THAILAND merupakan
sebuah Negara di Asia Tenggara yang maju dalam sektor pelancongan dan pertanian
selain daripada sektor perkilangan dan perkhidmatan. Produk buah-buahan tropika merupakan salah satu daripada hasil yang dimajukan untuk pasaran domestik dan juga pasaran antarabangsa. Kumpulan Kelab KUAT telah mengadakan lawatan
ke Dusun Komersial di Chantaburi, Thailand iaitu ladang tanaman durian, dokong
dan manggis komersial seluas 4 hektar kepunyaan Pranthip Sounying. Ladang ini
mempunyai sistem tanaman dusun bercampur antara Buah Dokong (Lansium domesticum),
Manggis (Garcinia mangostana), Durian
(Durio zibethinus), Pisang (Musa spp) dan juga tanaman selingan yang lain. Pokok dokong yang berumur 7 tahun sedang
menghasilkan buah peringkat kedua (Kutipan buah dokong Gred A) telah dibuat
minggu lepas dan kini sedang dalam proses untuk menuai buah dokong kali kedua
(Gred B). Artikel subuh ini saya menulis beberapa amalan teknologi dalam dusun
buah-buahan tropika khususnya bagi tanaman dokong untuk dikongsi bersama dengan pembaca semua sempena lawatan
saya keladang tersebut pada 14 Mei 2012.
Ladang ini mempunyai
keadaan tanah rata dari jenis gambut liat dengan sistem saliran yang baik.
Kebun dipasang dengan sistem pengairan jenis ‘micro jet’ dan juga ‘drip tape’
pada setiap pokok yang ditanam. Jenis dokong yang ditanam adalah jenis tempatan
yang berbuah selepas 3-4 tahun ditanam jika menggunakan anak benih cantum atau 4-7 tahun jika ditanam menggunakan anak benih dari biji. Program
cantasan dahan dan pucuk dijalankan setiap kali musim buah dengan purata
ketinggian pokok dokong sekitar 3-4 meter sahaja. Kawalan rumpai dibuat dengan
sempurna iaitu kawalan secara manual dan tidak menggunakan racun rumpai. Ladang
ini telah menggunakan teknologi pembajaan jenama ‘PP’ yang dipromosikan oleh
satu syarikat (Lihat foto produk baja butiran dan baja cecair). Syarikat ini menggunakan
bahan baja asas ‘Chitosan’ dan beberapa formulasi lain yang sangat sesuai dalam
plot demonstrasi dusun yang kami lawati.
Beberapa pokok dokong yang tidak menggunakan bahan produk ini dijadikan
perbandingan.
Menurut promoter
syarikat, kesan penggunaan baja organik syarikatnya mampu memperbaiki kesuburan
pokok sehingga meningkatkan penghasilan buah dokong 3-4 kali ganda berbanding
dengan amalan agronomi tradisional dengan penggunaan baja kimia biasa.
Penelitian yang saya perhatikan mendapati keadaan kulit pokok yang berkeruping
dengan banyak dan kemudian keruping tersebut akan gugur dan keluar bonjolan
pada dahan atau ranting yang akan menghasilkan tangkai bunga dokong. Sebagai
perbandingan pokok yang tidak menggunakan baja PP Chitosan akan mempunyai
batang yang berkulit licin, tiada bonjolan dan kurang tangkai bunga dan
buah. Daun pokok yang menggunakan
teknologi ini juga didapati lebih sihat dengan warna daun hijau gelap dan sihat
berbanding dengan daun dari pokok lain yang nipis, tidak berkilat dan ada tanda
serangan bintik daun. Buah yang dihasilkan juga lebih besar, padat dan bilangan
biji yang penoh dari setiap tangkai buah. Pokok yang tidak menggunakan baja PP
ini mempunyai buah yang jarang-jarang, bersaiz 30 -40% lebih kecil dan
mempounyai tangkai yang lebih panjang tanpa buah.
Sila lihat foto
dibawah sebagai perbandingan pokok yang dimaksudkan diatas.
Baja PP Cecair
Dahan pokok yang subur |
Buah dokong dari
ladang ini menghasilkan 60-70% Gred A, 10-20% Gred B dan sedikit sahaja yang
jatuh kepada Gred C. Bila di kupas buah dokong ini, kemudian dimakan ternyata
buah yang diberikan baja PP lebih manis, pejal, mudah dikupas, kurang getah dan
juga tahan lebih lama selepas penuaian. Buah dari pokok tanpa baja PP didapati
bersaiz kecil, kulit agak pucat, rasa kurang manis, agak bergetah sedikit dan
juga saiz yang tidak seragam. Penggunaan baja PP di tabor diatas tanah
dikeliling pokok mengikut syor pada label sementara jenis larutan akan dicampur
dengan air dan disembur pada bahagian daun, dahan dan batang. Teknologi
pengurusan tanaman dokong diladang ini perlu di menafaatkan oleh petani di Negara
kita bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti buah dokong sedia ada. Kemungkinan
teknologi ini diadaptasi dan diamalkan dengan membuat petak kajian dan promosi
berdasarkan kepada Pakej Amalan Teknologi yang saya lawati di Thailand ini.
Wasallam.
TANAMAN DOKONG…MANIS BUAHNYA…
PENGGUNAAN ORGANIK…BAIK
KESANNYA…
BUAH BERKUALITI…TINGGI
HARGANYA…
TEKNOLOGI BAIK..MARI
DAPATKANNYA…
By,
M Anem
Room 301, Caesar
Palace Hotel,
Pataya, Thailand.
(26 JamadilAkhir
1433H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.