KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, April 10, 2013

BUAH TIN - (Part 1)

BUAH TIN (Ficus carica) merupakan sejenis tumbuhan yang telah lama ditanam dari keluarga Moraceae. Buah ini juga dipanggil sebagai Buah Ara, Buah Figs (Inggeris), Figue (Perancis), At-Tin (Arab), Higo (Sepanyol), Figo (Portugis), Wu Hua Guo (China), Fico (Itali) dan Figu (Austria). Buah ini adalah natif daripada Asia Barat dan saya dapati ada ditanam di neraga jiran Indonesia tetapi tidak di negara kita Malaysia. Beberapa percubaan menanam buah tin atau buah zaiton di Malaysia masih didalam peringkat pemerhatian lagi. Pokok ini juga masih didalam kumpulan pokok buah ara dan ia mampu tumbuh dengan tiggi melebihi 10 meter. Buah tin ada disebut didalam Al Quran kerana khasiatnya. Berikut adalah ayat tersebut untuk rujukkan. "Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”.  Tanaman buah tin dikomersilkan diseluruh dunia yang mempunyai iklim yang sesuai. Buah tin yang telah dikeringkan merupakan antara produk yang sering dibawa pulang dari Mekah atau Madinah oleh jemaah haji atau mereka yang membuat umrah. Artikel malam Isnin ini saya menulis teknologi mengenai tanaman pokok tin dalam "Anim Agro Technology" berdasarkan pembacaan dan rujukkan dari beberapa sumber termasuk buku terbitan CABI International 2011 dan beberapa laman web.


Jadual 1: Pengeluaran buah tin dunia 2011 
Penanaman buah tin diseluruh dunia menghasilkan sebanyak 1.026 juta metrik tan pada tahun 2011 dengan jumlah nilai pengeluaran sebanyak USD 612.8 juta (Rujuk Jadual 1 diatas). Negara pengeluar utama buah tin didunia adalah negara Turki dengan jumlah pengeluaran  260.5 ribu mt diikuti dengan Mesir (165.4 ribu mt) dan Algeria (150 ribu mt). Negara lain yang ada mengeluarkan buah tin mengikut susunan adalah Iran, Morocco, Syria, USA, Sepanyol, Brazil, Tunisia, Albania, Afghanistan, India, Portugal, Jepun, Itali, China, Libya, Lebanon dan Greece. Negera jiran kita di Indonesia dan Thailand juga dilaporkan ada menanam buah tin untuk keperluan domestik. Produk buah tin yang telah dikeringkan (Dried figs) merupakan antara produk dari buah tin yang paling banyak djual dipasaran. Walau pun kesesuaian iklim adalah kawasan temperate kini buah tin boleh juga ditanam dikawasan sub-tropika dan tropika.


Pokok buah tin adalah pokok yang tidak berapa besar dengan ketinggian diantara 10 -30 meter.
Pokok ini tumbuh menegak dengan banyak cabang dan merimbun. saiz dahan antara 15-20 cm ukuran garispusat mengeluarkan getah jika ia terluka. Sistem akar pokok tin dikategorikan sebagai cetek dan tersebar sehingga 15 meter dalam tanah. Daunnya berbentuk 'Palmate' iaitu mempunyai 3-7 lekukan dimana lekuk agak cetek pada tangkai daun. Daun berwarna hijau dengan permukaan disebelah atas agak kasar dan permukaan bawah daun agak berbulu sedikit. Saiz daun sekitar 20-25 cm panjang dengan susunan bersilang pada dahan.


Buah tin merupakan buah 'Synconium' iaitu kosong dibahagian tengah (hollow) dengan isinya yang melekat pada kulit buah (Lihat foto sebelah). Buahnya mungkin berbentuk Obovoid atau Bentuk Buah Pear atau Bentuk Turbinate dengan ada lubang dihujung buah tersebut. Ukuran saiz buah sekitar 3-10 cm garispusat dengan berwarna hijau ketika muda. Warna kulit luarnya apabila masak berbeza mengikut varieti sama ada ianya hijau kekuningan, warna perak, tembaga atau ungu gelap. Bentuk bunga sama dengan buah yang akan terbentuk dimana ia berada didalam buah dan melakukan pendebungaan sendiri atau berbantu bergantung kepada varieti buah tin (Foto bunga warna hijau foto sebelah). Anehnya sejenis Tebuan Kecil (Blastophaga grosorum - tiny wasps) yang mempunyai sesungut panjang akan hinggap pada bunga buah tin dan menjalankan pendebungaan. Rajah dibawah sekali menunjukkan proses pendebungaan buah tin oleh tebuan kecil tersebut.


Kulit luar buah tin adalah lembut dan nipis sahaja. Isinya sama ada berwarna putih, kuning pucat atau amber, pink, warna ros, merah atau ungu seperti berjerami melekat pada nahagian kulit (Lihat foto sebelah). Ini ini lazimnya agak melekit dan sedikit bergetah semasa buah masih muda tetapi ianya menjadi berair (juicy) dengan rasa manis apabila cukup masak. Saya beberapa kali dapat makan buah tin segar ketika berkursus di Mesir pada tahun 2005 dan kawatan ke Beijing pada tahun 2012. Buah tin juga mempunyai biji sama ada ia bersaiz besar, sederhana, kecil atau sangat kecil (minute). Biji ini mengandungi banyak khasiat yang dimakan bersama kulitnya apabila buah tin telah dikeringkan (lihat foro sebelah). Rasanya manis jika dimana bersama isi dan boleh dikunyah dengan mudah. Nagaimanakan teknologi penanaman buah tin dan amalan pengurusan yang perlu dilakukan. Ikuti penulisan pada artikel Part 2 - BERSAMBUNG!.

BUAH TIN.... AGAK UNIK ISINYA...
DIMEDITERRANEAN... KESESUAIANNYA...
NEGARA TURKI... PENGELUAR UTAMA...
IKLIM KERING..RENDAH HUMIDITYNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Room 222, FELDA Residence Hotsprings,
Sungkai, Perak,
Malaysia
(18 JamadilAwal 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...