Support My Blog

Monday, October 26, 2015

PENGKOMERSILAN TANAMAN TEBU - KOSMO!

PENGKOMERSILAN TANAMAN TEBU adalah artikel yang diterbitkan oleh Akbar Kosmo! pada hari AHAD, 25 Oktober 2015. Ia merupakan sisipan khas akhbat tersebut dimana banyak laporan lain diterbitkan pada akhbar tersebut dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Akhbar ini mempunyai SUBTAJUK : MOA ambil beberapa inisiatif galak golongan belia terlibat secara aktif dalam sektor pertanian. Artikel tulisan wartawan Farhana Hanim Mohd Mydin ini disiarkan dalam satu muka penoh. Bagaimana pun terdapat sedikit kesilapan dalam penulisan tersebut dimana unit keluasan dinyatakan adalah 'ekar' dimana ia sepatutnya dalam unit 'Hektar' seperti yang saya betulkan dalam tulisan ini. Ia dimulakan dengan 'TEBU merupakan salah satu tanaman yang diusahakan oleh penduduk Malaysia sejak dahulu lagi. Tebu dengan nama saintifiknya Saccharum Officinarum, tebu merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan gula. Hasil penanaman tebu itu dijadikan gula menerusi aktiviti pemprosesan seperti yang dilakukan oleh beberapa syarikat yang beroperasi di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Selain itu, tebu dijadikan air minuman serta dijual kepada peniaga-peniaga kecil. Bagaimanapun, golongan petani pada masa kini tidak berminat untuk menanam tebu. Sebaliknya mereka lebih cenderung kepada tanaman lain yang dianggap lebih menguntungkan sedangkan tanaman tebu berpotensi untuk dikomersialkan dan boleh diusahakan secara ladang mahupun kecil-kecilan. Justeru, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mengambil beberapa langkah inisiatif seperti menganjurkan kursus, menggalakkan penggunaan teknologi serta inovasi untuk menarik golongan belia di negara ini menyertai pertanian secara aktif terutamanya dalam sektor penanaman tebu.

Timbalan Pengarah Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur, Jabatan Pertanian Malaysia, Mohd. Anim Hosnan berkata, tanaman tebu negara terus meningkat dengan tanaman seluas 6,807.75 hektar pada 2014 dengan hasil sebanyak 58,664 tan metrik. “Jumlah itu meningkat berbanding hanya 1,475.21 hektar pada tahun 2006 dengan pengeluaran sebanyak 10,559 tan metrik seterusnya meningkat 3,237.08 hektar pada tahun 2010 de­ngan pengeluaran sebanyak 28,410 tan metrik. “Hampir 80 peratus tebu tersebut digunakan adalah kegunaan domestik sementara sekitar 20 hingga 25 peratus adalah untuk pasaran eksport terutama ke Singapura,” katanya ketika ditemui Agroprenuer di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Wisma Tani, Putrajaya baru-baru ini. Mohd. Anim memaklumkan bahawa dianggarkan 6,500 hingga 8,500 tan metrik tebu telah dieksport ke Singapura pada tahun 2014. “Johor merupakan negeri paling luas menanam tebu iaitu seluas 1,363.24 hektar dengan hasil 20,454 tan metrik diikuti dengan Negeri Sembilan seluas 553.51 hektar (11,519 tan metrik) dan Sarawak seluas 437.37 hektar (hasil 4,009 tan metrik),” kata­nya. “Di daerah Muar, Johor terdapat dua orang usahawan mengeksport tebu. Seorang berpusat di Pekan Bukit Pasir dan seorang lagi di Sungai Balang dan mereka ini merupakan pengeksport tebu segar ke Singapura. “Sebagai makluman, harga satu kotak tebu eksport yang mengandungi 20 hingga 30 batang dijual pada harga antara RM15 hingga RM20 bergantung kepada permintaan,” ujarnya.


Mengulas lanjut, Mohd. Anim berkata, tanaman tebu di Malaysia yang ditanam untuk penghasilan gula kini sudah tidak aktif lagi kerana sebahagian besar ladang tersebut telah ditanam dengan pokok getah. Bagaimanapun, beliau berkata, penanaman oleh pekebun yang berskala kecil lebih komersial untuk jualan air tebu segar manakala pengusaha besar terutama di Johor menjalankan perniagaan untuk pasaran tempatan dan eksport. Tebu biasanya dieksport sebagai produk akhir seperti air tebu yang dipek. Beliau turut memberitahu, tebu kuning merupakan antara tebu yang ditanam secara meluas di Malaysia. “Tebu kuning mempunyai daun yang berwarna hijau dan batang yang kulitnya berwarna kuning. Penanaman tebu menggunakan batang tebu yang dipotong sepanjang 30 hingga 40 sentimeter (cm) dan mempunyai tunas. “Benih batang tebu pula dipilih dari rumpun yang telah cukup matang. Jarak penanaman disyorkan ialah 0.3 meter x 1.5 meter. Kepadatan tanaman tebu kuning pula ialah 2,400 pokok sehektar. “Parit atau lurah penanaman digali sedalam 25 hingga 30 sentimeter dan aturkan benih tebu dan timbus dengan tanah. Baja asas diletakkan sebelum menanam tebu. “Tebu yang ditanam memerlukan cahaya matahari melebihi 80 peratus dan hanya kawasan lapang serta kawasan penanaman semula getah atau kelapa sawit sesuai untuk tanaman tebu,” jelasnya. Dalam pada itu, Mohd. Anim berkata, MOA sentiasa memberi ruang dan peluang kepada petani untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai penanaman tebu melalui kursus-kursus yang dijalankan oleh jabatan serta agensi-agensi di bawah MOA. “Setakat ini, beberapa kursus mengenai tebu telah dibuat dan mendapat sambutan amat menggalakkan. Modal yang diperlukan untuk memulakan penanaman tebu secara ko­mersial ialah sekitar RM20,000 untuk satu ekar dan penjagaannya tidak cerewet serta mudah untuk diuruskan,” katanya.

Demikian sisipan khas Kolum Agropreneur kelolaan MOA dengan KOSMO yang telah dilaporkan untuk bacaan umum. Wartawan telah membuat temuduga dengan penulis pada 16 Oktober 2015 dipejabat. Semuga artikel ini memberi menjadi bahan bacaan dan sebagai sumbangan penulis kepada semua. Wasallam!.
AKHBAR KOSMO... ADA BERITA...
HARI AHAP..SISIPAN TERBITANNYA...
TAJUK KHAS.. TEBU POTENSINYA...
MENJADI BUKTI... INFO BERGUNA...

By,
M Anem,
senior Agronomist,
Room 2213, Hotel New York,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(12 Muharam 1437H).
Akhbar diterbitkan siang tadi Ahad 25/10/15.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...