KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, April 5, 2013

TIKUS SAWAH - Part 1

TIKUS SAWAH (Rattus argentiventer) merupakan sejenis tikus yang hidup dikawasan sawah padi dari keluarga Muridae. Tikus sawah dikategorikan sebagai salah satu musuh mamalia utama yang amat digeruni oleh pesawah kerana ia mampu memusnahkan pokok padi dan merugikan petani jika diserang dengan teruk. Kempen kesedaran untuk kawalan tikus secara bersepadu dikalangan pesawah sering di adakan oleh pihak komuniti pesawah dengan kerjasama Jabatan Kerajaan untuk membasmi tikus dari menyerang tanaman padi. Daripada beberapa buku rujukkan yang saya baca, tikus sawah ini sebenarnya mempunyai beberapa spesis mengikut lokaliti dan habitat persekitaran. Tikus sawah jenis Rattus argentiventer argentiventer terdapat di Malaysia, Thailand dan Sumatra sementara 3 jenis lain dinamakan mengikut lokasi. Kadar pembiakan tikus sawah yang cepat sehingga mampu mencecah 500 ekor setahun mengakibatkan populasinya cepat  jadi banyak dan boleh merosakan pokok padi dalam masa singkat. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tikus sawah yang memang kita kenal sebagai salah satu musuh utama pesawah.


Tikus sawah adalah sejenis haiwan noktural dan mamalia dari order Rodentia yang mempunyai tulang belakang. Tikus mempunyai sepasang mata, empat pasang kaki dan barisan gigi yang sangat tajam. Bulunya mempu mengawal suhu badan dengan warna bulu coklat gelap atau coklar kekuningan dan selalunya dibahagian bawah lazimnya berwarna keputihan. Tikus sawah betina mempunyai 12 puting susu (6 pasang) dengan kapasiti pembiakan anak yang banyak dan cepat membesar. Deria penglihatan tikus melalui sepasang mata mampu melihat dalam intensiti cahaya sedikit (bergerak aktif pada malam hari) serta deria bau yang amat sensitif melalui hidungnya. Apa yang saya baca dari buku menyatakan, deria sensor rasa sentuhan dan bau ini membolehkan tikus sawah mampu mengenal kelompok tikus lain. Sesungutnya juga berupaya mengesan sebarang makanan, umpan racun (pahit, tidak enak dan berbau atau membahayakan) serta mempunyai daya ingatan yang kuat. Bentuk badan yang ringan dengan kaki yang kuat serta deria yang sensitif membolehkan tikus mengerat, memanjat, menggali, berenang, berlari, melompat malahan mampu menyelam dalam air. 


Kerosakan oleh tikus sawah bermula daripada peringkat awal penanaman padi sehingga menuai dan juga peringkat penyimpanan padi dalam setor atau gudang. Berdasarkan kepada pemerhatian, serangan oleh tikus lazimnya bermula daripada bahagian tengah sawah dan merebak ketepi sawah. Paling sakit hati ialah serangan tikus ini meninggalkan hanya 1-2 baris pokok padi dibahagian tepi sawah. Tikus sawah memang membiak dengan cepat terutama dimasa padi hendak masak diman tikus tahu akan ada makanan dengan banyak. Populasi meningkat dengan pantas dimana tikus sawah betina mampu beranak sebanyak 3 kali dalam satu musim penanaman padi dimana lazimnya sebanyak 10 ekor sekali beranak. Tikus betina matang organ seksual 1 bulan sahaja berbanding dengan tikus jantan 2-3 bulan. Jangkamasa bunting cuma 21 hari sahaja dan mampu mengawan semula 24-48 jam selepas beranak (Wow! amat cepatnya). Ini bermakna seekor tikus betika mampu beranak dimana anaknya juga akan membiak sehingga kadar kelahiran sebanyak 80 ekor dalam satu musim. Ini yang memeningkan kita semua dimana kejadian alam semulajadi ini ujud untuk mengimbangkan punca bekalan makanan kepada manusia. Bersambung...

TIKUS SAWAH ... CEPAT MEMBIAKNYA...
BERGERAK PANTAS...SUKAR KAWALNYA...
MAKAN POKOK PADI...HABIS DIBUATNYA...
PERLU DIKAWAL.. PELBAGAI CARANYA...

By,
M Anem
Sawah Sempadan
Selangor,
Malaysia
(30 RabiulAkhir 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...