KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, October 8, 2013

PERSIDANGAN MANGGA 2013

PERSIDANGAN MANGGA KEBANGSAAN 2013 telah diadakan daripada 7 - 9 Oktober 2013 di TH Hotel and Convention Center, Alor Setar, Kedah. Persidangan yang julung kali dianjurkan oleh MADA dengan kerjasama MARDI, Jabatan Pertanian, FAMA dan Kerajaan Negeri Kedah ini telah dihadiri oleh seramai 180 peserta dari seluruh negara. Sebanyak 18 Kertas Pembentangan telah dibentangkan dalam persidangan kali ini dengan satu program lawatan ke Ladang Tobiar Gold, Pendang Kedah. Majlis perasmian telah dilaksanakan oleh Menteri Besar Kedah yang di sempurnakan oleh Dato Suraya, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Kedah. Dalam ucapannya beliau berharap program pembangunan mangga di Malaysia dan khususnya di Kedah akan berkembang selaras dengan pengeluaran hasil dan perlancongan pertanian. YB Exco juga menyarankan agar buah mangga dapat diperhebatkan produktivitinya dan ia akan diproses untuk pelbagai produk industri asas tani seperti halwa, mangga kering, jus, chutney, jeruk dan sebagainya. Artikel petang ini sambil mendengar pembentangan mengenai Dasar Agro Makanan Negara (DAN) saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai persidangan mangga yang mempunyai tema persidangan 'From Farm to Table' untuk bacaan dan makluman pembaca semua. 


Kertas Utama dibentangkan oleh TKSU Kementerian Pertanian mengenai Dasar Pertanian Negara dan diikuti dengan Kertas 1 bertajuk 'Status Masakini dan peranncangan masa depan industri mangga di Malaysia' yang disampaikan oleh Hj Mohd Anim Hosnan (Bahagian Hortikultur, Jabatan Pertanian Putrajaya). Kertas ini memberitahu bahawa keluasan penanaman mangga di Malaysia menurus sebanyak 25% daripada 2006 - 2010 iaitu 10,137 ha (2006) kepada hanya 7,649 hektar (2010). Kadar pengeluaran mangga dalam 5 tahun juga menurun sebanyak 11%. Kawasan utama untuk penanaman mangga di Malaysia adalah di Negeri Perak, Melaka, Kedah, Sabah dan Sarawak. Kadar produktiviti tanaman mangga di Malaysia cuma sekitar 2.62 mt/ha kerana banyak pokok mangga tidak diuruskan dengan baik dan tidak berbuah langsung. Beberapa projek penanaman mangga oleh Jabatan Pertanian melalui Projek TKPM (10 buah TKPM), Projek ACDA, Projek PAT dan Kluster Buah-buahan serta pembangunan tanaman mangga oleh kerajaan negeri. Pembentang menjelaskan 8 isu dan cabaran didalam industri penanaman mangga termasuk isu kurang varieti mangga superior, produktiviti hasil mangga yang rendah, kadar kelekatan bunga dan putik, faktur pengurusan tanaman, cuaca tidak menentu, rantaian nilai pasaran, kos pengeluaran yang tinggi dan sebagainya. Kertas 2 dibentangkan oleh Prof Dr Faridah darii UiTM berjudul "Penerimaan pengguna Jepun terhadap harumanis dari Malaysia". Beliau membincangkan satu kajian berkaitan dengan penerimaan mangga varieti MA128 (Harumanis) di Jepun yang mendapat harga pasaran baik apabila ia berkualiti melalui komestik luaran dan dalaman. Kertas ini juga mendedahkan penanaman mangga dalam rumah struktur yang mampu menghasilkan mangga premium untuk dijadikan kajian kes.


