KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, April 9, 2013

BUAH TIN (Part - 2)


BUAH TIN (Ficus carica) merupakan sejenis tumbuhan yang telah lama ditanam dari keluarga Moraceae. Buah ini juga dipanggil sebagai Buah Ara, Buah Figs (Inggeris), Figue (Perancis), At-Tin (Arab), Higo (Sepanyol), Figo (Portugis), Wu Hua Guo (China), Fico (Itali) dan Figu (Austria). Buah ini adalah natif daripada Asia Barat dan saya dapati ada ditanam di neraga jiran Indonesia tetapi tidak di negara kita Malaysia. Beberapa percubaan menanam buah tin atau buah zaiton di Malaysia masih didalam peringkat pemerhatian lagi. Pokok ini juga masih didalam kumpulan pokok buah ara dan ia mampu tumbuh dengan tiggi melebihi 10 meter. Buah tin ada disebut didalam Al Quran kerana khasiatnya. Berikut adalah ayat tersebut untuk rujukkan. "Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”.  Tanaman buah tin dikomersilkan diseluruh dunia yang mempunyai iklim yang sesuai. Buah tin yang telah dikeringkan merupakan antara produk yang sering dibawa pulang dari Mekah atau Madinah oleh jemaah haji atau mereka yang membuat umrah. Artikel malam Isnin ini saya menulis teknologi mengenai tanaman pokok tin dalam "Anim Agro Technology" berdasarkan pembacaan dan rujukkan dari beberapa sumber termasuk buku terbitan CABI International 2011 dan beberapa laman web (http://www.hort.purdue.edu).


Buah Tin dipercayai natif dari Asia Barat dan telah ditanam semenjak 5,000 tahun dulu dimana kini telah ditanam dimerata negara daripada Jerman hingga ke Brazil, India, China, Jepun , Afrika Selatan, Australia malahan sehingga ke USA. Tanaman ini walaupun berasal dari kawasan iklim panas kering disekitar Mediterranean tetapi kini didapati telah sesuai ditanam di kawasan tropika terutama dikawasan tanah tinggi (ketinggian antara 800 - 1,800 meter dari aras laut). Penanaman pokok tin dikawasan tropika tanah rendah kurang berjaya disebabkan oleh kadar kelembapan yang tinggi dan . Pokok juga tahan kepada kesejukan salji dengan suhu 10-20 darjah. Hujan yang turun pada masa pembentukkan buah akan menyebabkan buah pecah dan rosak. Kawasan paling ideal untuk tanaman buah tin adalah kawasan kering (arid) dan separa kering (semi-arid) dengan syarat ia mempunyai sistem pengairan sempurna. Suhu yang terlalu panas walau pun mempunyai sistem pengairan dimusim kemarau pula akan menyebabkan buah tin gugur sebelum waktunya.


Pokok Tin boleh hidup dalam pelbagai jenis tanah daripada tanah jenis berpasir, lom berpasir, tanah liat , pasir halus dan juga tanah batu kapor (limestone). Tanah seperti dipinggit padang pasir juga boleh ditanam pokok buah tin (Lihat foto sebelah). Penting bagi pokok ini adalah tidak mudah berlaku masaalah akar terendam (waterlogged) kerana ia tidak tahan.Tanah dengan pH 6.0 - 6.5 adalah sesuai dimana jika ada unsur batu kapor sangat membantu pokok terutama pada musim kemarau. Pokok tin tidak sesuai ditanam dikawasan tanah berasid. 


Pembiakan pokok tin boleh dibuat daripada semaian biji dalam nurseri tetapi amalan yang paling praktikal dibuat adalah dengan KERATAN BATANG (Lihat foto sebelah). Biji daripada buah segar yang dijual dipasar atau buah tin yang kering juga boleh disemai dan boleh hidup jika disemai. Pembiakan tampang secara layering tanah dan layering udara kurang dibuat walau pun ia boleh diamalkan. Pada masa ini teknologi mendapatkan anak benih melalui makmal tisu kultur berjaya dibuat dibeberapa negara seperti di Greece dan USA. Pilih dahan yang bebas penyakit, subur dari dahan berumur 2-3 tahun dipotong sepanjang 20-30 cm dengan ukurlilit batang 1.2-2 cm. Cacakkan secara menyerong dan bubuh hormon penggalak akar untuk mempercepatkan pengakaran. Anak benih pokok tin yang berumur 12-15 tahun dalam semaian sesuai untuk diubah keladang.


Penanaman pokok tin secara tradisional lazimnya hanya diletakkan dikawasan tanah kosong. Bagaimana pun penanaman komersil ditanah kosong adalah dengan jarak 4m x 4m memberikan kepadataan sebanyak 625 pokok sehektar (Lihat foto sebelah). Sistem penanaman dengan jarak 1.85 m x 7.5 m atau 3m x 4m juga boleh dibuat bergantung kepada varieti dan kesuburan tanah. Sebaiknya benih yang baru ditanam dibuat sungkupan dengan pelepah pokok palma agar mudah tumbuh. Pokok tin lazimnya mula berbunga dan berbuah kurang dari satu tahun selepas ditanam. Baja NPK dengan formula 10-30-10 atau 10-20-20 boleh diberikan mengikut umur pokok iaitu kadar 60 g sepokok pada pokok muda dinaikkan kepada 100 g sepokok apabila dewasa. Tambahan baja mikro sebanyak 60 g sepokok diberikan setiap 6 bulan sekali. Ketika musim hujan pastikan air dapat dikeluarkan dengan membina parit agar akar pokok tidak tenggelam dan akan menyebabkan pokok mati. Lazimnya pokok tin akan berbuah dan bertahan sehingga 12-15 tahun lamanya sebelum diganti dengan tanaman baru. 
Artikel akan bersambung pada Part -3. Wallahualam!

TANAM POKOK TIN...DIKAWASAN MANA...
IKLIM KERING.. HUJAN GANGGU DIA...
BENIH DIPEROLEHI... KERATAN SAHAJA...
TAK SAMPAI SETAHUN..BERBUAH DIA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Putrajaya
Malaysia
(20 JamadilAwal 1434H)
Ada usaha tanam figs di Malaysia - teruskan.



  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...