GULA (Sugar) adalah istilah yang memberi makna kepada bahan pepejal atau bentuk lain yang memberikan rasa manis. Gula terdapat dalam pelbagai bentuk sama ada pepejal atau cecair dipasaran. Di Malaysia dilaporkan penggunaan gula amat tinggi dikalangan penduduknya sehingga menyebabkan ramai rakyat negara ini yang menghidapi masaalah diabetis yang mendudukki tangga k4 tertinggi di Asia. Gula merupakan bahan makanan asasi penting dalam negara selain daripada Beras, Minyak Masak dan Garam. Kini rakyat telah tahu bahawa subsidi bagi gula sebanyak 34 sen telah dimansuhkan semenjak tahun 2013. Telah juga berlaku perasaan ketidakpuasan hati di kalangan rakyat Malaysia dahulu yang mengatakan isu ini bukanlah disebabkan elemen kesihatan penyakit kencing manis tetapi mempunyai agenda-agenda lain yang kini semakin kurang diperkatakan. Sebenarnya ia amat berkait dalam industri perniagaan gula diseluruh dunia. Apa yang penulis hendak kongsikan bersama pembaca semua adalah penulis cuba menyingkap apa itu kontrak niaga hadapan komoditi gula dunia bagi merungkaikan permasalahan ini. Dalam industri perdagangan komoditi dunia, sama seperti komoditi utama negara yang lain terutamanya minyak sawit yang diniagakan secara kontrak niaga hadapan di Bursa Komoditi Kuala Lumpur (BSKL) untuk dipasarkan ke negara luar. Pada masa sama Malaysia pula membeli gula di pasaran antarabangsa juga menggunakan kontrak niaga hadapan yang biasanya dilakukan di New York Mercantile Exchange (NYMEX) dan Intercontinental Exchange (ICE) yang terletak di New York. Dalam pemasaran dan dagangan minyak sawit, ianya dilakukan sepanjang tahun dimana proses penghantaran ke negara luar juga tidak ada batas waktu. Namun demikian bagi kontrak gula dunia adalah berbeza dimana ia hanya dilakukan pada bulan Mac, Mei, Julai dan Oktober setiap tahun. Ini kerana penghasilan gula dari tebu adalah bermusim. Pada masa ini negara kita Malaysia hanya mampu mengeluarkan kira-kira satu peratus gula (1%) untuk keperluan domestik yang mana kita memerlukan kira-kira 1.3 juta tan gula setahun. Kini negara terpaksa mengimport 99% gula dari luar iaitu Brazil 41%, Australia 36%, Thailand 14% dan Nicaragua 8% di Amerika Tengah. Artikel pada subuh awal 1 Muharam 1437 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu analisa ekonomi mengenai komoditi gula untuk bacaan dan rujukkan anda dalam Part 1 dan Part 2.
Perdagangan tebu gula tertakluk kepada kadar tukaran wang asing kerana perdagangan antarabangsa memang selama ini telah menggunakan Dollar Amerika (USD) ketika masa menandatangani perjanjian. Jika masa itu nilai tukarannya ialah sekitar RM3.10 berbanding US$1.00, dan kini pula nilai tukaran adalah sekitar RM4.40 bagi 1 USD maka ia akan menjejaskan harga pasaran daripada RM1.81 sekilogram kepada RM2.53 sekilogram dipasaran (Sila lihat analisa jadual diatas). Sejak lama dikatakan kekukuhan Ringgit Malaysia berbanding US$ berlaku tetapi pada tahun 2015 keadaan ini telah banyak berubah dimana nilai Ringgit telah jatuh dengan banyak berbanding dengan nilai USD sehingga serendah RM4.46/1USD pada September 2015. Oleh kerana kontrak niaga hadapan gula adalah berbentuk F.O.B yang kita beli dengan kos US$26/100lbs ataupun RM1.81/kg daripada pembekal dan kini meningkat kepada RM2.53 sekilogram maka kos penghantaran mendari pelabuhan asal pengeluar gula sehingga sampai ke pelabuhan di Malaysia adalah naik. Kos pengilangan gula mentah untuk dijadikan gula bertapis adalah kos tambahan utama juga akan meningkat dan pengguna akan menanggung beban jika subsidi gula ditarik balik oleh kerajaan. Kesannya adalah dimana harga gula sebelum ini ialah pada sekitar RM2.50/ kg dan setelah ditarik balik subsidi yang berjumlah RM0.34 yang akhirnya gula menjadi RM2.84/ kg dan meningkat lagi pada tahun 2015 dan seterusnya.
Dari segi perkiraan penulis dapati ada kalanya perbezaan harga jualan runcit dengan harga belian asal berlaku dimana pada harga jualan RM2.84 ditolak dengan harga kilang iaitu RM1.81maka ada nilai sekitar RM1.03. Analisa perincian di bawah adalah satu andaian yang lebih realistik mengambilkria jika kos penghantaran dengan kapal dari negara pengeluar mennjadi 2 kali caj pelabuhan dan jika Kos sewaan gudang bagi penyimpanan gula dan pengendalian di pelabuhan. Andaian juga dikaitkan dengan mana kos penghantaran dengan lori dari pelabuhan ke kilang penapisan gula serupa dan juga kos pengilangan gula dan segala operasinya termasuk keuntungannya sama. Selanjutnya adalah jika kos penghantaran dengan lori atau kereta api ke pihak pemborong dan kos penghantaran oleh pemborong kepada peruncit dan keuntungannya serta kos operasi peruncit dan keuntungannya dan cukai yang dikenakan oleh kerajaan tidak banyak berubah. Berpandukan kepada andaian ini lazimnya kos utama adalah pastinya disumbangkan oleh pengendalian kapal dari negara-negara seperti Brazil, Australia dan Nicaragua. Ini termasuk caj untuk kedua-dua pelabuhan yang amat tinggi. Manakala kos kedua tertinggi ialah bagi pengilangan gula.
