Support My Blog

Saturday, November 9, 2013

ARTIKEL KE 2,000

Artikel ke 2,000 ini merupakan satu kejayaan kepada saya sebagai penulis Blog "Anim Agro Technology" selama 6 tahun. Apa yang saya rasa anih dan mungkin kebetulan adalah kerana penulisan artikel ke 2,000 ini jatuh pada tahun baru Islam iaitu 1 Muharram 1435. Artikel saya ke 1,000 adalah pada Hari Raya Qurban 1433 iaitu dua tahun lalu. Saya mula menulis blog ini daripada bulan Mei 2007 dan tidak berhenti menulisnya selama 6 tahun sehingga kini. Posting dibuat setiap hari sekarang dan ianya bertujuan untuk menyebarkan ilmu berkaitan pertanian kepada semua. Blog yang ditulis berasaskan kepada teknologi Pertanian ini merupakan satu koleksi penulis daripada pengalaman dalam bidang pertanian selama lebih 34 tahun. Konsep blog ini mempaparkan perkara dalam pertanian seperti teknologi pertanian, perihal tanaman, ternakan, ternakair, makanan, sistem pemindahan teknologi, dunia serangga (Entomology), Infrastruktur Pertanian, Produk-produk Pertanian, Bahan Kimia dan banyak lagi. Kebanyakan tuklisan adalah dalam Bahasa Malaysia dan sebahagian kecil lagi dalam Bahasa Inggeris. Blog dalam Bahasa Inggeris saya tulis dalam "Anim Agriculture Technology" pada pautan berkaitan (Sila Klik Disini). Rajah dibawah saya paparkan bagaimana geraf bermulanya penulisan dalam blog ini yang bermula daripada Mei 2007 semasa bertugas di Johor dan setiap tahun mempaparkan 365 artikel atau setiap sehari satu artikel. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan blog ini yang banyak membantu saya dalam menjalankan tugasan harian dan untuk semua yang membaca blog berkaitan pertanian.


Sehingga kini seramai  2,341,543 orang telah klik kepada blog ini dengan purata kunjungan harian sebanyak 1,500 - 2,500 setiap hari. Mereka kebanyakannya adalah dari Malaysia iaitu seramai 2.03 juta orang (Ini kerana ia ditulis dalam Bahasa Malaysia) diikuti dengan Indonesia , USA, Singapura, Brunei, Argentina, German, India, Rusia dan Canada. Mereka terdiri daripada Pegawai Kerajaan, Swasta, Penyarah Universiti, Penyelidik, Pelajar Universiti (Paling Ramai Nak Copy untuk buat assignment), Peniaga, Usahawan Tani, Belia Tani, Petani, Orang Awam dan juga pelayar internet tegar. Trend ini agak berubah sedikit semenjak beberapa tahun dahulu. Terdapat seramai 760 orang follower sehingga artikel ini ditulis. Banyak komen-komen yang dihantar dimana ada yang dijawab dan sebahagian lagi tidak sempat atau tidak perlu dijawab. Saya mengalu-alukan sebarang komen yang diberikan anda semua. Blog ini juga telah banyak disalin dan link oleh bloggers yang ada url sendiri (Anda boleh google cari) dan ini sebenarnya akan mengembangkan lagi ilmu yang saya ada.  



'Ranking blog' ini juga telah meningkat kepada ke 674,580 dalam dunia (http://www.statscrop.com/dan ia adalah satu pencapaian yang agak baik. 

"Animhosnan.blogspot.com it is ranked #674,580 in the world, a low rank means that this website gets lots of visitors. This site has a good Pagernk(2/10), Its seo score is 61.8%. IP address is 173.194.66.132, and its server is hosted at Mountain View, United States. Last updated on Tue, 22 Oct 2013 03:58:01 GMT".


Saya InsyAllah, saya akan meneruskan penulisan mengenai teknologi pertanian selagi dikurniakan idea, kesihatan dan kelapangan untuk menulis. Semakin banyak saya menulis, semakin banyak idea yang saya dapat untuk dikongsi bersama. Saya ucapkan terimakasih kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan dan individu yang sentiasa membantu untuk menyediakan penulisan dalam blog ini. Semuga dikuriniakan Allah Taala keberkatan dalam menyebarkan ilmu kepada anda semua. InsyAllah!

ARTIKEL KE 2,000...TERBIT AKHIRNYA...
WAKTU SUBUH ... MENULIS LAZIMNYA...
BANYAK LAWATAN....MENDAPAT IDEA...
MENYEBARKAN ILMU... KEPADA ANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 206, Hotel Greenleaf,
Jalan Air Putih,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(1 Muharam 1435H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...