Support My Blog

Wednesday, November 6, 2013

VARIETI - NENAS DI MALAYSIA

NENAS (Ananas cosmosus) merupakan sejenis buah-buahan tropika yang dihasilkan oleh Malaysia sebagai buah untuk kegunaan domestik dan pasaran ekspot semenjak dahulu lagi. Kawasan utama tanaman nenas adalah diNegeri Johor terutama dikawasan tanah gambut. Walau bagaimana pun industri tanaman nenas negara kini telah berkembang ke Selangor, Pahang, Perak, Kedah dan Sarawak dengan pesat terutama untuk beberapa varieti baru nenas. Kita di Malaysia beruntung kerana negara kita merupakan salah satu negara menanam nenas dengan keluasan sebanyak 16,850 hektar pada tahun 2012 yang menghasilkan sebanyak 416,100 metrik tan. Kawasan penanaman nenas di Malaysia adalah di Johor dengan Daerah Pontian (3,686 hektar), Daerah Kluang (2,950 hektar) dan Daerah Muar (1,286 hektar) pada tahun 2012 terutama penanaman nenas di tanah gambut. Buah nenas telah diperdagangkan dipasaran dunia dalam 3 jenis yang utama iaitu dalam bentuk SEGAR, KALENG (Dalam tin) dan JUS. Malaysia merupakan salah satu negara didunia yang mengekspot nenas dalam ketiga-tiga bentuk tersebut dan menduduki tangga ke 9 dalam kedudukan pengekspot nenas didunia. Singapura merupakan destinasi utama pasaran nenas segar Malaysia diikuti dengan negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology"  maklumat beberapa varieti nenas yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan anda.

Nenas MD2 di Ladang JTP, Johor
Nenas sejenis tumbuhan yang tumbuh setinggi 50-150cm. Daun panjang dan tirus, hujung tajam, tepi daun berduri dan sebahagian varieti tidak berduri serta susunan berpilin. Bunga pada buah kedapatan sehingga 200 kuntum. Setiap satu jambak berwarna ungu kemerah-merahan yang boleh disenyawakan melalui pendebungaan untuk menjadi biji. Buah berwarna hijau ketika muda dan jingga atau merah apabila masak. Buah biasanya dimakan segar, ditinkan atau dijadikan jus. Pokok Nanas mengeluarkan 3 jenis sulur yang boleh digunakan untuk penanaman iaitu sulur angin, sulur tangkai dan sulur tanah. Varieti nanas yang ditanam di Malaysia terdiri daripada 3 kumpulan yang besar iaitu jenis Nanas Cayene, Nanas Spanish dan Nanas Queen.



Terdapat 9 varieti Nanas telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian daripada varieti AC1 sehingga varieti AC9. Paling popular semenjak dulu adalah Nenas AC1 (Nenas Moris), diikuti dengan AC2 (Nenas Sarawak - kalau di Sarawak nenas ini juga dipanggil sebagai 'nenas paun'), AC3 (Nenas Gandul), AC4 (Nenas Maspine), AC5 (Nenas Josapine), AC6 (Nenas Yankee), AC7 (Nenas Moris Gajah), AC8 (Nenas N36)  dan AC9 (Nenas MD2). Sehingga kini hanya 1 varieti yang telah disyorkan iaitu AC9 (Nenas MD2). Walau bagaimanapun, terdapat 4 varieti lain yang popular ditanam secara komersil iaitu Nenas AC1 (Moris), Nenas AC3 (Gandul), Nenas AC5 (Josapine) dan Nenas AC 8 (N36). Pada masa ini Nenas Varieti MD2 (AC9) atau ada orang kampong panggil sebagai 'Nenas Madu' merupakan nenas paling popular di Malaysia (Sila baca artikel berkaitan - Sila klik disini). Nenas ini merupakan varieti untuk pasaran domestik dan ekspot yang perlukan masa 14 bulan untuk matang. Beberapa standard mengenai benih nenas, gred buah nenas telah disediakan bersama SIRIM untuk memajukan industri nenas negara. Wasallam!


VARIETI NENAS ....ADA 9 SEMUANYA...
PALING AWAL... MORIS NAMANYA...
PALING TERKINI... MD2 MANISNYA...
PRODUK NENAS ... EKSPOT NEGARA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Ladang Nenas Bt 14 (Projek ACDA),
Air Hitam, Muar, Johor,
Malaysia.
(20 Ramadan 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...