah satu jenis produk laut yang popular di banyak negara yang mempunyai laut yang menghasilkan Sotong (Squid).  SOTONG (Kelas Cephalopoda, Sun-kelas Coleoidea dan Order Theutida) mempunyai lebih dari 29 keluarga dan 300 spesis diseluroh dunia. Laporan daripada FAO menyatakan tangkapan tahunan sotong diseluroh dunia sekitar 2.2 juta metrik tan sotong segar dan paling banyak dari spesis Argintine Shortfin Squid (IIIles argentinus) sebanyak 511,100 mt diikuti dengan Japanese Flying Squid (Todarodes pacifus) sebanyak 504,500 mt setahun. Kawasan Asia Tenggara menghasilkan beberapa spesis sotong yang sering kita jumpa di pasar untuk jualan segar dengan harga diantara RM 10.00 - RM 18.00 sekilogram bergantung kepada jenis, saiz, kesegaran. Sotong Kering adalah sotong yang dikeringkan dengan kaedah semulajadi dijemur dibawah sinaran matahari atau menggunakan alat pengering (dryer) yang sesuai. Tujuan pengeringan sotong adalah untuk mempastikan ianya tahan lama dan merupakan satu cara penyimpanan (preservation) yang cekap. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sotong kering berdasarkan pembacaan, pengalaman, pemerhatian dan pengolahan sendiri.

Semasa saya berkursus di Korea Selatan dahulu (2 kali kursus disana), saya mendapati orang Korea masa itu memang suka meratah sotong kering yang dijual di tepi jalan dan kedai runcit dengan banyak. Sotong yang telah dikeringkan ini bersaiz besar dan agak liat sehingga sakit rahang dibuatnya kerana perlu dikunyah lama. Sotong ini mereka perolehi dari kawasan laut sejuk dan rasanya tidak sama dengan sotong kering yang kita ada di negara kita iaitu kurang manis.  Proses pengeringan ini dijalankan agak lama juga antara 7 - 15 hari bergantung kepada keadaan cuaca, saiz sotong dan kaedah menjemur sotong. Kalau cuaca mendung berpanjangan proses pengeringan lazimya akan lebih lama lagi. Lazimnya tidak ada sebarang bahan pengawet yang digunakan semasa proses menjemur sotong tetapi ada yang menggunakan garam masin di lumurkan untuk mengurangkan gangguan dari lalat.

Sotong Kering paling digemari di Malaysia sebagai bahan masakan untuk SAMBAL SOTONG yang dihidangkan dengan Nasi Lemak atau Nasi Putih biasa. Nasi lemak biasa yang mempunyai sambal , telur dan timun serta ikan bilis dan kangkung yang di makan dengan sambal sotong memang cukup enak dan dijual dengan harga lebih tinggi. Kos sotong kering sekitar RM 25.00 - RM 35.00 sekilogram bergantung kepada jenis, saiz dan lokasi jualan. Cara masak sambal sotong juga mempunyai pelbagai resepi sama ada dimasak sebagai sambal sotong biasa (cili dan sotong) atau ada juga yang di campur dengan kacang tanah goreng (menu di Segamat Johor). Kalau di daerah Segamat ini memang terkenal dengan makan nasi lemak bersama sotong kering yang di cucuk dengan lidi seperti Sate Sotong.  Satu cucuk dijual dengan harga RM 1.00 - RM 2.00.  Sambal sotong juga sesuai dimakan bersama lontong atau sate iaitu menu yang popular di Johor.

Sotong Kering juga banyak di proses dijadikan makanan ringan (Snack Food) seperti Sotong Manis, Sotong Pedas atau Sotong Pedas-Manis yang banyak dijual di kedai-kedai produk Seafood. Sotong ini di bungkus dalam pelbagai bentik seperti dalam plastik leper dan yang anehnya kalau kita membeli dalam kotak plastik, hanya di letak dibahagian tepi kotak sahaja dimana ditengah-tengahnya adalah kosong. Satu kotak dijual dengan harga RM 3.00 (250 gram) dann memang tahan lama disimpan. Ramai diantara kita yang suka makan produk sotong dan sotong segar semenjak dulu. Baru-baru ini keluar dakwaan dari Persatuan Pengguna menyatakan mereka yang makan sotong kering  menghadapi risiko Kanser!.... Ini kerana sotong kering mengandungi bahan logam Toksik iaitu bahan Kadmium iaitu bahan yang sama untuk membuat bateri dan baja Fosfat. Bahan ini akan menyebabkan kanser payu dara, kanser prostat dan Penyakit Buah Pinggang. Selain sootong kering, produk laut lain seperti Tiram, Ikan Bilis dan Udang juga mengandungi bahan ini tetapi pada dos yang rendah. Alamak.... ini yang buat tak seronok ni, memang sedap makan sotong kering, nampaknya kita kena makan berpada-pada sajalah lepas ni. Wasallam.

SOTONG KERING... MAHAL HARGANYA....
DIBUAT SAMBAL..NASI LEMAK LAWANNYA....
DI JADIKAN 'SNACK'...ENAK DIMAKANNYA...
PENYEBAB KANSER...AWAS MUDHARATNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Room 219, Timothel Hotel,
Mersing, Johor,
Malaysia.
(5 Rejab 2012)
-Kemaskini pada 28 Disember 2013

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...