GULA (Sugar) adalah satu perkataan bagi sekumpulan jenis kristal karbohidrat yang boleh dimakan dengan rasa MANIS (Sweet). Dalam peribahasa Melayu ada dikatakan 'Ada Gula Ada Semut' yang membawa maksud dimana ada banyak sumber rezeki maka disanalah ramai berkumpul untuk mendapatkannya. Pemahaman mengenai gula ini juga mempunyai banyak variasi. Bagaimana pun dari segi saintifik lazimnya kandungan dalam gula adalah dikenali sebagai bahan seperti Sukros, Laktose dan Fruktose dimana bahan ini yang memberikan rasa manis pada lidah. Lidah manusia sendiri mempunyai deria seperti manis, masin, pedas, pahit, masam, tawar, kelat dan sebagainya. Deria rasa ini berbeza diantara manusia bergantung kepada umur, genetik dan sensitiviti seseorang. Penggunaan gula lazimnya dikaitkan dengan minuman yang ditambah gula untuk menyedapkan rasa. Bagaimana pun sebenarnya penggunaan gula berlaku dalam kebanyakan makanan daripada sayuran, biskut, susu pekat, aiskrim, kuih mueh dan banyak lagi. Tanpa gula banyak masakan yang kurang enak. Gula ini boleh didapai dalam pelbagai bentuk, jenama dan juga sumber bahan mentahnya. Belum banyak artike yang membincangkan mengenai jenis-jenis gula dan kegunaannya. Pda penulis setelah merujuk beberapa bulu dan artkel mendapati kini terdapat 4 jenis gula yang sepatutnya rakyat Malaysia tahu untuk dibincangkan dalam artikel ini iaitu Gula Pasir, Gula Batu, Gula Merah dan Gula Melaka atau Gula Apong. Di Malaysia ramai rakyatnya yang mengambil gula dalam makanan sehingga memberikan kesan negatif dimana jumlah pesakit diabetis dinegara kita adalah mendudukki tangga ke 4 tertinggi dirantau Asia. Gula banyak diambil dalam makanan dan minuman dimana tanpa gula orang Malaysia kata makanan tidak sedap. Gula yang banyak berada dipasaran adalah kebanyakannya dirujuk kepada bahan sukros yang mana ia paling banyak datang dari gula tebu dan gula bit. Walau pun begitu ada jenis gula lain yang digunakan di dalam industri penyediaan makanan tetapi paling biasanya atau lebih spesifik seperti jenis glukos, fruktos atau gula buah, air gula serta jagung fruktosa tinggi. Pada masa kini negara Brazil merupakan negara yan masih menghasilkan gula per kapita paling banyak didunia untuk pasaran domestik dan eksport. Artikel malam ini sambil melihat lalilintas di Jalan Chain Ferry, Butterworth saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis gula untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.
(1) GULA PASIR
Gula Pasir merupakan jenis gula yang paling banyak dijual, di gunakan dan dikenali ramai pengguna. Gula pasir lazimnya berwarna putih kristal dengan butiran seperti pasir dan saiznya sama ada Gula Pasir Kasar atau pun Gula Pasir Halus (Sila lihat foto disebelah). Terdapat juga jenis gula pasir yang berbentuk seperti kiub (cube form) yang digunakan untuk tujuan tertentu sahaja. Ia paling luas digunakan surirumah dan peniaga restoran dalam masakan dan minuman. Kebanyakan kilang makanan dan minuman yang berskala mega juga menggunakan gula jenis ini (gula pasir) sebagai bahan ramuan utama untuk perasa manis. Gula ini adalah yang paling selalu digunakan dimana saiz butirannya yang kecil menyebabkan ianya mudah larut dalam air. Seterusnya gula pasir mudah digunakan untuk makanan dan juga minuman. Tetapi tahukah anda gula itu terpaksa diubah menjadi gula darah dan ini akan mengambil masa hanya 3 minit sahaja?. Kajian menunjukkan gula darah inilah yang akan ditukar oleh pankreas kepada tenaga untuk kita gunakan. Lazimnya masa yang diperlukan untuk menukar gula darah hasil daripada gula pasir ini lebih kurang 140 minit. Kenapa ia mengambil masa lama sangat kalau begitu?. Ini disebabkan proses pembuatan gula pasir didapati memerlukan suhu setinggi 400 °C. Laporan saintifik mendakwa dimana semakin tinggi suhu digunakan untuk membuat sesuatu makanan maka semakin lama masa yang diambil untuk makanan itu untuk dicerna. Kalau purata 5 gram gula pasir diambil oleh kita dalam satu hari (lebih kurang ½ senduk) diambil maka bakinya akan tersimpan dalam darah setelah hanya sebahagian sahaja digunakan. Perkara ini akan memberikan kesan negatif jika simpanan gula ini tidak dapat digunakan oleh manusia dan tidak dicerna. Maka gula itu akan ditukar kepada lemak atau pun akan kekal sebagai gula darah dan akhirnya ia memberikan kesan menderita sebagai pesakit diabetes.
