Support My Blog

Monday, October 5, 2015

RACUN FLINT - PRODUK BERGUNA

FLINT adalah nama sejenis racun kulat yang dihasilkan oleh BAYER Crop Science dan amat popular dan dipilih oleh beberapa petani di Malaysia dan sering diguna dibeberapa negara diseluruh dunia. Saya telah mendapat maklumat daripada seorang pengusaha penanam jagung manis yang luas daripada Perak iaitu En Ahmad dari Chemor dengan keluas 15 hektar setiap bulan secara pengeluaran metrik (pengeluaran berjadual). Beliau yang telah menanam jagung manis selama lebih 10 tahun saya temui selepas saya memberikan ceramah mengenai Pelan Bisnes di Hotel Heritage Ipoh, Perak kepada lebih daripada 100 orang usahawan dari seluruh negeri di zon utara anjuran Jabatan Pertanian. Beliau menjelaskan ramai petani yang menanam tanaman makanan seperti sayur-sayuran, jagung manis dan sebagainya yang kini menggunakan flint sebagai racun kulat yang berguna. Katanya mereka menggunakan Flint untuk menjamin penuaian hasil jagung kebun yang lebih banyak dan berkualiti. Dakwanya racun Flint banyak membantu beliau melindungi tanaman daripada serangan penyakit. Kemudian saya membuat carian dalam internet apa yang dikatakan sebagai 'the best chemical' oleh En Ahmad. . Didapati jenama Flint ini tergulong dalam kumpulan dikatakan 'Fungicide Resistance Warning' atau bahasa kita sebagai 'Racun Kulat Amaran Kekebalan' dengan nama dagangan Flint 500 WG. Syarikat pengeluar adalah BAYER dan racun ini termasuk dalam kumpulan racun kulat iaitu Strobilurin. Untuk racun kulat yang memberikan kekebalan kepada tanaman ini iaitu Flint 500 WG dalam Group 11 kumpulan racun kulat. Agak rumit untuk menjelaskan bagaimana tindakbalas racun Flint ini secara teknikal tetapi ia menyatakan racun ini melindungi tanaman dari serangan kulat secara individu dalam 'Group 11  fungicides'. Ia juga membantu menghalang serangan kulat-kulat lain yang mempunyai pelbagai genetik dalam kedapatan berbagai jenis dikawasan kebun. Kekebalan individu kulat lama kelamaan akan mendominasi semua populasi kulat dimana ianya akan berulang tindakbalasnya. Kulat yang resistant ini adalah tidak boleh dikawal dalam produk racun dalam Racun Kulat Group 11 yang lain. Ini menyebabkan pengurangan kehilangan hasil tanaman akibat serangan penyakit dikebun. Syarikat Bayer Crop Science Pty Ltd mengeluarkan produk Flint ini bagi menjamin kehilangan hasil tanaman dikurangkan sebelum berlaku serangan kulat dan penyakit dikebun. Dalam perkataan lain saya katakan bahawa penggunaan Flint ini adalah sebagai 'perlindungan awal' sebelum berlaku serangan penyakit kepada tanaman dikebun. Artikel subuh ini saya menulsin dalam "Anim Agro Technology" mengenai info berkaitan produk dengan jenama Flint 500WG tyang sangat popular digunakan oleh petani di Malaysia tetapi ia jarang diketahui oleh petani lain terutama mereka yang baru menceburi aktiviti pertanian di Malaysia terutamanya dalam tanaman makanan (Food srops).


Strategi Pengurusan Resistance (RMS) 
Perkara mengenai RMS (Resistance Management Strategy) amat kurang dibincangkan dikalangan pegawai teknikal dan petani di negara kita. Strategi ini adalah satu tindakan bagaimana untuk mengelakkan akan berlakunya serangan penyakit terutama dari serangan kulay daripada peringkat awal. Cuaca lembap dan panas di negara kita membolehkan kulat (fungi) mudah menyeran tanaman dimana ini akan mengurangkan hasil tuaian. Produk seperti Flint 500 WG boleh digunakan sebagai bahan boleh digunakan dalam RMS ini dimana ada banyak testimoni positif mengenainya. Bagaimana pun kepada mereka yang ingin mendapatkan info lebih lanjut boleh menghubungi pihak pembuat atau pembekal produk ini seperti Bayer CropScience atau mana-mana pakarrujuk syarikat atau terus berkunjung dilaman sesawang www.croplifeaustralia.org.au.