Kertas 3 bertajuk "Penyelidikkan mangga - varieti, fisiologi dan Amalan Kultura" oleh YM Tengku Malik iaitu Pengarah Hortikultur MARDI , Serdang yang menerangkan beberapa hasil kajian mengenai tanaman mangga. Kertas ini memberi maklumat mengenai beberapa inovasi dalam pengeluaran mangga secara komersial sehingga kepada peringat lepas tuai. Pengurusan tanaman mangga amat penting dilaksanakan kerana mangga adalah tanaman yang sangat sensitif dengan amalan agronomi. Kertas 4 dibentangkan oleh pembentang jemputan dari Balai Penelitian Tanaman Buah Tropika, Subang, Sumatera yang bertajuk "Peningkatan Produktivitas dan Kualitas mangga komersil melalui pemuliaan dan pengelolaan tanaman" yang berkisar beberapa hasil kajian pembiakbakaan varieti arimanis dengan beberapa varieti 'cebol' yang berkulit merah. Indonesia merupakan negara utama pengeluar mangga di rantau Asean dengan ia mendudukki tempat kedua selepas tanaman pisang. Teknik cantuman dewasa pokok mangga yang mempunyai hasil rendah atau tidak berbuah dijalankan dengan varieti baru didapati amat berjaya di Indonesia. Apa pun kata penceramah Dr Somerogono pengurusan oleh kelompok petani yang dibimbing oleh pegawai pengembangan amat signifikan didalam pengurusan pengeluaran buah mangga.  Kertas 5 pula bertajuk "Potensi spesis Mangifer selain mangga untuk dikomersilkan" oleh Dr Salma Idris iaitu Fellow MARDI. Seterusnya kertas 6 pula merupakan satu kertas yang bertajuk "Pengurusan mangga secara terancang" oleh Dr Omran Hashim iaitu Pengarah MARDI Negeri Sembilan. Kertas ini membentangkan perancangan dan amalan agronomi yang perlu dijalankan untuk mempastikan penghasilan bunga, putik dan buah selaras dengan aktiviti amalan agronomi. Kertas 7 pula bertajuk "Pengeluaran mangga harumanis melalui sistem pertanian terkawal" oleh Prof Madya Dr Mohamad Nor Jaffar iaitu daripada Universiti Pertanian Perlis. Kertas ini telah pun memberikan laporan awal penggunaan struktur pelindung hujan terhadap tanaman mangga harumanis di Perlis. Struktur ini yang bernilai RM1 juta satu unit ini mampu menghasilkan bunga dan buah mangga sepanjang tahun kerana semua faktur pengeluarannya adalah terkawal tetapi harga mangga harumanis perlu mahal atau pada harga premium untuk mempastikan dayamajunya. 


Pada hari kedua sebanyak 10 kertas lagi dibentangkan dengan kertas 8 bertajuk "Pemuliharaan serangga bermenafaat dalam ekosistem mangga" oleh Dr Hj Mohd Norowi daripada MARDI. Penggunaan beberapa agen pendebunga untuk proses pendebungaan tanaman mangga didapati meningkatkan keupayaan ekosistem mangga. Antara teknologi adalah meletakkan ikan busuk untuk lalat atau langau datang dan mendebungakan dan juga terkini penggunaan kelulut atau lebah madu. Kertas 11 pula bertajuk "Pembangunan protokol rawatan kuarantin bagi mangga untuk pasaran antarabangsa" daripada Jabatan Pertanian. Kertas 12 juga dibentangkan oleh MARDI bertajuk "Pengendalian lepastuai mangga" dan diikuti dengan Kertas 13 bertajuk "Produk makanan berasaskan mangga" oleh MARDI. Kertas 14 merupakan kertas dari FAMA yang bertajuk "Potensi mangga di Malaysia"  Sessi 5 pula membentangkan 4 kertas didahului dengan Kertas 15 bertajuk " Inisiatif strategik kerajaan dalam mengembangkan industri mangga di Malaysia" oleh MARDI.


Seterusnya kertas 16 disediakan dan dibentangkan oleh Lim Boon Hean iaitu Setiausaha Persatuan Buah-buahan selangor bertajuk " Masa depan industri mangga di Malaysia - perspektif persatuan". Kertaskerja ke 17 pula bertajuk "Peranan dan perancangan rantaian nilai tanaman mangga di kawasan MADA' oleh MADA. Akhir sekali adalah satu kertas bertajuk "Peranan Kementerian Pelancongan dalam memajukan program agro-pelancongan berasaskan tanaman buah-buahan mangga" oleh Encik Anuar Abd Razak iaitu daripada kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Semasa lawatan keladang Mempelam MOA di Tobiar, Pendang peserta persidangan didedahkan dengan ladang mangga Chokanan yang mempunyai rantaian nilaian industri tanaman mangga daripada pengurusan ladang, agronomi tanaman dan aktiviti hiliran yang sesuai. Antara aktiviti demonstrasi yang ditunjukkan seperti kaedah cantuman, penggunaan kelulut sebagai agen pendebungaan, memproses puree mangga dan juga aktiviti pameran mangga. Peserta juga berpeluang melihat keseluruhan ladang tersebut melalui menara tinjauan. Wasallam!


BENTANG PAPER ...PERSIDANGAN MANGGA...  
MANGGA COKANAN... HARUMANIS PUN ADA...
RAMAI HADIR... DIANJURKAN OLEH MADA...
LAWATAN LADANG... DIPENDANG PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TH Hotel and Convention Center,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
(7-9 Oktober 2013)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...