Menurut pemandu pelancong kami iaitu Bapak Trisno, dia menyatakan yang Borobudur adalah tempat pemujaan. Borobudur dibina oleh raja-raja dimana Candi raksasa ini hanya siap 50 tahun kemudian ketika seorang puterinya iaitu Ratu Pramaodhawardhani memerintah. Kuil Borobudur dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter tinggi. Borobudur yang dibina merupakan sebagai satu tempat pemujaan penganut agama Buddha kerana ketika itu dimana seluruh pulau mistik di Pulau Jawa didiami oleh penganut Buddha. Kata Trisno lagi, setiap tahun akan diadakan sambutan Hari Wesak dimana ia akan disambut di Borobodur pada bulan Mei. Candi ini pernah hilang tertimbus tanah selepas letusan gunung berapi tetapi telah dijumpai dengan penggalian semula dizaman penjajah Belanda. Pembinaan semula kuil Borobudur menyebabkannya semakin terkenal di kalangan penganut Buddha dari seluruh dunia. Hari Wesak adalah untuk memperingati hari kelahiran atau nafas penghabisan dan masa apabila Boddhisatva menjadi Buddha. Borobudur tidak ada tempat pemujaan sebagaimana kuil-kuil Buddha di negara India atau di Negara China. Pengaruh agama Buddha dan Hindu merosot dengan ketibaan agama baru iaitu agama Islam dimana sehingga kini hanya terdapat 2 juta saja penganut Hindu Buddha di Indonesia dengan tumpuan di Pulau Bali (Saya lawat tahun 2008). Selepas Islam, pengaruh Kristian turut berkembang luas di Indonesia selama 350 tahun dengan jumlah penganut seramai lebih 5 juta orang. Kawasan ini terpilih sebagai tempat pembinaan kuil kerana masa itu jumlah penduduknya ramai dengan aktiviti pertanian seperti padi sawah dapat dijalankan kerana tanah dari lava gunung berapi sangat subur.
Trisno memulakan langkah dengan membawa kami mengenali tumbuh-tumbuan disepanjang jalan ke Candi Borobodur. Dia kemudian mencangkung dan mengambil secubit tanah putih iaitu bekas lava letusan gunung berapi yang katanya merupakan baja asli (Lihat foto sebelah). Candi Borobodur dikelilingi oleh dua buah Gunung Berapi yang aktif iaitu Gunong Sundoro-Sumbing dan Gunung Merapi. Tanah putih diatas rumput tersebut katanya adalah hasil dari letusan gunung Merapi pada tahun 2010 lalu dan menyebabkan candi terpaksa dibersihkan. Pengetahuan Trisno memang bagus dimana beliau memperkenalkan pokok bunga Kenanga, Bunga Kertas dan beberapa jenis bunga lagi. Saya diam melihat dia memperkenalkan tumbuhan tersebut pada anak-anak walau pun sangat kenal akan tumbuhan tersebut kerana saya memang 'orang pertanian'.
Seterusnya Trisno menuju sepada beberapa pohon lagi iaitu Pokok Daun Budda - saya rujuk nama saintifiknya adalah (Ficus religiosa) yang merupakan pokok parasit pada pokok Rambutan (Nephellium lappaceum). Mulanya saya ingat Trisno hendak cerita pasal rambutan, tetapi dia tujukkan bentuk daun yang seakan loceng terbalek pada pokok tersebut. Tumbuhan ini adalah dari keluarga Moraceae iaitu sama spesis seperti pokok Fig. Nama lain pokok ini seperti 'Pokok Bo', 'Pokok Sinhala Bo' dan juga 'Pokok Peepal'. Bentuk daun adalah bentuk 'Cordate' dengan ukuran 10-17 cm panjang dan 8-12 cm lebar berwarna hijau pucat. Saya diberitahu yang pokok ini merupakan pokok suci pada Budda untuk tujuan meditasi.
Dijalan sama kami ditunjukkan dengan beberapa jenis tumbuhan tropika. Trisno membuat pertanyaan kepada anak saya pada sepohon pokok masih kecil ditepi jalan. Katanya pokok ubat ini susah dijumpai di Malaysia. Saya dari jauh memang sudah kenal akan pokok tersebut iaitu Pokok Buah Pala (Myristica fragrans) yang banyak ditanam di Balik Pulau , Pulau Pinang dan beberapa Stesyen Pertanian (Sila baca artikel saya - Klik disini). Pokok ini katanya berkhasiat daripada bahagian daun, kulit , buah dan bijinya. Pokok Buah pala mampu tumbuh sehingga 8-12 meter tinggi dimana mempunyai batang utama dan banyak dahan. berwarna kelabu gelap Daunnya berbentuk epilistik langsing atau 'ovate-alternate' berwarna hijau berukuran 5 cm lebar dan 10 cm panjang. Pokok pala mempunyai 'Pokok Jantan' dan 'Pokok Betina' selpas 4-6 bulan kita dapat tahu diladang. Pokok Jantan menghasilkan debunga untuk pokok betina jadi pastikan pokok jandan tidak di tebang semua dan kadar disyorkan setiap 1 pokok jantan ada 8 pokok betina. Pokok yang 'hemaprodite' kadang-kadang ujud tetapi sangat jarang dijumpai dikebun. Bunga pala keluar dari hujung dahan berwarna kekuningan dengan tangkai hijau yang pendek. Bunga betina berukuran 1 cm lebih panjang dari bunga jantan dengan berbentuk loceng dan tiada kelopak. Kedua-dua bunga mengeluarkan nektar atau manisan utnuk di sedut oleh serangga yang akan mendebungakan secara bersilang atau 'cross pollinatian'. Buah pala berbentuk lonjong seperti buah lemon dan berwarna kuning, ada isi dan mempunyai aroma khas. Bila masak sepenuhnya maka bahagian kulit dan daging akan membuka dan biji akan terlihat terbungkus dan berwarna merah. Satu buah biasanya menghasilan satu biji pala yang berwarna coklat.
Pada pangkal pokok Kayu Jati (Tectona grandis), Trisno menyetakan bertapa pokok kayu jati sangat berharga kerana kualiti kayu keras. Pokok jati dalam bahasa Inggeris adalah 'Teak' iaitu ia banyak ditanam disepanjang lebuhraya PLUS dikiri dan kanan jalan. Pokok ini tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 30 - 50 meter dan mampu tumbuh hingga beratus tahun. Apa yang bapak Trisno cerita bukan pasal kehebatan kayu pokok jati tetapi keajaiban daun pucuk muda pokok jati. Trisno ambil pucuk yang keluar dari pangkal pokok dan di lumatkan dengan tangan (Lihat foto sebelah) dan keluar warna merah garang ditangannya. Pewarna ini amat sesuai untuk dijadikan gincu bibir semulajadi. Saya cuba juga uji ketahanan pewarna... memang selepas 3 jam tidak hilang ditangan. Lawatan selama 3 jam di kompleks Borobodur memang puas hati dengan penerangan oleh Trisno. Kemudian dijalan hala keluar... nampak pokok Maja...yang pahit....saya telah pun tulis pokok Majapahit ini. InsyAllah! Sila Klik disini.
Buah Maja yang Pahit...Macam Limau Bali. |
BATU DISUSUN ... SERIBU CERITA...
DINDING DIUKIR...AGAMA BUDDA...
DAPAT MELIHAT... HATI GEMBIRA...
By,
M Anem
Aras 5, Chandi Borobodur,
Kabupaten Magelang,
Jawa Tengah,
Indonesia.
(16 March 2013)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.