KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, October 12, 2013

PEROSAK MANGGA - KUTU THRIPS

KUTU THIRIPS (Selenothrips rubrocinctus atau Haplothrips pictipes) merupakan sejenis perosak mangga yang amat perlukan perhatian petani di Malaysia. serangga yang amat kecil ini merupakan serangga dari Order Thysanoptera dan keluarga Thripidae yang amat kecil dan mampu merosakan banyak jenis tanaman termasuk tanaman mangga. Kutu Thrips merupakan serangga kecil yang merupakan sejenis perosak yang penting dalam industri tanaman dan ternakan. Ramai diantara kita mungkin tiak pernah nampak thirps ini kerana saiznya yang sangat halus sekitar 1 mm (milimeter) dan ianya merupakan serangga yang tidak boleh terbang. Laporan daripada beberapa sumber rujukkan mendapati serangga Thrips ini mempunyai lebih 5,000 spesis yang menyedut cairan dalam tumbuhan atau haiwan dengan menyucuk (puncturing) dan seterusnya merosakan sel tisu dan akan berlaku serangan oleh patogen lain seperti kulat dan sebagainya. Bagaimana pun terdapat sedikit spesis thrips yang berfaedah kerana ianya makan serangga perosak tanaman yang lain seperti kutu daun, kumbang dan sebagainya. Serangga ini bergerak perlahan dan ianya boleh diterbangkan oleh tiupan angin daripada satu pokok kepokok yang lain jika cuaca dang angin sesuai. Artikel subuh ini dalam kedinginan pagi, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai perosak mangga yang sering kita jumpa iaitu kutu thrips untuk dijadkan rujukkan.


Thrips dewasa merupakan serangga kecil berukuran 0.5 - 14 milimeters tetapi kebanyakan spesis berukuran sekitar 1 milimeter sahaja. Bentuk badannya seperti serangga lain yang mempunyai bahagian kepala, thorax dan abdomen dengan mempunyai 3 pasang kaki untuk bergerak dan kadang-kadang ada spesis yang mempunyai kepak. Serangga ini jenis adalah jenisHemimetabolic. Dibahagian kepala mempunyai alatan struktur mandible atau penyucuk (narrow stylet) yang mampu menembusi tisu tumbuhan atau pun tidu haiwan untuk menyedut cairan sebagai makanannya (Sila baca artikel kutu thrips dalam tulisan saya sebelum ini - Sila klik disini). Thrips mempunyai kitaran hidup sekitar 12 - 20 hari dalam dimana ia membiak dengan cepat ketikaka cuaca panas dan kurang hujan di negara kita (musim panas). Kajian menunjukkan pembiakan thrips sangat aktif jika kadar taburan hujan kurang dari 100 mm sebulan. Serangan kutu thrips dengan mengikis permukaan daun muda, bunga dan juga bahagian putik buah. Daun pucuk muda yang diserang akan cedera dan berkerekot seakan berbintik kehitaman (Lihat foto sebelah). Serangan yang teruk akan menyebabkan pertumbuhan daun baru pokok mangga terjejas dan ini akan menyebabkan gangguan proses fotosintesis. 


Serangan pada bunga mangga akan menyebabkan bunga mangga gugur dan menyebabkan proses pembentukan putik akan berkurangan. Bunga yang diserang akan menjadi kehitaman dan ugur diatas tanah. Serangan pada putik buah juga akan menyebabkan putik buah terdapat tanda seperti parut berwarna coklat kkehitaman dan akhirnya akan gugur dan kelihatan seperti terbakar (Lihat foto sebelah). Serangan kutu thrips juga menyebabkan buah yang akan terhasil kelak akan kelihatan hodoh dimana ada tanda-tanda parut pada kulit buah. Kesan kecederaan ini akan menyebabkan jangkitan sekunder daripada kulat (Elsinoe mangiferae) yang akan menyebabkan kulit buah mangga kehitaman dan kurang menarik. Buah ini sesuai untuk dijadikan bahan diproses atau dijuakl dalam gred rendah walau pun isinya masih elok dan boleh dimakan (Lihat foto dibawah). Buah mangga ini bagaimana pun masih boleh dijual dipasaran domestik tetapi tidak sesuai untuk diekspot. 


Kawalan serangan kutu thrips pada pokok mangga perlu dijalankan secara membuat jadual pemantauan kehadiran kutu thrips terutama semasa musim kering. Pemeriksaan kebun pada musim berbunga dan ketika pengeluaran banyak daun pucuk muda juga perlu dibuat sekerap mungkin. Cara untuk mengira populasi thrips dengan mengetuk bahagian daun muda dan tadah dengan kertas dibawahnya. Jika sebanyak 5 ekor atau lebih kutu thrips jatuh keatas kertas maknanya kawalan perlu dijalankan. Bilangan thrips 5 ekor keatas atau lebih pada jambak bunga yang dilihat juga perlu dibuat kawalan. Sembur dengan racun kimia mengandungi bahan aktif seperti imidachlorpid, deltamethrin dan mancozeb (Racun kulat). Pastikan tidak menyembur untuk kawalan apabila putik buah beukuran sebesar guli atau apabila semua daun mangga diperingkat daun matang. Kaedah kawalan lain adalah dengan memelihara kerengga (Sila baca artikel yang berkaitan - Sila klik disini). Semuga artikel ini akan dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada pembaca blog "Anim Agro Technology" dan boleh dijadikan rujukkan. Wasallam!.


Bunga mangga telah  diserang thrips.
NAMA THRIPS... SAIZ KECIL SAHAJA...
MENGHISAP CAIRAN...ROSAK TANDA...
CUACA PANAS... BANYAK JUMLAHNYA...
PERLU DIKAWAL... PADA POKOK MANGGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Mangga Tobiar,
Pendang, Kedah,
Malaysia.
(2 Zulhijjah 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...