KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, April 17, 2013

BUKU TEKNIKAL (Part 2)


MEMBACA BUKU TEKNIKAL berkaitan teknologi pertanian memang menyeronokkan. Lagi banyak kita membaca dan mencari ilmu, lebih banyak maklumat berguna mengenai teknologi pertanian yang  kita akan dapat. Buku-buku ini kebanyakannya di tulis didalam bahasa Inggeris oleh pakar-pakar pertanian dan saintis yang berpengalaman dan tinggi kelulusannya. Seorang rakan saya iaitu seorang Pegawai Pertanian dalam Bidang Teknikal, ada membaca buku-buku ilmiah semenjak lebih 25 tahun dulu dimana beliau amat cepat didalam membaca dan memahami isi kandungan buku yang dibaca. Kini, selain daripada membaca buku yang meletihkan, kita mudah mendapatkan ilmu daripada 'SIFU' segala gedung maklumat iaitu Lamanweb di internet. Kelebihan sistem internet ini amat canggih sekali masa kini kerana ianya amat mudah dicapai, murah, mudah, pantas disokong dengan gambar dan grafik sekali. Lebih menarik kerana kita boleh tengok dokumentasi bersama suara dan aksi yang hampir menyerupai keadaan sebenar. Bagaimana pun dengan membaca buku kita mempunyai kelainan tersendiri. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa buah buku yang sedang saya baca untuk dijadikan bahan penulisan dalam blog saya. Lagi banyak kita membaca buku, lagi seronok kita menimba ilmu.



Buku berjudul "Tomatoes" karangan E. Heuvelink ini dibeli dengan harga agak mahal dan mengandungi banyak maklumat mengenai teknologi tanaman tomato. Buku ini terbitan CABI Publishing UK dan dicetak kali kedua pada 2011 mengandungi 118 mukasurat dan sebanyak 10 chapter. Ia dimulakan dengan bab 1 iaitu mengenai industri tanaman tomato, Bab 2: Genetics and Breeding, Bab 3: Development process sehingga Bab 10: Post Harvest Technology and handlings. Walau pun tanaman tomato banyak ditanam dinegara beriklim temperate, pada masa ini tanman tomato banyak juga ditanam dikawasan tanah tinggi  dinegara tropika. Banyak amalan agronomi termasukkaedah penanaman, pembajaan, kawalan musuh dan penyakit yang diperincikan didalam buku ini. Teknologi penanaman tomato didalam Greenhouse merupakan teknologi yang paling banyak diamalkan di negara pengeluar utama tomato dunia.



Buku berjudul "DURIAN - King of tropical fruits' ini diterbitkan oleh dan disusun oleh dua orang pengarang terkenal daripada negara Thailand iaitu Prof. Suranant Subhadrabandu dan Soichol Ketsa mengandungi banyak maklumat mengenai tanaman durian (Rujuk buku diatas). Saya mengambil masa selama hampir 4 minggu untuk menghabiskan semua tajuk-tajuk yang terdapat didalam buku ini. Banyak perkara baru dan menarik didalam buku ini yang saya tulis dan oleh semula dalam penerbitan artikel saya mengenai durian. Saya berjaya menulis sebanyak lebih dari 40 artikel mengenai tanaman durian dimana sebahagian kecil maklumat saya rujuk kepada buku ini. Penulis juga merupakan seorang yang pakar dalam bidang tanaman durian di Thailand dimana banyak artikel beliau merujuk kepada industri tanaman durian di Thailand. Pada masa ini Thailand merupakan pengekspot durian segar terbesar didunia dengan 3 varieti popular iaitu Varieti Chanee, Kan Yau dan Munthong. Kupasan dalam buku ini walau pun kurang mendalam seperti jangkaan saya bagaimana pun memberikan banyak cetusan idea dalam penulisan durian didalam "Anim Agro Technology". Terdapat beberapa artikel yang penulis ini merujuk kepada hasil kajian MARDI yang dibentangkandalam forum teknikal.   



Buku berjudul "PINEAPPLE - Botany, production and uses" ini dikarang oleh penulis terkenal dunia iaitu B.P. Bertholemore dan rakan-rakan (Lihat buku tersebut diatas). Buku ini mengandungi banyak maklumat mengenai tanaman nenas daripada botani mengenai pokok nenas sehingga penanaman dan kepada penggunaannya. Buku ini memang mahal harganya dan telah dicetak berulang kali dan menjadi bahan rujukkan utama kepada saintis, agen pengembangan, pelajar, pensyarah, penyelidik dan juga usahawan nenas. Banyak laporan mengenai temuan penyelidikkan yang dimasukkan dalam buku ini. Paling menarik dalam buku ini adalah mengenai teknologi pembiakan nenas dan bagaimana amalan agronomi industri tanaman nenas dijalankan dibanyak negara. Buah nenas merupakan antara jenis buah tropika yang luas ditanam untuk pasaran domestik serta ekspot dibanyak negara pengeluar. Jumlah keseluruhan pasaran nenas dunia pada tahun 2009 adalah berjumlah 7.76 juta metrik tan yang bernilai RM12.17 billion dimana sebanyak 51.2% atau sebanyak 5.2 juta metrik tan adalah dari jenis Nenas Segar. Bagaimana pun laporan statistik menunjukkan perdagangan nenas segar dunia telah menurun pada 2009 jika dibandingkan dengan tahun 2008 sebanyak 1% atau bernilai sebanyak RM12.296 juta. Costa Rica merupakan pengeluar nenas segar dunia terutama untuk pasaran Eropah dan Amerika Utara secara tradisinya. Ini disebabkan oleh beberapa faktur bencana alam seperti kejadian banjir, kemarau dan beberapa isu WTO mengenai Tariff Perdagangan daripada beberapa negara pengeluar utama nenas dunia.

BUKU TEKNIKAL... PERLU DIBACA...
JADI RUJUKKAN... IMLU BERGANDA...
PILIH YANG BAGUS...MESTI DIBUKA...
BANYAK ILMU...RAMAI ORANG SUKA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Putrajaya
Malaysia
(5 JamadilAkhir 1434H)



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...