Support My Blog

Thursday, October 1, 2015

PALAS - JENIS POKOK PALAS

PALAS (Lucasia spp) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Arecaceae ang sering digunakan sebagai tnaman landskap atau daunna diambil untuk dijadikan pembakut ketupat palas. Terdapat beberapa jenis pokok palas yang ada dinegara kita dengan kegunaan dan ciri-ciri marfologi yang berlainan. Penulis merujuk kepada beberapa rakan untuk mendapatkan informasi mengenai tumbuhan ini. Bagaimana pun penulis telah berkunjung ke Nong Nouch Palm Garden, Pattaya, Thailand pada tahun 2013. Taman ini mendakwa mempunyai lebih daripada 3,500 spesis palmae dari seluruh dunia yang dikumpulkan dalam sebuan taman luas yang menjadi tarikan pelancon di Pattaya. Ini termasuk beberapa spesis pokok palas yang mungkin sebahagian darinya datang dari negara kita terutama jenis liar dari Borneo. Pokok Palas Duri kurang diambil berat oleh petani tempatan untuk penanaman komersil kerana agak kurang permintaan bagi pengeluaran pucuk daun palas. Bagaimana pun bagi jenis Palas Kipas ianya menjadi komoditi pokok landskap yang mendapat permintaan dan pasaran sangat tinggi dipasaran. Nurseri swasta akan sentiasa membiakkan pokok palas kipas kerana ia mudah disediakan dan mudah dijual sama ada dialam pasu atau dalam polibeg. Kini pokok palas kipas ditanam di taman-taman riadah, keliling pejabat, premis perniagaan malahan dikawasan rumah. Pokok ini mudah dijaga dan memberikan keindahan kepada dunia landskap dengan tarikan tersendiri. Palas jenis lain agak kurang dikenali oleh orang ramai walau pun ia mempunyai potensi besar untuk dikomersilkan pada masa akan datang. Artikel kali ini saya mampu untuk menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis pokok palas sekadar menambah ilmu pengetahuan semua.

(1) PALAS DURI
Palas Duri (Licuala sapinosa Roxb) merupakan jenis palas yang paling disukai penduduk kampong kerana daunnya sering diambil untuk dijadikan kelongsong ketupat palas atau ketupat pulut. Pokoknya mempunyai batang yang berduri tajam dan sakit apabila menyucuk. Pokok ini mampu tumbuh menegak dengan daunnya yang berwarna hijau auak pecah apabila dewasa dengan mempunyai jejari diantara 4 - 12 helai (Sila lihat foto disebelah). Terdapat duri pada tangkai daun dan lazimnya menghasilkan bahagian pucuk yang tumbuh lurus menegak yang mengandungi daun palas muda. Sering tumbuh berumpun atau berkumpulan dalam keadaan liar semulajadi dikawasn tepi hutan. Ia menghasilkan buah ceri berwarna hijau yang bertukar kepada kuning dan merah apabila masak. 

(2) PALAS KIPAS
Palas Kipas atau Fan Palm (Licuala grandis) pula adalah jenis pokok palas sangat popular dalam dunia tumbuhan landskap. Jenis ini mempunyai bentuk daun seperti kipas (fan) berwarna hijau yang menarik kerana ada lekukan dan hujung daun yang tajam (Sila lihat foto disebelah). Pokok ini adalah jenis renek dan daunnya mempunyai bentuk seperti kipas yang membulat dihujungnya dengan tangkainya keluar dari perdu atau batang pokok. Ia mudah dibiakkan melalui biji benih yang matang dan disemai dalam polibeg. Pokok in mudah ditanam terus diatas tanah atau ditanam didalam pasu dan disusun dilokasi strategik. Palas Kipas dijual dengan harga diantara RM 10.00 sepokok (dalam polibeg) sehinga beratus-ratus ringgit (pokok besar atau dalam pasu besar yang unik).  Pihak nurseri swasta yang mempunyai stok pokok palas kipas sentiasa mendapat permintaan tinggi untuk tanaman landskap ini. Ia mudah tumbuh dengan enjagaan yang minima. Kepada mereka yang ingin menceburi bidang nurseri landskap jangan lupa menyediakan pokok ini untuk jualan. 

(3) PALAS BINTULU
Palas Bintulu (Licuala bintuluensis) adalah jenis palas untuk tanaman landskap yang agak sukar dibezakan dengan spesis palas kipas atau palas lain. Ia tumbuh menegak dengan mempunyai batangdan bentuk daun yang seperti kipas tetapi bahagian bawahnya memanjang (Sila lihat foto disebelah). Spesis ini juga dipercayai natif dari hutan di Bintulu, Sarawak sehingga dinamakan Palas Bintulu. Hanya mereka yang pakar dalam tanaman palma palas ini mampu untuk dia membezakannya dengan palas jenis lain dengan bentuk dan melihat marfologi daunnya. Ia sesuai dijaldikan tanaman landskap dan kini ada dijual dinurseri swasta disbeberapa lokasi. 


(4) PALAS BORNEO
Jenis Palas Borneo (Licuala cordata) pula merupakan jenis yang agak unik kerana pokoknya rendah dengan bentuk daun berkilat berwarna hijau (Sila lihat foto disebelah). Dalam keadaan semulajadi ia tumbuh rendah sahaja iaitu sekitar 1 kaki tinggi (30 -45 cm) dengan mempunyai 4 - 7 tangkai daun sahaja. Daunnya berbentuk bulat dengan terdapat geriji dibahagian hujung daunnya dan ada bentuk pelepah ditengahnya. Ia sesuai digunakan sebagai tanaman landskap dan tidak diguna daunnya untuk anyaman ketupat palas.

(5) PALAS SARAWAK
Palas Sarawak (Licuala orbicularis) merupakan spesis baru yang kini semakin popular dijadikan tanaman landskap (Sila lihat foto disebelah). Ia dipercayai natif daripasa Sarawak. Palas ini mempunyai bentuk daun yang ada 3 lekukan menius setiap bahagian dan tajam disetiap hujung daun. Pokok ini antara spesis yang dicaro oleh peminat tanaman landskap palmae dan dijual dengan harga lebih tinggi dipasaran. Palas ini juga dilaporkan memang tidak diambil daun pucuk mudanya untuk dijadian kelongsong ketupat. Palas Sarawak mungkin akan menjadi satu viral baru didalam penanaman pokok palma dimasa akan datang. 
Tanaman Pokok Palas akan menjadi penting dimasa akan datang. Penanaman palas duri masih belum dijadikan tanaman komersil sehingga kini kera ia dikampong masih dianggap sebagai rumpai yang bersaing dengan tanaman utama. Semuga artikel ini menambah maklumat berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.

POKOK PALMA.... PALAS JENISNYA...
MUDAH DITANAM... DIMANA JUGA....
TANAMAN LANDSKAP...CANTIKNYA...
BUAT KETUPAT... DIMAKAN SEDAPNYA..

By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Taman Puncak Saujana,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(4 Dzulhijjah 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...