Support My Blog

Monday, October 21, 2013

MALAYSIA - BUAH POPULAR

MALAYSIA adalah sebuah negara dimana terdapat banyak industri tanaman buah-buahan yang di majukan untuk pasaran domestik dan ekspot. Terdapat seluas lebih dari 270,000 hektar tanaman buah-buahan yang diusahakan pada tahun 2012 dengan anggaran kuantiti pengeluaran sebanyak 1.742 juta metrik tan. Tanaman Durian (Durio zibethinus) merupakan paling luas diusahakan iaitu 100,615 hektar diikuti Pisang (Musa spp) merupakan jenis buah yang kedua luas diusahakan di Malaysia dengan keluasan 28,640 hektar dan pengeluaran sebanyak 283,220 mterik tan. Rekod Jabatan Pertanian juga menunjukkan tanaman Rambutan (Nephelium lappaceum) tempat ketiga dengan ditanam seluas 24,470 hektar dengan pengeluaran sebanyak 79,540 metrik tan pada tahun 2012. Tempat keempat ialah Buah Nenas (Ananas comosus) dengan keluasan 16,210 hektar dan pengeluaran sebanyak 400,070 metrik tan. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 3 daripada 23 jenis buah-buahan tropika yang popuar di Malaysia iaitu Jambu Air, Jambu Batu dan Longan. Ini diikuti dengan satu laporan akhbar mengenai status ekspot buah-buahan dari negara kita dan potensinya.


1.  JAMBU AIR
Jambu Air (Euginia aqueamerupakan buah yang ditanam untuk pasaran segar dimana terdapat beberapa varieti atau klon popular iaitu Klon E3 (Jambu Air Madu Merah - Foto diatas) dan Klon E2 (Jambu Air Madu Hijau). Keluasan tanaman jambu air di Malaysia belum ada catitan rasmi tetapi anggaran penulis lingkungan 60-70 hektar. Kawasan yang ada menanam jambu air seperti di Johor, Perak, Selangor dan Pahang. Di Johor terdapat jambu air berwarna hijau yang di dakwa sebagai 'Jambu Air Johor' yang banyak di tanam di Daerah Muar dan Daerah Kluang. Anda jangan keliru dengan membeli jambu air merah di R&R Tapah kerana sebahagian besar jambu air tersebut adalah diimpot darii negara jiran. Seorang penanam jambu air yang telah beberapa kali memenangi hadiah didalam Pertandingan Hasil-hasil Pertanian MAHA International, En Liew berjaya mendaftarkan varieti jambu beliau. Sila baca maklumat mengenai jambu air beliau pada artikel yang saya tulis lama dulu (Klik disini). Beliau menanam jambu air jenis baru dikebunnya di Asahan, Melaka dengan jayanya. 

* Artikel : Jambu Air Merah ( KLIK DISINI)

* Artikel : JAMBU AIR JOHOR (KLIK DISINI)
* Artikel : Cashflow Buah-buahan (KLIK DISINI)


2.  JAMBU BATU
Jambu Batu (Psidium guava) atau 'GUAVA' merupakan jenis buah-buahan segar untuk pasaran segar dan juga di proses. Bagi Varieti atau Klon Jambu batu Tanpa Biji,  hanya sedikit yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian untuk ditanam iaitu Varieti GU15 walau terdapat beberapa klon lain di jual di nurseri. Bagi Varieti atau Klon Jambu batu Berbiji, varieti yang disyorkan dan popular ditanam ialah Varieti GU8, Varieti GU9 dan Varieti GU 10. Varieti Jambu Batu Lohan (GU16) atau Jambu Batu Giant merupakan varieti jambu batu baru yang paling banyak permintaan oleh petani untuk menanamnya kerana didapati memberikan kualiti hasil yang banyak dan buah yang gred premium (Sila baca artikel tersebut - Klik disini). Terdapat seluas 1,440 hektar tanaman jambu batu di Malaysia dengan penghasilan sebanyak 18,880 mt pada tahun 2012 (Laporan Statistik Tanaman jabatan Pertanian 2012). Kawasan pengeluaran utama jambu batu di Malaysia adalah di Daerah Muar Johor (213 ha) , Daerah Batang Padang Perak (185 ha) dan Daerah Segamat Johor (68 ha). Pengusaha tanaman tebu perlu berhati-hati dengan masaalah serangan nematod dan lalat buah.


