KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, April 8, 2013

POKOK ZAITUN (Part 1)

BUAH ZAITUN atau Olive (Olea europaea) dihasilkan dari pokok zaitun yang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Oleaceae. Pokok dan buah zaiton merupakan tumbuhan paling tua didunia dengan natif dari kawasan di Mediterranean dengan umur pokok sangat lama sehingga dilaporkan mampu hidup sehingga lebih 1,000 tahun. Tumbuhan ini boleh tahan dalam keadaan suhu panas, kemarau dan keadaan tanah yang  agak masin (high salinity) serta mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan dalam masyarakat sejak zaman kuno lagi. Buah ini pun merupakan sejenis buah yang telah ditanam dan digunakan sejak zaman purba Mesir lagi. Kehebatan buah zaitun telah di tulis dalam AlQuran iaitu 'Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)'. dan ayat ini '...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api....' .  Ini uga  menunjukkan yang pokok dan buah zaitun merupakan sejenis tumbuhan yang sangat berguna.  Beberapa artikel dan buku yang saya baca menyatakan yang produk dari pokok ini telah diperdagangkan semenjak 2,000 - 3,000 tahun sebelum masihi lagi. Tumbuhan ini telah tersebar di kawasan Mediterranean, Afrika Utara dan Eropah kerana mudah dibiakkan dengan cara vegetatif dalam keadaan cuaca kering. Artikel pagi Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman pokok zaitun bagi dibaca untuk dijadikan rujukkan.

 Jadual 1: Keluasan dan Pengeluaran Buah Zaitun Dunia 2011
Penanaman pokok zaitun diseluruh dunia kini dilaporkan oleh 39 buah negara dimana pengeluaran seluruh dunia sebanyak 19.6 juta metrik tan pada tahun 2011 (Laporan FAO Statistic). Nilai pengeluaran pula adalah dilaporkan sebanyak USD 15.7 billion pada tahun tersebut (Lihat jadual diatas). Ini saya dapati yang tanaman pokok zaiton atau olive tree menjadi satu dari industri yang sangat penting didunia. Negara utama pengeluar buah zaiton terbesar dudunia adalah Sepanyol dengan menghasilkan sebanyak 6.9 juta metrik tan setahun diikuti oleh Itali (3.2 juta mt), Greece (2.0 juta mt), Turki (1.75 juta mt ), Morroco (1.36 juta mt), Syria (1.09 juta mt), Tunisia, Mesir, Portugal dan yang ke 10 Algeria (420,000 mt) . USA juga ada menanam seluas 32,000 hektar pokok zaiton dengan menghasilkan sebanyak 94,500 mt buah zaitun setahun terutama di kawasan California sebagai tanaman yang penting.  Kadar penghasilan di catitkan di USA adalah sebanyak 5,700 lbs seekar (Berapa nilai dalam kg/hektar? - tolong kira).


Tumbuhan pokok zaiton merupakan pokok saka berkayu keras dengan banyak cabang dimana hanya mampu mencapai ketinggian 8 - 15 meter sahaja. Batang pokok ini sangat besar dan seakan berpusar (typically gnarled and twisted) apabila mencecah umur ratusan tahun (Lihat foto sebelah menunjukkan pokok zaitun yang telah beumur lebih dari 500 tahun!). Kayu keras dari pokok zaiton boleh digunakan dalam industri perabut dan paling popular dikalangan orang Islam adalah untuk dibuat Tasbih kerana kayunya berminyak serta mengeluarkan bau harum. Daunnya berbentuk Bulat lonjong (Oblong) dengan warna dun hijau perak berukuran sekitar 4-10 cm panjang dan 1-3 cm lebar.  Penyusunan daun adalah bertentangan (opposite) dengan hujung daun berbentuk tajam serta agak tebal. Lazimnya umur daun adalah selama 2 tahun sebelum gugur ketanah. 


Bunga pokok zaiton adalah bersaiz kecil dengan terbit dalam 'racemose panicles' berwarna putih dalam jambak (Lihat foto sebelah). Satu jambak bunga selalunya mengandungi antara 15-30 kuntum bunga kecil terbit dari dahan berumur lebih dari satu tahun sahaja. Bagaimana pun banyak berlaku keguguran bunga dan hanya meninggalkan antara 1-3 bunga sahaja untuk pendebungaan yang berjaya. Setiap kuntum bunga mempunyai 4 kelopak dengan dua stamen. Bunga ini menjalankan pendebungaan tersendiri oleh faktur angin tetapi jika berlaku pendebungaan bersilang oleh kultivar tertentu mampu menghasilkan fruit-set lebih tinggi.


Buah zaitun adalah dalam bentuk Buah Drupe yang kecil dengan saiz sekitar 1-2.5 cm sahaja (Lihat foto sebalah). Bentuknya bulat lonjong (Oblong) dengan warna hijau semasa muda dan akan bertukar warna kepada hijau kuning, merah gelap atau ungu apabila cukup masak bergantung kepada varieti. Kulitnya licin dan seakan berkilat atau berminyak. Buah ini perlukan masa selama 6-8 bulan sebelum ia masak sepenohnya untuk dituai. Buah zaitun ini yang digunakan untuk banyak kegunaan terutama untuk menghasilkan 'MINYAK ZAITUN" atau nama Inggerisnya 'Olive Oil". Siapa pun didunia ini pernah dengar minyai zaitun sehinggakan ada watak kartun perempuan yang dinamakan dengan 'Olive'.   Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. esimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan. Sila baca artikel seterusnya yang membincangkan mengenai buah zaitun.
BERSAMBUNG (Part 2).

POKOK ZAITON... LAMA UMURNYA...
BERATUS TAHUN...BERIBU PUN ADA...
BATANG KUAT...KERAS KAYUNYA... 
BUNGANYA KECIL... HARUM BAUNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Room 3716, Arabian Bay Resort,
Bukit Gambang Resort City,
Kuantan ,Pahang,
Malaysia
(28 JamadilAwal 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...