Support My Blog

Saturday, October 10, 2015

STATUS DAN CABARAN EKSPORT HERBA

PRODUK HERBA (Herbal product) merupakan salah satu daripada bahan komoditi yang diperdagangkan diseluruh dunia dengan nial bilion ringgit setahun. Dalam pasaran global dianggarkan 50% kepada 70% daripada ubat-ubatan di pasaran diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang berasaskan kepada tumbuhan atau khususnya herba. Kini cara penggunaan herba dan produk berasaskan herba terus berkembang dan telah mendapatkan populariti di seluruh dunia kerana kesan dan faedah yang didapati daripada produk tersebut. Penulis telah merujuk kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dimana mereka menganggarkan bahawa sebanyak 60-80% daripada penduduk dunia telah menggunakan beberapa jenis herba untuk keperluan penjagaan kesihatan mereka, sama ada di negara-negara maju dan membangun. Malaysia adalah salah sebuag negara yang kaya dengan tumbuhan semulajadi herba dan mempunyai biodiversiti yang hebat didunia dan mampu untuk mengembangkan industri ini. Industri produk herba dunia sebenarnya telah berkembang sejak terdapat banyak peluang-peluang perdagangan dan perniagaan. Kini pasaran yang besar ke atas produk semulajadi dan herba mendapat sambutan hangat di Asia berbanding di Amerika Utara dan Eropah Barat. Malaysia sebagai pengeluar produk herba utama di Asia memandangkan hutan hujan di Malaysia menempatkan lebih daripada 12,000 spesies tumbuhan dimana 2,000 spesies dilaporkan mengandungi nilai perubatan. Didalam dasar Pertanian Negara ke-3, Dasar Biodiversiti, Dasar Kebangsaan Perubatan Tradisional dan Komplementari dan Dasar Bioteknologi diperkenalkan untuk menyokong industri herba di Malaysia. Bioteknologi juga dijangka akan memainkan peranan penting dalam proses pengeluaran produk herba semula jadi melalui biosintesis dan biokejuruteraan dimana teknologi ini yang akan dapat mengurangkan pergantungan kepada sejumlah besar sampel tumbuhan. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai status dan cabaran pengeluaran dan pengeksportan herba negara daripada beberapa kertas-kertas pembentangan yang disesuaikan daripada Seminar Pengeksportan Pasaran Herna 2015 yang mana saya adalah salah seorang perserta dan pembentang kertas pertama untuk rujukan bersama. 

Produk herba tempatan memang mempunyai banyak negera pesaing dikalangan ASEAN yang mempunyai biodiversiti sumber herba yang hampir sama malahan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Penulis telah mendapat inf0 dari MATRADE dimana mereka telah menyenaraikan beberapa negara pesaing dalam industri herba dikalangan ASEAN. Negara pesaing yang mejadi pesaing utama adalah negara jiran Thailand terutama dalam pengeluaran herba dan merupakan pengeluar global terhebat dalam produk herba iaitu Pudina, serai wangi, kayu putih, pudina dan minyak melati - perisa & wangian. Thailand kini telah dikenali di seluruh dunia dalam program sokongan yang kuat daripada kerajaan pada pameran perdagangan diperingkat domestik dan antarabangsa. Negara gajah putih tersebut juga kini dikenali sebagai 'Kitchen of the World' dikawasan Asia menjadikan produk herba sebagai satu sasaran. Sebut sahaja makanan Al-Thai anda akan boleh mendapatkan rempah-ratus (spices) untuk masakan mereka dimana-mana sahaja diseluruh dunia. Mendudukki tempat kedua adalah negara Vietnam dimana mereka telah mensasarkan untuk menghasilkan ubat-ubatan tempatan menjelang tahun 2015. Vietnam telah menubuhkan institut materia medica iaitu sebuah pusat penyelidikan bersepadu mengenai industri herba. Negera tersebut telah dianjurkan penanaman herba berskala besar untuk pasaran domestik serta pasaran eksport. Semasa lawatan saya ke Eropah tahun lepas, sempat mengunjungi kedai milik orang Vietnam di Praque, Amsterdam dan Paris yang menjual pelbagai rempahratus dan produk herba untuk 'asian cuisiene'.


