NASI KANDAR adakah satu jenis hidangan popular yang berasal daripada utara Semenanjung Malaysia dan digemari ramai rakyat Malaysia. Nasi kandar dipercayau berasal dari Pulau Pinang semenjak beratus tahun dahulu yang menjadi makanan tradisi masyarakat disana dan kekal sehingga kini malahan ianya telah dikembangkan diseluruh negara. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan. Perkataan Nasi Kandar kerana ia mungkin timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiangkayu yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim. Penulis bukan seorang yang minat makan nasi kandar semenjak dahulu lagi. Ini kerana kali pertama pada tahun 1982 makan nasi kandar telah sakit perut kerana kuah kari yang pekat dan mungkin tercemar masa itu. Sehingga kini penulis memang tidak minat beberapa makanan popular seperti Nasi Kandar, Budu, Cencalok dan juga Ikan Pekasam. Walau pun beberapa kali mencuba tetapi memang 'tak datang' makan nasi kandar tidak seperti rakan-rakan yang lain. Lazimnya apa yang penulis perhatikan, nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Nasi Kandar dan kehebatannya sekadar menambah maklumat kepada pembaca semua.
Dalam kebanyakan menu Nasi Kandar, selalunya secara tradisi nasi kandar selalu dihidangkan bersama-sama dengan beberapa hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Itu dahulu tetapi pada masa ini mereka menggunakan mangkuk jenis Melamine kecil adalah digunakan untuk hidangan sampingan. Bagaimana pun perubahan cara hidangan apa yang pasti adalah campuran sos kuah kari sentiasa dicurahkan terus pada nasi. Ini menyebabkan nasi putih yang dihidangkan semestinya akan dicurah kari didalamnya sebagai 'identiti' nasi kandar. Mengenai jenis lauk sampingan ini bermacam-macam jenis daripada ayam goreng, sotong, daging, udang, terlur, limpa, terlu rebus dan bermacam-macam lagi. Pilihan lauk sampingan ini adalah mengikut selera dan bajet yang ada. Daripada tinjauan diseluruh negara, terdapat banyak restoran dan gerai Nasi Kandar dengan pelbagai daya tarikan masing-masing. Bagaimana pun antara yang popular seperti Nasi Kandar Dinas, Nasi Kandar Padang Kota, Nasi Kandar Line Clear, Nasi Beratur, Nasi Kandar Subaidah, Kayu Nasi Kandar, Nasi Kandar Nashmir, Nasi Kandar Izadol Kampung Melayu, Nasi Kandar Mohd Noor Al-Putat Bertam, Nasi Kandar Ayam Merah, Nasi Kandar Jamal Mohammad, Nasi Kandar Pelita (Sila lihat foto disebelah), Nasi Kandar Astana dan juga Kayu Nasi Kandar.
Beberapa pengusaha nasi kandar mempunyai menu yang agak berlainan. Lazimnya resepi Nasi Kandar adalah satu hidangan utara Malaysia yang sangat terkenal dan berasal dari Pulau Pinang. Resepi Nasi Kandar merupakan satu hidangan nasi kukus yang mempunyai rasa tawar atau sedikit berperisa. Resepi Nasi Kandar biasanya disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan. Perkataan Nasi Kandar mungkin dinamakan sedemikian adalah kerana pada zaman dahulu, seorang penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi dan nama kandar telah didapat daripada keadaan ini. Nama itu telah kekal sehingga hari ini dan ditulis dalam menu makanan bagi kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim. Selalunya nasi untuk dijadikan Nasi Kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu yang mempunyai kira-kira tiga kaki tinggi dan memberikan ia satu bau tersendiri. Hidangan Nasi Kandar akan dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, kobis, bendi atau peria. Satu campuran sos kuah kari akan dituang pada nasi untuk satu usaha menambahkan kesedapannya. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu kepelbagaian rasa pada nasi tersebut.
Nasi Kandar dipercayai berasal dari selatan India dan didapati mula menular di Tanah Melayu masa itu apabila ramai para pedagang India Muslim yang datang berulang-alik di antara India dan Tanah Melayu. Sebelum Nasi Kandar terkenal di Pahang, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak penulis juga dapat info bahawa nasi Kandar tertumpu terlebih dahulu di Pulau Pinang. Ia juga popular dahulu di Kangar, Perlis dan Sungai Petani serta Alor Setar, Kedah. Para pengkaji sejarah mempercayai makanan ini bertapak di Pulau Pinang sekitar tahun 1920 hingga 1930 yang dinikmati atau dimakan pada waktu pagi untuk membekalkan tenaga yang banyak bagi pekerjaan buruh. Bagaimana pun cara menyediakan Nasi Kandar dengan memasak air sebanyak 4½ mug bersama dengan 3 kuib ayam. Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering dan kemudian panaskan periuk dan cairkan majerin. Masukkan bawang putih serta halia dan juga apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit. Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi. Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk nasi dan masukkan daun pandan dan biarkan ia tanak sehingga masak. Seterusnya perlu leraikan dengan garfu setelah nasi masak. Bagi tujuan sediakan lauknya iaitu cara untuk Menyediakan Kari Ayam Kering Penang boleh dihiris 5 biji bwang merah kecil, 4 biji bawang putih dan tomato di belah 4. Selepas itu 4 cabai kering di belah 2 serta bagi ayam bahagian dada ayam dipotong kuib. Panaskan kuali dengan 5 sudu minyak, kemudian tumiskan bawang merah kecil, bawang putih, 4 biji bunga cengkih dan satu kayu manis. Apabila bahan tumisan sudah naik bau, masukkan cabai kering dan 3 sudu besar serbuk kari. Kacau sehingga ayam itu masak dan kemudian masukkan tomato. Masukkan garam, gula dan lada sulah secukup rasa. Renehkan sehingga agak hampir kering dan masukkan yogurt. Apabila siap maka sejukkan dan boleh dihidangkan. Apa juga pun lebih cepat nerkunjung kerestoran nasi kandar daripada memasak sendiri dirumah. selain dapat nasi kandar yang original anda juga boleh menikmati suasana makan nasi kandar dengan senang hati. Wasallam!.
NASI KANDAR...APAKAH HEBATNYA...
ADA NASI.... KUAH KARI DIBANJIRNYA...
PILIHAN LAUK... PELBAGAI PILIHANNYA...
BANYAK RESTOREN...BAYAR HARGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kompleks IOI Mall,
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(10 Muharam 1437H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.