Dalam penanaman tebu secara komersil, tuaian dibuat menggunakan tangan dan ini diamalkan oleh kebanyakkan daripada pengeluaran tebu dunia. Tebu-tebu yang telah cukup matang akan dibakar apabila daun-daunnya akan cepat dimakan api dengan meninggalkan batang-batang tebu yang tinggi kandungan airnya dan masa penuaian selalunya menggunakan parang mudah dilakukan. Pemprosesan tebu untuk tujuan pengeluaran gula dilakukan di kilang-kilang bagi proses mendapatkan gula mentah berwarna kuning hingga gula perang. Namun bagi penanaman tebu secara kecil-kecilan hasilan tebu dipasarkan di pasaran tempatan untuk tujuan pengeluaran air tebu secara segar. Aktiviti menjual air tebu segar ada di gerai tepi jalan, pasar malam, pasar tani dan juga lokasi strategik. Batang tebu boleh dimakan terus dengan memamah bagi mengeluarkan airnya dan hampas diludah keluar. Air tebu yang dihasilkan melalui tangan atau dengan gunakan mesin eletrik dangan sedikit campuran limau nipis dan air batu menghasilkan minuman yang enak dan sangat digemari ramai. Diharap artikel ini dapat memberikan info kepada anda. Wasallam!.
ADA TEBU ...DISITU ADA GULA...
ADA TEBU ...DISITU ADA GULA...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.