Dalam membincangkan mengenai eksport herba, rupanya negara negara Singapura (Disebut Singapore) merupakan antara 12 negara yang disenaraikan sebagai pengeksport utama tumbuhan perubatan dan herba didunia. Kedudukan Singapura sebagai pusat percubaan klinikal utama dunia menyebabkan lebih daripada 150 ujian klinikal dijalankan dalam setahun dinegara tersebut. Kini kerajaan Singapura juga telah memperuntukan sebanyak USD $ 2 bilion untuk penyelidikan herba. Walau pun sumber bekalan tempatan kurang dari negara tersebut tetapi kemajuan sain dan teknologi membolehkan mereka maju dalam perdagangan herba. Keempat sebagai pesaing dalam industri herba di kalangan ASEAN adalah negara Indonesia. Indonesia yang sudah lama terkenal dengan jamu perubatan tradisional seperti eksport Mustika Ratu telah pasarkan produk tersbut kepada lebih 20 buah negara di seluruh dunia. Negera tersebut mempunyai sumber bekalan mentah herba dan rempahratus yang banyak dan kepelbagaian jenis herna juga banyak. Selain daripada tanahnya yang subur, negara tersebut mampu mengeluarkan produk herba berkualiti dengan kos yang lebih kempetitif berbanding dengan negara ASEAN yang lain. Seterusnya adalah negara Filipina (Phillipines) yang kini menjadi pembekal utama minyak pati iaitu dari produk herba Ylangylang, nilam dan serai wangi. Filipina mempunyai keutamaan yang tinggi dalam penyelidikan tanaman herba dimana mereka juga menghasilkan produk dan mempunyai laluan pasaran yang menembusi pasaran Jepun sejak beberapa lama.


Berbalik kepada industri heba di Malaysia, beberapa produk atau jensi herba ubat-ubatan atau produk tradisional yang dihasilkan telah lama diusahakan.  Antara industri berkaitan produk herba dan perubatan di Malaysia adalah seperti dalam aspek Farmaseutikal Cina, Minyak berubat dan Ekstrak Gamat (Sila lihat foto disebelah). Selain itu produk seperti Ekstrak herba tempatan seperti Tongkat Ali, Pegaga, Mengkudu dan Kacip Fatimah juga telah mencapai satu piawaian yang mencapai tahap yang dikehendakki untuk pasaran domestik dan kemungkinan pasaran global. Selain itu Malaysia telah juga berjaya dalam menghasilkan pelbagai makanan tambahan berasaskan kepada tumbuhan herba dan dijadikan bahan makanan tambahan untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kalau anda sering menonton TV utama di negara kita, terlalu banyak produk-produk makanan kesihatan yang diiklankan sampai kadang-kadang ada yang menuntup TV seketika kerana pengiklanan yang amat keterlaluan. Walau pun iklan ini membantu stesyen TV tersebut dalam mendapatkan penajaantetapi ia hasru dilakukan dengan lebih berhemah. Terdapat peraturan dan undang-undang pengiklanan mengenai produk makanan dan kesihatan yang perlu dipatuhi dan diikuti. Apa-apa pun kita berharap industri pengeluaran produk herba tempatan akan terus mendapat kejayaan dan menyumbang kepada KDNK dimasa akan datang dengan lebih cemerlang!. Wasallam!.
PRODUK HERBA... EKSPORT DISASAR...
PRODUK BERKUALITI... JANGAN GUSAR...
NEGARA JIRAN... JUALANYA MEMBESAR..
KITA BERSAING...MENGIKUT DASAR....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Presint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(27 Zulkaedah 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...