(2) GULA BATU
(3) GULA MERAH
Gula Merah pula lazimnya berasal daripada hasil sampingan pproses pengilangan gula tebu. Gula ini mempunyai warnanya coklat kemerahan sehingga kepada warna coklat gelap kehitaman. Gula ini ada juga yang menyebutnya sebagai Molases bergantung kepada bentuk dan cara pembuatannya. Gula ini sesuai dijadikan bahan kuih muih dan minuman. Kuih Kasui antara jenis kuih yang perlukan gula merah atau kadang-kadang menyamai dengan Gula Melaka. Dalam laporan saintifik dilaporkan bahawa waktu yang diperlukan untuk menukar gula merah kepada gula darah juga adalah 3 minit. Begitu seterusnya proses masa untuk menukar daripada gula darah kepada tenaga juga 3 minit juga bermakna jumlah waktu diperlukan semuanya adalah 6 minit. Ini bermakna masa yang diambil dalam proses ini adalah sama dengan gula batu. Laporan pakar menunjukkan dalam satu hari 90 gram (lebih kurang 9 senduk) gula darah boleh berjaya diproses oleh organ manusia iaitu hampir 1.5 kali ganda lebih banyak diproses berbanding gula batu. Ini bermakna lebih banyak gula merah akan dapat ditukar kepada tenaga berbanding yang disimpan. Secara teorinya kita boleh katakan gula merah ini adalah jenis gula yang tersihat antara tiga jenis gula ini.
(4) GULA MELAKA
Gula Melaka adalah jenis gula yang dihasilkan daripada pokok kelapa (Cocos nucifera). Mayang pada pokok kelapa akan dipotong dan air nira akan dikutip dalam tabung khas yang digantung sepanjang masa. Air nira yang dikutip setiap pagi dan petang dikumpulkan dan dimasak sehingga air nira menjadi pekat dan dimasukkan dalam acuan khas untuk ia membeku. Gula Melaka atau Gula Apong ini mempunyai warna coklat cerah dan lembut jika ia masih baru dan merupakan gula Melaka Tulin. Ini kerana terdapat jenis 'Gula Melaka Tiruan' yang mana ia diproses dari gula pasir yang dimasak dan dijadikan gula melaka yang agak keras dan hitam sedikit warnanya. Gula melaka amat sesuai dibuat kuih kasui, inti onde-onde, air minuman, masakan berasaskan gula melaka dan sebagainya. Gula Melaka adalah gula yang paling baik dari segi kesihatan berbanding dengan jenis gula yang lain. Dalam artikel ini penulis ingin katakan bahawa mengikut ranking gula pasir merupakan yang paling susah untuk dicerna oleh pankreas. Sementara itu gula merah dan gula melaka adalah yang paling senang untuk dicerna oleh pankreas kita. Bagaimana pun dinasihatkan untuk tidak mengambil atau makan gula merah dengan kuantiti banyak. Mengikit pakar permakanan paling banyak yang boleh diproses dalam satu hari pun hanya 90 gram. Lebihan gula tersebut akan bertukar menjadi lemak atau kekal sebagai gula darah. Sebenarnya ada lagi jenis gula daripada sumber makanan seperti bijirin dan sayuran yang menyumbang kepada kandungan gula dalam badan kita. Berwaspadalah mengambil gula terutama mereka yang ada masaalah diabetis. Wasallam!...
JENIS GULA ..... EMPAT SEMUANYA...
BANYAK LAGI...BERBEZA BENTUKNYA...
GULA PASIR... PALING UTAMA GUNA...
KURANGAN AMBIL GULA.. BAGUSNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 2213, Hotel New York,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(13 Muharam 1437H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.