Pokok rambutan bersaiz sederhana (10-18m tinggi) dan kanopi daun agak padat. Daun-daunnya jenis majmuk pinat, mengandungi dua hingga empat pasang anak daun yang tersusun berselang pada rakis. Bunganya dikeluarkan dalam jambak di hujung ranting dan juga di sisi. Jambak bunga ini tegak tetapi bercabang-cabang. Bunganya kecil, berbulu halus dan berwarna kehijauan. Pokok jantan hanya mengeluarkan bunga jantan atau staminat. Kebanyakkan pokok rambutan adalah hermafrodit. Pokok hermafrodit sahaja yang akan mengeluarkan bunga untuk menjadi buah. Buah rambutan berbentuk bulat atau lonjong sedikit. Buah muda berwarna hijau tetapi yang masak berwarna merah cerah atau kuning mengikut varieti. Kulitnya agak tebal diselaputi bulu-bulu lembut. Isi yang dimakan berwarna putih jernih atau putih kekuningan, lembut dan berair. Bijinya bujur panjang atau elips dan berwarna perang pucat diselaputi oleh lapisan kulit ari yang agak kasar.
Jadul 1 diatas menunjukkan terdapat 20 varieti daripada sebanyak 64 varieti Rambutan telah didaftarkan di Jabatan Pertanian. Terdapat sebanyak 3 varieti yang masih belum didaftarkan dan telah ditanam di stesen-stesen pertanian, kebun individu, syarikat swasta dan sebagainya. Sehingga kini, hanya 10 varieti yang disyorkan dan dikomersilkan iaitu R134, R156(Muar Gading), R160 (Khow Thow Bak), R162 (Oh Heak), R167 (Chai Thow Chin), R168 (Che Embong), R170 (Lychee), R185 (Lekang Nyior), R191 (Anak Sekolah atau Rong Rien) dan R193 (Deli Baling). Walau bagaimana pun, varieti R156 (Muar Gading), R191 (Anak Sekolah) dan R193 (Deli Baling) adalah popular ditanam. Jadual 1 menunjukkan varieti rambutan bertanda merah (Tiada maklumat) menunjukkan varieti tersebut telah tidak dapat dikesan lagi atau mungkin pupus. Sistem daftar juga mendapati varieti rambutan R13 - R29, R32 - R35, R37 - R60, R69 - R80, R82 - R83dan R85 tiada didalam senarai daftar. Bersambung artikel Varieti Ramputan Part 2 (Klik disini) dan Part 3 (Sila klik disini). Wasallam.
VARIETI RAMBUTAN ...67 SEMUANYA...
64 DIDAFTARKAN... 3 LAGI MERANA...
10 DISYORKAN... VARITI YANG MANA..
KALAU HENDAK KENAL ... BAGAIMANA...
By,
M Anem
Senior Agronomist ,
Stesyen Pertanian Tarat,
Serian, Sarawak,
Malaysia.
(17 Ramadan 143H)
Jadual 1 : Varieti Rambutan di Malaysia

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.