Seperti yang kita ketahui bahawa gula adalah barangan kawalan dimana kadar keuntungan bagi setiap peringkat telah diatur dalam sistem pengilangan, pengedaran dan juga peruncitan yang telah lama dilaksanakan. Kajian yang dijalankan diperingkat peruncitan sering melibatkan pekedai atau penjual dimana mereka hanya memperolehi sekitar 10 sen sekilogram sahaja bagi setiap paket gula. Penulis yang telah tinjau dan pergi ke Pasaraya 99 di Precint 11, Putrajaya mendapati harga satu paket gula dijual sama dengan harga di Pasaraya Mydin di Precint 15 dan juga di Pasaraya Econsave Kajang. Mengikut analisa setiap paket bersaiz 2kg akan memberi keuntungan peruncitan RM0.051 x 2kg = RM0.10 @ 10 sen sahaja. Kalau 1Kg gula yang dibeli dari pembekal dengan kos RM1.81/kg maka pembeli akan berkongsi RM1.03/kg untuk diagihkan kepada sekurang-kurangnya lapisan pemain dalam sistem pengedaran gula tersebut untuk sampai kepada pengguna. Maka jika dikira secara rasional maka penulis dapati sebenarnya kadar keuntungan besar yang diperolehi oleh pengimport dan pengilang gula seperti yang didakwa dan diwar-warkan oleh sesetengah pihak adalah agak tidak tepat. Mungkin penulis berpendapat dimana selama ini tanpa mekanisma subsidi ke atas gula maka sudah tentu rakyat negara kita terpaksa membeli gula seperti di negara-negara Indonesia, Filipina dan Singapura dengan kos yang amat tinggi tetapi sebaliknya berlaku. Jika diambil dalam kes Singapura yang menjual gula dengan harga yang tinggi disebabkan mereka tidak memiliki kilang penapisan gula seperti Malaysia maka gula yang diimport oleh Singapura adalah gula bertapis yang sudah siap sedia untuk dimakan. Sudah tentulah kos gula bertapis jauh lebih tinggi harganya daripada gula mentah yang diproses semula.
Sebagai perbandingan pada tahun 2013 sahaja terdapat jauh jurang jualan runcit gula pasir dikalangan negara ASEAN. Harga di Thailand adalah RM2.32/kg, Harga gula pasir di Indonesia (RM3.10 - RM4.00/kg), di Filipina (RM3.00 - RM4.00/kg) dan harga di Singapura (RM4.00/kg). Malaysia pada waktu itu masih menjual gula pasir pada harga kawalan RM2.50 sekilogram iaitu jauh lebih rendah. Filipina, Thailand dan Indonesia adalah negara-negara yang ada mengeluarkan gula. Malah Thailand merupakan negara pengeluar gula ke 4 terbesar dunia dan Malaysia memperolehi 14% keperluan gula daripada Thailand. Filipina pula merupakan negara pengeluar ke 8 didunia tetapi harga gulanya adalah tinggi. Harga runcit jualan gula yang dijual kepada rakyat Thailand sendiri tidak mencerminkan sebagai sebuah negara pengeksport gula yang sepatutnya jauh lebih murah. Orang Thailand juga dilaporkan mempunyai pesakit diabetis yang jauh lebih rendah daripada rakyat Malaysia!. Perkara ini juga menyebabkan berlakunya kes-kes penyeludupan gula balik ke Thailand. Kini untuk menjaga industri gula antara strategi negara Thailand adalah dengan terpaksa merasionalkan harga gula tempatan dengan beberapa negara jiran agar perbezaannya tidak terlalu jauh. Kini dengan menarik balik subsidi 34 sen yang menjadikan gula Malaysia lebih mahal akan menyebabkan gula kurang atau tidak diseludup lagi ke Thailand. Bukankah sesuatu yang aneh di mana Thailand adalah pengeksport gula mentah ke Malaysia tetapi kemudian ia diseludup balik ke Thailand setelah dijadikan gula putih. Keadaan yang sama berlaku apabila petrol dan diesel diseludup ke Thailand kerana harganya di Malaysia lebih murah berbanding di Thailand. Diharap artikel ini dapat memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.
AMAT PENTING...KOMODITI GULA...
10 NEGARA... PENGELUAR UTAMA...
MALAYSIA IMPORT...KESEMUANYA...
AMAT PENTING... SEMUA GUNANYA...
10 NEGARA... PENGELUAR UTAMA...
MALAYSIA IMPORT...KESEMUANYA...
AMAT PENTING... SEMUA GUNANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(1 Muharram 1437H)
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(1 Muharram 1437H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.