KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, November 21, 2013

LEBAH MELIFERA - PENGURUSAN (Part 1)

LEBAH MELLIFERA (Apis mellifra) merupakan sejenis lebah dari Eropah yang masuk ke Malaysia semenjak tahun 1976 oleh Jabatan Pertanian. Sebenarnya terdapat beberapa jenis lebah tempatan yang mampu menghasilkan madu seperti Lebah Keran (Apis cerana) dan Lebah Tualang (Apis dorsata) walau pun pengeluaran masih rendah dan tidak menentu. Daripada pembacaan dan pengalaman penulis, terdapat 8 spesis lebah yang terdapat dinegara ini yang perlu di'explore' lagi termasuk terkini yang mendapat perhatian iaitu Lebah Kelulut (Trigona spp). Saya mula kenal dengan lebah madu semenjak awal 1980'an semasa saya mula bertugas di Melaka dan aktif dalam mengembangkan ternakan lebah keran dikawasan tanaman kelapa. Kini benyak pokok kelapa dikawasan Merlimau, Melaka yang telah ditebang dan digantikan dengan pokok kelapa sawit dan menjadi kawasan perumahan dan kawasan kilang. Agaknyapenternakan lebah madu dikawasan tersebut semakin kurang sesuai. Artikel subuh ini saya terpanggil untuk menulis teknologi pengurusan Lebah Eropah atau kita lebih kenali dengan Lebah Mellifera dalam "Anim Agro Technology" untuk rujukkan dan bacaan anda.


Lebah mellifera mula diimpot secara rasmi oleh Jabatan Pertanian pada tahun 1997 telah diternak dibeberapa lokasi sebagai petak pemerhatian. Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran madu kerana lebah impot ini lebih besar dan mampu menghasilkan madu denganbanyak jika diuruskan dengan baik. Ini disebabkan pengeluaran madu tempatan cuma 2% sahaja daripada keperluan dimana selebihnya adalah diimpot. Statistik pada 2012 menunjukkan lebih daripada 3,200 mt madu bernilai RM 21.1 juta madu diimpot untuk kegunnan segar, bahan membuat makanan dan juga perubatan. Madu lebah ini diimpot daripada Australia, China, Vietnam dan beberapa negara lain. Kajian oleh pakar madu juga mendakwa hanya 23% madu yang dijual dipasaran yang tulin sementara bakinya adalah madu tiruan. Banyak kes-kes tangkapan dimana usahawan membuat madu tiruan daropada bahan bukan madu asli. Saya dimaklumkan pada masa ini terdapat sebanyak lebih dari 2,000 koloni lebagmadu melifera di Malaysia terutama dikawasan ternakan madu yang sesuai. Kajian menunjukkan lebah mellifera mampu menghasilkan madu sekitar 20 - 35 kg/ haif setahun bergantung kepada pengurusan. Ini lebih baik daripada lebah keran sekitar 3 kg/ haid setahun yang saya buat analisis.


Sasaran Jabatan Pertanian membawa masuk lebah melifera pada 1997 adalah untuk melihat potensi lebah tersebut diternak dengan sasaran penghasilan madu melebihi 20 kg / haif/ tahun. Pemerhatian awal menunjukkan lebah ini dapat menyesesuaikan diri dengen persekitaran tempatan. Kaedah pemeliharaan adalah menggunakan adaptasi teknik yang diamalkan dinegara China, Australia, taiwan dan Thailand dengen menggunakan haif berukuran 51 cm x 43 cm x 24 cm empatsegi yang digunakan sebagai sarang (comb). Semasa saya terlibat dengan pengembangan teknologi Apiari bersama Encik Zakbah dulu. sering kami katakan bahawa sumber tumbuhan dinegara kita mampu mengeluarkan nektar untuk lebah. Antara tumbuhan tersebut seperti pokok gelam (Melalueca spp), nenas (ananas cosmosus), Getah (Hevea brazilliensis), Durian (Durio zibethinus), Belimbing (Averrhoa carambola) , Rambutan (Nephellium lappaceum) dan beberapa lagi. Tumbuhan ini mampu menghasilkanbunga dan nektar sepanjang tahun atau pun bermusim cuma kita kena pandai menguruskan penternakan lebah ini. Tumbuhan seperti Kelapa (Cocos nucifera), Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) dan Semalu (Mimosa spp) mampu menghasilkan debunga banyak untu lebah madu.


Pada saya memang potensi ternakan lebah untuk menghasilkan madu di Malaysia masih tinggi. Pihak kerajaan selain daripada menyediakan bantuan untuk penternakan lebah, aspek latihan dan kemahiran teknikal boleh didapati daripadada jabatan dan agensi seperti Jabatan Pertanian dan lain-lain lagi. Walau pun ketika ini hanya Jabatan Pertanian sahaja yang aktif dan akda kepakaran dalam memberikan teknologi. Ada sebahagian maklumat dari MARDI. Kini saya dapati belum ramai usahawan yang mampu tampil untuk menternak lebah secara komersil seperti di Thailand dan Taiwan. Statistik menunjukkan kurang daripada 200 usahawan lebah madu yang aktif sepanjang tahun menternak lebah di Malaysia. Kebanyakan penternak tradisional kurang aktif dan tidak mencapai tahap komersil. Pemburu lebah tualang kini semakin tersepit akibat banyak kawasan hutan yang ada lebah tualang telah musnah ditebang. Keadaan ini diburukkan lagi dengan hipotesis atau dakwaan bahawa populasi lebah tualang semakin berkurangan secara signifikan akibat diakan oleh burung walit.  Laporan ini disahkan oleh persatuan lebah madu kebangsaan yang bermesyuarat pada tahun2 2012 di Kelantan.
Bersambung Part 2.


Lebah Apis mellifera menyedut nektar bunga.
LEBAH MELLIFERA... BESAR BADANNYA...
LEBAH DIIMPOT... DITERNAK DIMALAYSIA...
SESUAIKAH DIA...PADA PERSEKITARANNYA...
PERLU DITERUSKAN...SAMPAI BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Apiari Kebangsaan,
Parit Botak, Batu Pahat,
Johor, MAlaysia.
(23 Zulhijjah 1434H)





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...