Amalan Perosak Bersepadu (IPM)
Amalan Perosak Bersepadu dikatakan sangat sering diamalkan dikalangan petani yang mengetahuinya. Syarikat mendakwa bahawa Flint 500 WG sangat serasi atau sesuai dalam pengamalam IPM ini dan semua program IPM. Ini kerana Flint 500 WG tidak memberi kesan negatif atau tidak membunuh serangga pemangsa (predators) dikawasan kebun seperti pengamalan IPM untuk mengawal hama.

Keserasian (Compatibility)

Dalam pengurusan tanaman Apple, pears dan Grapevines di Australia menyatakan JANGAN CAMPURKAN Flint 500 WG dengan bahan 'surfactants' kerana ia akan merosakkan pengeluaran bunga (russetting) seperti dilaporkan. Elakkan mencampurkan 'concentrates' bersama produk ini dan jika boleh ia disediakan secara berasingan dalam tangki berlainan. Penyembnuran juga dilakukan secara berasingan. Ini kerana produk lain adalah mempunyai formulasi berbeza dan diluar kawalan Bayer CropScience sendiri yang menyebabkan kesan kurang efektif. Produk kimia komersil lain yang ingin digunakan bersama Flint 500WG perlu dibuat ujicuba terlebih dahulu. Bayer CropScience tidak bertangungjawab dalam tindakbalas terhadap campuran yang dibuat dan semburan yang dibuat kepada tanaman jika hasilnya kurang positif. JANGAN MENCAMPUR (DO NOT mix) produk Flint 500 WG dengan sebarang bahan lain (additive) untuk mendapatkan kesan optima. Bahan seperti high quality (narrow-range) iaitu mineral crop oils bagaimana pun sesuai diguna.  


Teknik membuat Mixing Bahan Semburan

Masukkan racun FLINT dalam kuantiti disyorkan dalam tong semburan dan masukkan air bersih dan kacau sehingga sebati. Aplikasi ini adalah dengan teknik menyembur larutan diatas permukaan tanah. Dalam Tong Semburan sebaiknya semasa mencampur bahan kimia Flint 500 WG dan lain-lain bahan sama ada dalam bentuk formulsai Butiran (WG) atau Serbuk Basah (WP) dimana ia kemuidn perlu dikacau sehingga sebati betul. Jika ia dicampur dengan bahan Emulsifiable concentrate (EC) atau bahan formulasi Suspension concentrate (SC) juga perlu dilakukan perkara sama. Bahan Wettable powder (WP) perlu dilakuan proses mixing secara berasingan sebelum proses ini agar ianya lebih berkesan. Penyediaan perlu dilakukan dalam tong yang berasingan. Campuran ini boleh disembur terus kepada tanaman dengan mengikut peraturan menyembur. Kesan daripada penggunaan produk ini lazimnya berkesan mengawal semua jenis kulat yang akan menyerang tanaman. 

Racun FLINT merupakan satu dari kunci kejayaan petani untuk mempastikan tanaman sihat dan tidak diserang penyakit. Daripada testimoni beberapa petani komersial dibanyak lokasi, penulis dapati produk FLINT ini menjamin pengeluaran hasil tanaman dengan baik. Walau pun harga racun ini agak 'mahal', petani boleh mendapatkan bekalannya daripada kedai-kedai pertanian yang bertauliah. Elakkan mengguna racun tirusn yang merugikan. Semuga artikel ini mempu memberi maklumat kepada pembaca semua.!..

RACUN FLINT ... SESUAI DIGUNA...
HARGA MAHAL...JUAL DIMANA...
KAWAL KULAT...SETIAP MASA...
BACA ARTIKEL...INFO DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1032, Hotel Mutiara,
Jalan Dato Sulaiman, Taman Century,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(12 September 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...