Tumbuhan gooseberry adalah jenis renek yang tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 1.0 - 1.2 meter (Lihat foto sebelah). Terdapat banyak dahan dan kadang-kadang mempunyai duri. Bagaimana pun penanaman cara komersil ia disokong dengan sistem para untuk mendapatkan batang (vine) yang lebih panjang dan tahan lama. Penanaman dijalankan dengan menggunakan bahan keratan batang yang dipilih dari pokok induk yang berkualiti. Kawasan beriklim temperate sangat sesuai untuk tanaman ini seperti di Eropah terutama di Scotland Utara yang menghasilkan buah berkualiti tinggi. Kesesuaian dengan salji (frosts) adalah sederhana dimana jika terkena semasa bunga akan menyebabkan keguguran. Tanah jenis loam berpasir dengan pH 6.0 - 6.5 adalah sesuai dengan mempunyai sistem saliran yang baik.
Keratan batang yang mempunyai 2 atau 3 matatunas (nodes) amat sesuai untuk digunakan sebagai bahan tanaman walau pun ada kajian yang menggunakan bijibenih. Jarak penanaman adalah 2.5 - 3.0 meter antara baris dan 0.5 - 2.0 m antara pokok. Penanaman sering dijalankan semasa musim luruh (autumn) dan akan hidup subur dengan penjagaan yang baik. Bunga akan keluar 4 - 6 minggu tunas (bud burst) iaitu pada awal musim bunga (early spring). Cara pendebungaan adalah dengan sendiri (self pollination) walau pun ada juga berlaku proses pendebungaan bersilang. Cantasan perlu dijalankan untuk mendapatkan cabang pokok yang seimbang dengan membuang tunas sulur yang menegak keatas atau menjulur kebawah. Kawalan rumpai dijalankan dengan semburan racun kimia atau cara manual. Pembajaan dengan baja kimia dan baja organik diberikan mengikut kadar dan umur pokok.
Kaedah menuai dikawasan penanaman gooseberry komersil boleh menggunakan jentera dibeberapa negara maju (Lihat foto sebelah). Jentera khas ini akan mengutip hasil dari pokok mengikut barisan dan buah dikumpulkan melalui 'conveyor' kepada bekas. Hasil optima lazimnya pada musim penuaian ke 3 dan musim keempat. Anggaran hasil musim kedua sekitar 2 mt sehektar, musim ke 3 sebanyak 6 - 12 mt sehektar dan musim ke 4 sebanyak 7.5 - 15 mt sehektar. Beberapa laporan menunjukkan bahawa tanaman gooseberry mampu hidup selama 10 - 15 tahun jika dijaga dengan baik. Kita di Malaysia jarang dapat membeli buah gooseberry ini kerana bekalan yang agak berkurangan untuk sampai ke Malaysia.
BUAH GOOSEBERRY... LEMBUT TEKSTURNYA...
DIMAKAN SEGAR... MUNGKIN MANIS RASANYA...
DIBUAT JEM... PELBAGAI PRODUK LAINNYA...
MEMBACA ARTIKEL... TAMBAH LAGI ILMUNYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Putrajaya
Malaysia
(24 Rabiulawal 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.