KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, November 12, 2013

VARIETI - SALAK DI MALAYSIA

BUAH SALAK (Salacca edulis) merupakan salah satu buah tropika yang ditanam di Indonesia dan Malaysia daripada keluarga Arecaceae. Buah ini memiliki kandungan zat yang cukup tinggi dan dapat dimakan sebagai buah segar mahu pun diproses sebagai jeruk, minimal proses, jus atau manisan. Buah salak tidak terlalu popular dibandingkan buah lain seperti pisang atau tembikai yang sering menjadi bahan pencuci mulut setelah makan. Saya dapat maklumat ada laporan menyatakan terdapat segelintit orang yang menghindari makan buah salak ini kerana berlaku kemungkinan mengalami kesulitan untuk buang air besar. Mungkin dakwaan ini tidak benar dari pengalaman saya sendiri. Keluasan tanaman salak di Malaysia dilaporkan seluas 1,320 hektar dengan anggaran pengeluaran sebanyak 4,330 metrik tan setahun (Laporan statistik Jabatan Pertanian 2012). Kawasan penanaman salak ada terdapat di Negeri Terengganu, Kelantan dan Sabah serta Sarawak. Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa varieti buah salak yang ada di negara kita untuk dibuat rujukkan.

Pokok Salak rendah iaitu kira-kira 2-5 meter tinggi dan hampir-hampir tiada batang. Pokok ini tumbuh berumpun iaitu banyak mengeluarkan sulur anak. Hampir keseluruhan pokok salak berduri tajam terutamanya di pangkal pokok (Lihat foto sebelah). Pokok Salak adalah jenis diesius. Bunga jantan tersusun rapat dalam jambak berbentuk jejari dan dalam kelompok yang mengandungi kuntum bunga. Tangkai bunga panjang. Bunga betina lebih besar dan lebar dan bertangkai pendek. Buahnya berbentuk hampir bulat atau bujur. Warna kulitnya perang atau perang kemerahan. Kulit ini mempunyai lapisan sisik-sisik leper yang teratur bertindih-tindih dan rapat. Sebiji buah mengandungi 1-3 ulas yang berbiji. Isinya berwarna putih, krim, kekuningan dan mempunyai rasa kelat manis atau manis. Anda boleh baca artikel mengenai salak dalam artikel Inggeri yang saya tulis pada April 2010 disini (Sila klik disini). Salak merupakan buah-buahan berpotensi untuk ditanam didalam kawasan dusun bercampur. 

Jadual 1 diatas menunjukkan 6 varieti salak yang telah didaftarkan iaitu Z1 (Salak Nangka), Z2 (Salak Kesumba), Z3 (Salak Kelubi), Z4 (Salak Belulang), Z5 (Salak Raja), Z6 (SalakBali) sementara yang belum didaftar adalah Salak Pondoh dan Salak Sabah. Kebanyakan varieti Salak ini ada ditanam dalam Pusat Repositori Jabatan Pertanian di Pusat Pertanian Serdang, Selangor dan Pusat Pertanian Ulu Paka, Terengganu. Mereka yang ingin mendapatkan anakbenih tanaman salak boleh berhubung dengan pejabat pertanian daerah berhampiran. Saya juga suka makan salak di Kawasan Lambir, Miri, Sarawak yang juga enak tetapi masih belum lagi didaftarkan. Salak Lambir ini popular kepada pemandu yang melalui jalan utama Bintulu-Miri dan ada dijual digerai tepi jalanraya. Dariada 6 varieti Salak telah didaftarkan di Jabatan Pertanian, sehingga kini tiada varieti yang telah disyorkan. Terdapat 2 varieti yang popular ditanam iaitu Z6 (Salak Raja) dan Salak Pondoh. Varieti salak ini jarang diperkatakan oleh saintis pembiakbaka yang mungkin kurang potensi untuk dikomersilkan. Teknologi penanaman pokok salak bagaimana pun telah ada dan saya fikir ia boleh dikembangkan lagi penanaman ini pada masa akan datang. Wasallam!


VARIETI SALAK ... ADA 8 SEMUANYA...
6 DIDAFTAR...TERENGGANU ASALNYA...
POKOK BERDURI ... JUGA BUAHNYA..
ENAK DIMAKAN.. TINGGI HARGANYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Kg Seberang, Temerloh, 
Pahang,
Malaysia.
(22 Ramadan 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...