KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, October 17, 2013

MANGGA - SERANGAN LALAT BUAH

LALAT BUAH (Bactocera spp) merupakan sejenis serangga yang sering menyerang tanaman mangga di Malaysia. Terdapat beberapa spesis lalat buah yang dikenalpasti menyerang pokokk mangga iaitu Bactocera papayae, B. carambolae, B. umbrosus dan B. cucurbitae. Serangga seperti lalat ini adalah daripada keluarga Tephritidae dalam order Diptera. Mangga adalah jenis buah-buahan bermusim yang saya tahu sesuai ditanam di kawasan tropika atau sub-tropika. Keluasan tanaman mangga di Malaysia pada tahun 2011 yang saya rujuk kepada buku statistik Jabatan Pertanian adalah 9,786 hektar dengan pengeluaran hasil mangga sebanyak 25,558 metrik tan. Mangga adalah jenis tumbuhan yang perlukan sdikit 'stress' atau cuaca panas kering untuk ianyanya mengeluarkan bunga bagi sesetengah varieti tertentu seperti varieti Harumanis. Pengalaman yang saya ada mendapati beberapa jenis varieti yag popular di Malaysia adalah seperti Chak Anan (MA 224), Harum Manis (MA 128), Golek (MA 162), Mas Muda (MA 204) dan Nam Dok Mai (MA 223). mengga varieti tradisional seperti Bacang, Kuini, Mempelam Pauh atau Mempelam Telor dan Sala juga banyak di tanam untuk tujuan khusus. Pada masa ini penanaman varieti Chok Anan merupakan paling banyak di minati petani kerana kapasiti pengeluaran hasil yang cepat dan potensi pengeluaran hasil yang tinggi sekitar 15 - 20 mt/ha. Pada petang ini saya akan menulis berkaitan serangan perosak oleh Lalat Buan terhadap tanaman mangga dalam 'Anim Agro Technology' untuk di bacadan dijadikan rujukkan.


Lalat Buah adalah serangga yang mana membiak dengan cepat disekeling kita terutama pada cuaca agak kering. Kitaran hidup lalat buah adalah sekitar 2-3 hari diperingkat telur, 8 - 10 hari diperingkat larva (Peringkat ini ia merosakan isi buah mangga- Lihat foto disebelah), peringkat kepompong sekitar 9 - 10 hari dan akhirnya peringkat dewasa sekitar 5 - 7 hari sahaja.  Purata kitaran hidup bagi lalat buah diantara 24 - 30 hari sahaja (dalam sebulan) dimana ianya akan membiak dengan cepat jika tidak dikawal. Lalat dewasa lazimnya akan memasukkan telurnya pada kulit buah-buahan tempatan termasuk buah mangga dan telur ini akan menetas semasa proses pemasakan buah dimana larvanya akan makan pulpa atau isi buah yang menyebabkan ia rosak.

Serangan lalat buah tertumpu kepada buah yang hampir matang. Lazimnya ia akan menyerang buah mangga yang hampir matang berumur aektar 8 - 10 minggu selepas berputik bergantung kepada varieti. Selepas lalat dewasa bertelur, ia akan menetas dalam 2-3 hari dimana larvanya akan makan isi buah yang manis dan lembut dengan membuat teowong dan meninggalkan tahi (frust) berwarna kehitaman dalam buah mangga (Lihat foto sebelah). Kerosakkan teruk menyebabkan keseluruhan isi buah menjadi kehitaman dan ia tidak boleh dimakan langsung. Jangkamasa serangan sekitar 8 - 10 hari dimana buah masak akan gugur jika tidak dipetik. Ini akan menyebabkan buah yang tidak dikutip diatas tanah sebagai lokasi pembiakan (breeding ground) yang sesuai untuk lalat buah. Walau pun ketika kita memetik atau membeli buah mangga kelihatan cantik kulitnya, tetapi apabila membelahnya untuk dimakan kita amat kecewa apabila buah tersebut rosak kerana serangan lalat buah. 


Kawalan untuk serangga perosak lalat buah perlu dilakukan secara berjadual dan berterusan. Ini kerana lalat buah mempynyai banyak perumah (alternate host) yang banyak. Paling asas adalah dengan menjalankan pemantauan kehadiran lalat buah dalam kawasan kebun dengan memasang perangkap lalat buah menggunakan alat perangkap khas (Sila lihat foto sebelah). Bahan kimia Methyl eugenol boleh digunakan dengan meletakannya pada kapas dan ia akan menarik lalat buah jantan kedalamnya. Lazimnya dalam botol tersebut akan dibubuh racun kimia bagi membunuh lalat buah. Sebaiknya perangkap lalat buah diletakkan dibahagian tepi kebun dan perlu diperiksa selalu untuk menggantikan kapas yang mengandungi bahan kimia sekitar sebulan sekali. Umpan protin juga boleh digunakan untuk kawalan lalat buah. Amalan agronomi yang boleh dijalankan untuk kawalan lalat buah dikebun mangga adalah dengan membalut buah mangga yang berumur 8 minggu mengunakan kertas pembalut. Ini akan menghalang lalat buah untuk bertelur pada buah mangga dan mendapatkan warna buah yang menarik.  Pastikan kawasan kebun sentiasa bersih dengan membuat sanitasi daripada rumpai, buang buah-buah mangga yang gugur dan pastikan kebersihan ladang secara menyyeluruh. Kajian juga menunjukkan penggunaan sejenis kulat Metarhizium juga mampu mengawal populasi lalat buah. Semuga anda semua mendapat info berguna dari "Anim Agro Technology' kali ini. Wasallam.!


Buah mangga yang sihat dari serangan lalat buah.
LALAT BUAH... TERBANG LAJUNYA...
IA BERTELUR... LARVA MAKAN ISINYA...
IA DIKAWAL... PERANGKAP CARANYA...
BUAH ROSAK ... KUTIP MUSNAHKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Mangga Kg Tobiar,
Pendang, Kedah,
Malaysia.
(2 Zulhijah 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...