KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, April 18, 2013

BUKU TEKNIKAL (Part 3)


MEMBACA BUKU TEKNIKAL berkaitan teknologi pertanian memang menyeronokkan. Lagi banyak kita membaca dan mencari ilmu, lebih banyak maklumat berguna mengenai teknologi pertanian yang  kita akan dapat. Buku-buku ini kebanyakannya di tulis didalam bahasa Inggeris oleh pakar-pakar pertanian dan saintis yang berpengalaman dan tinggi kelulusannya. Seorang rakan saya iaitu seorang Pegawai Pertanian dalam Bidang Teknikal, ada membaca buku-buku ilmiah semenjak lebih 25 tahun dulu dimana beliau amat cepat didalam membaca dan memahami isi kandungan buku yang dibaca. Kini, selain daripada membaca buku yang meletihkan, kita mudah mendapatkan ilmu daripada 'SIFU' segala gedung maklumat iaitu Lamanweb di internet. Kelebihan sistem internet ini amat canggih sekali masa kini kerana ianya amat mudah dicapai, murah, mudah, pantas disokong dengan gambar dan grafik sekali. Lebih menarik kerana kita boleh tengok dokumentasi bersama suara dan aksi yang hampir menyerupai keadaan sebenar. Bagaimana pun dengan membaca buku kita mempunyai kelainan tersendiri didalam menulis artikel dalam blog. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa buah buku yang sedang saya baca untuk dijadikan bahan penulisan dalam blog saya. Lagi banyak membaca. lagi seronok kita menimba ilmu.


Buku berjudul "ONIONS AND OTHER VEGETABLES ALLIUM - 2nd Edditions' ini ditulis oleh James L. Brewster yang diterbitkan oleh CABI Publications United Kingdom . Buku ini setebal 432 mukasurat banyak memberi maklumat mengenai tanaman bawang dan tanaman dalam kumpulan alium untuk maklumat berguna. Buku ini dengan nombor rujukkan ISBN 9781845933999 mempunyai sebanyak 8 chapter dengan setiap chapter membincang tajuk berbeza. Chapter 1 berkait dengan pengelasan dan taburan tanaman bawang didunia dan diikuti dengan chapter 2 berkenaan struktur tumbuhan bawang yang boleh dimakan. Ia jua menerangkan mengenai genetik, pembiakbakaan dan juga fisiologi tumbuhan. Mengenai amalan agronomi penanaman bawang dalan bab 5 dan bab 6 amat terpeinci. Seterusnya dalam bab 7 berkaitan dengan penyimpanan dan dormancy bawang dan bab ke 8 berkenaan dengan biokimia bawang, khasiat bawang dan sain makanan berkaitan tanaman bawang.agaknya apakah 'Medicinal effects of Alliums' yang dtulis dlam buku ini? Kena baca....


Buku berjudul "Tropical Fruits' ini saya pinjam dari perpustakaan yang ditulis oleh J.A. Samson dan dicetak kali pertama pada tahun 1980 terbitan Longman, London and New York. Buku ini walau pun telah lama ditulis masih banyak mengandungi maklumat berguna terutamanya mengenai botani buah-buahan tropika. Terdapat 9 chapter yang ditulis dalam buku ini dengan Chapter 1 mengenai Pengenalan buah tropika, Persekitaran (Bab 2), Botani Buah-buahan Tropika (Bab 3), Penjagaan tanaman (Bab 4), Citrus (Bab 5), Pisang (Bab 6), Nenas (bab 7), Manggo bersama Betik dan Avocado (Bab 8) dan Buah-buahan Tropika Minor (Bab 9). Mengenai cuaca, saya dapati buku yang ditulis pada 1980 ini menjelaskan pembahagian atau pengkelasan zon buah-buahan mengikut teori The Koppen-Trewartha. Ini menunjukkan walau pun cuaca atau iklim agak sama tetapi prestasi verieti tanaman berbeza mengikut lokasi penanaman. Beberapa buah tropika penting masa itu adalah seperti Citrus dan Laichi di negara China. Sementara di Asia Tenggara adalah Buah Citrus, Pisang, Mangga, Durian, Manggis, Rambutan, Salak, Belimbing, Bilimbi dan Jambu air. Dikawasan Asia Tengah adalah Buah Epal, Pea, Apricot dan Almond. Ditimur Tengah pula buah Anggur, Fig, Kurma (dates), Pistachio, Pomegranate, Epal dan Pear. Di Amerika Selatan pula buah Nenas, Gajus, Jambu batu, Brazil nut, Wst Indian Cherry, Nona dan Sapucia nut. DiAfrika adalah Asam jawa dan Akee. Di Sustralia buah Macaamis nuts dan Spondias cytherea. Di Amerika Tengah pula seperti Avocado, Betik, Markisa, Sapodilla dan Star Apple.


Buku 'Plant Propogation - Principles and Practices' adalah sebuah buku lama (dicetak pada tahun 1975) yang saya baca untuk mendapatkan maklumat mengenai pembiakan tumbuh-tumbuhan. Buku ini di tulis oleh Hudson T. Harman bersama Dale E. Kester terbitan Prentice Hall Inc, New Jersey dan sangat baik untuk dijadikan sebagai bahan rujukkan. Buku setebal 663 mukasurat ini mempunai 19 chapter mengenai pembiakan tumbuhan yang dibahagikan kepada 4 bahagian. Bahagian 1 : General aspects of plant propogation menerangkan dengan jelas pengenalan dan juga struktur pembiakan tanaman. Bahagian 2 : Sexual Propogation menyentuh mengenai pebentukan bijibenih, Buah dan spora serta teknik pembiakan biji benih dan sebagainya. Bahagian 3 : Asexual Propogation berkaitan dengan apakah dia asexual propogation, keratan, cantuman, layering, Tut dan sebagainya. ahagian 4: Special method of propogation menyentuh teknik pembiakan mikro (Micro propogation techniques). Bahagian 5: Propogation of selected plants menyentuh cara pembiakan bagi tanaman herba, ornaental serta buah-buahan khusus yang sesuai dijalankan. Buku ini saya jadikan satu dari bahan rujukan dalam menulis artikel didalam "Anim Agro Technology" agar ianya dari sumber yang jitu didalam penulisan. BAnyak ilmu pengetahuan yang dijana dengan membaca walau pun sesetangah buku telah berumur 38 tahun! Wasalam. 

MEMBACA BUKU.... BANYAK ILMUNYA...
BUKU DIBELI ... DIPINJAM PUN ADA...
BUAT RUJUKKAN... TAMBAH ILMUNYA...
DAPAT ILMU..SEBARKAN SENTIASA...

By
M Anem
Precint 11,
Putrajaya
Malaysia
(5 JamadilAkhir 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...