* Artikel : JAMBU AIR GIANT (Klik disini)
* Artikel : Cashflow Jambu Batu (Klik disini)


3.  LONGAN
Tanaman buah Longan (Dimocarpus longan) di negara kita merupakan satu jenis buah yang baru diperkenalkan terutama di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Tanaman longan merupakan tanaman yang perlukan pengurusan khas dimana kesesuaian amalan agronomi perlu difahami oleh petani. Pada masa ada 4 jenis varieti yang telah di tanam di Malaysia iaitu Edaw, Chompoo, Biew Khiew dan Klon Diamond/ Belian dimana ia banyak berasal dari thailand atau China. Pemerhatian saya mendapati hanya 2 varieti yang disyorkan ialah Klon Edaw dan Klon Belian. Tanaman longan di Malaysia merupakan komoditi baru dan Malaysia merupakan negara pengimpot buah longan segar dan longan proses yang terbesar dari Thailand bernilai lebih 7,650 metrik tan dengan nilai lebih RM 12.4 juta pada tahun 2007. Seluas 60 - 80 hektar tanaman longan di tanam di Malaysia terutama di Johor, Melaka, Selangor, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan. Saya ada melawat projek tanaman Longan di ChiangMai dan Vietnam pada tahun 2009 dan 2010 dan boleh dibaca artikel berkaitan (Klik disini dan Klik disini).

* Artikel : Longan Technology in Thailand (Klik disini)

* Artikel : Longan in Malaysia (Klik disini)


Laporan Akhbar 1 :
Eksport buah-buahan tempatan RM500 juta setahun

BUKIT MERTAJAM 29 Jun - Nilai eksport buah-buahan tempatan ke pasaran luar negara mencecah purata RM500 juta setiap tahun dengan Singapura dan China menjadi pengimport utama.  Jumlah berkenaan dijangka meningkat apabila beberapa negara seperti Korea Selatan dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menjadi negara terbaharu yang turut menunjukkan minat untuk membawa masuk buah-buahan tempatan antaranya durian, manggis dan mangga. Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak berkata, pasaran di China bukan sahaja meliputi buah-buahan segar, malah durian sejuk beku serta produk berasaskan durian. Beliau berkata, di China sahaja pasaran durian kini mencecah 250,000 tan metrik setahun dengan nilai jualan mencecah RM43 juta pada tahun lalu dan pada tiga bulan pertama tahun ini, pasarannya mencecah RM27.3 juta.

“Kita berjaya menembusi pasaran China untuk membawa masuk buah-buahan tempatan seperti durian, manggis, cempedak dan mangga selain produk berasaskan durian. “Pada tahun ini, FAMA meneroka pasaran baharu di Korea Selatan dan UAE yang menunjukkan minat untuk mendapatkan buah-buahan segar dari Malaysia," katanya selepas merasmikan Karnival Amal dan Keusahawan-Festival Makanan dan Buah-Buahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, di sini malam tadi. Yang turut hadir, Pengarah FAMA Wilayah Utara, Mohd. Radzi Muhammad Hanafian dan Pengarah FAMA negeri, Habibah Sulaiman. Selain jualan, karnival empat hari yang berakhir esok anjuran Jabatan Pengurusan Perniagaan dan UiTM itu turut memberi peluang kepada pengunjung menikmati durian sepuas hati dengan bayaran RM15 seorang.

Menurut Ahmad, bagi mencapai hasrat itu, pengeluaran buah-buahan bermusim di negara ini juga ditingkatkan sehingga 100,000 tan metrik pada tahun ini. Selain itu, jelasnya, pengeluaran buah-buahan segar adalah bagi menggalakkan lagi penduduk Malaysia untuk makan buah-buahan yang memiliki banyak khasiat dan serat. “Setakat ini kadar pengambilan buah-buahan di kalangan rakyat Malaysia hanya 63 kilogram setahun dan ia tidak memberangsangkan berbanding Jepun, China dan negara Eropah. “Sasaran kita ialah 100 kilogram setahun kerana di sebalik untuk pasaran luar pastinya pengeluaran buah-buahan tempatan adalah untuk kegunaan rakyat kita sendiri," katanya.

Amalkan banyak makan buah-buahan.
BUAH TEMPATAN...MUDAH BELINYA...
JAMBU AIR...MERAH WARNANYA...
JAMBU BATU LOHAN... SEDAPNYA...
LONGAN PULA...DITTANAM DI MANA...

By,

M Anem
Senior Agronomist
Stesyrn Pertanian Serdang,
Serdang, Selangor,
Malaysia
(23 Zulkaedah 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...