Support My Blog

Friday, November 15, 2013

VARIETI - LIMAU NIPIS

Limau Nipis (Citrus aurantifolia) adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk kegunaan sebagai air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan. Limau ini saya dapati memang berbeza dengan jenis Limau Lemon (Citrus limon) walau pun bentuk buah hampir sama dan merupakan sejenis limau yang mudah ditanam serta menguntungkan jika di jaga dengan rapi. Terdapat seluas 898 hektar tanaman limau Nipis di Malaysia pada tahun 2012 dengan hasil pengeluaran sebanyak 9,760 metrik tan. Kawasan utama tanaman limau nipis seperti di Johor, Perak dan Selangor. Limau Nipis banyak digunakan dalam membuat air minuman (Jus Air Limau) dan didalam meningkatkan perisa masakan berasaskan air limau yang memang masam. Kebanyakan penanaman limau nipis dijalankan secara monokrop komersil tetapi ramai yang menanamnya sendiri dikawasan keliling rumah untuk kegunaan sendiri.  Artikel kali ini penulis akan berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai varieti tanaman limau nipis berdasarkan pengetahuan dan rujukkan semasa bertugas dalam sektor pertanian selama lebih 33 tahun.


Pokok limau nipis adalah kecil iaitu mempunyai ketingginya kira-kira 3m. Keseluruhan pokok berduri tajam. Duri-duri ini terdapat pada pangkal daun. Daun-daunnya yang berbentuk bujur panjang berukuran 6-8cm panjang dan 3.0-4.5cm lebar. Tangkai daun panjangnya 1-2cm. Tepi daun bergerigi dan pada tangkainya terdapat helaian kecil seperti sayap yang kecil. Warna daun hijau pucat atau hijau. Bunga dikeluarkan dalam jambak yang kecil dicelah daun atau dihujung ranting yang matang. Bunga ini terdiri daripada sama ada bunga jantan atau bunga lengkap yang mempunyai empat kelopak bunga yang berwarna putih dan harum baunya. Bunga limau nipis sederhana besarnya iaitu 3-5cm lebar dan berbentuk hampir bulat. Buah limau ini terbahagi kepada 6-11 segmen yang tidak mudah dipisahkan. Kulitnya nipis, berwarna hijau berkilat tetapi kemudian bertukar kepada hijau muda kekuningan dan apabila masak berwarna kuning keseluruhannya. Isinya berwarna hijau pucat dan berjus. Terdapat berbagai-bagai jenis limau nipis yang berbeza-beza bentuk buah dan ciri kulitnya.Terdapat jenis buah yang agak bujur dan yang mempunyai kulit buah yang agak kasar. Kebanyakan mempunyai kulit yang nipis tetapi ada yang mempunyai kulit yang tebal. Terdapat juga buah limau nipis yang tidak berbiji.


Jadual 1 diatas saya paparkan sebanyak 6 varieti Limau Nipis yang ada di negara kita dimana 4 varieti telah didaftarkan dan 2 varieti belum didaftarkan. Pendaftaran paling awal Limau Nipis pada tahun 1940 iaitu LI1 (Tahiti Lime) diikuti dengan tahun 1949 dengan LI3 (Italian Lime). Tidak ada maklumat mengenai varieti LI2 sama ada ianya telah pupus atau memang tidak dapat dikesan. Pada tahun 1996 terdapat varieti LI4 (Varieti Limau Nipis Seedless atau Limau Nipis Siam) yang didaftarkan dari Pahang. Akhir sekali dalam senarai adalah LI5 (varieti Limau Nipis Tempatan atau ND4) yang didaftarkan pada 1999 yang berasal dari Kelantan. Dua varieti limau nipis yang ada ditanam tetapi belum didaftarkan adalah LI7 dan LI8 (Belum asa nama varieti). Kalau anda hendak menanam limau nipis masa kini boleh cuba LI5 (Limau Nipis Kelantan) iaitu paling sesuai ditanam untuk penghasilan yang memuaskan dan penerimaan pasaran baik. 




VARIETI LIMAU NIPIS... ADA 6 SEMUANYA...
TAHUN 1950... TAHITI LIME DAFTARNYA...
SENANG DITANAM..BANYAK HASILNYA...
DIBUAT JUS LIMAU... MEMANG LAZATNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Horticulture Division,
Putrajaya, 
Malaysia.
(17 Ramadan 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...